||| Tercari² |||

Monday, August 31, 2009

A bit down, but still alright.. Nah buat kamu wahai LALAT!!!

Setelah puas ku cuba, namun tidak berjaya.
Tahniah LALAT, kau telah berjaya menggugat perasaan ku di bulan nan mulia ini.
Namun aku masih mampu untuk bangkit lalu menadah tgn kepada Illahi..

Aku hanya mampu berserah.
Aku hanya mampu berdoa agar dirimu bahagia.
Dirimu diberikan ketenangan di dunia dan akhirat.
Agar tiada lagi perasaan iri juga benci..

Aku tau kamu ingin menumpang populariti PoJiePooH ini atas alasan yg tidak ku pasti.
Dan mungkin juga untuk menjatuhkan diri ini utk kepuasan dirimu sendiri..
Aku tidak bisa menelah dan berprasangka buruk..
Jadi utk kesekian kalinya n3 ini ku dedikasikan buat dirimu.. Terimalah...




Lautan Yang Berapi
Daratan Yang Berduri
Bagiku Bukan Musibah
Malahan Hikmah Berharga

Katalah Apa Saja
Yang Jelik Penuh Dusta
Kau Bebas Warnai Diriku
Di Minda Yang Kelabu

Siapa Diri Ini
Tuhan Yang Memahami
Amarah Dan Kecewa
Hanyalah Bara Membakar Jiwa

Sungguh Pun Ku Terkilan
Terguris Perasaan
Ku Pilih Berdiam Diri
Tanpa Dendam Dihati

Love,

Selamat Menyambut Hari KeMERDEKAan ke-52



Sudah 52 tahun kita mencapai kemerdekaan..
Apa erti kemerdekaan buat anda..?
Mari kita hayati bersama² kepayahan dan perjuangan insan² yg telah byk berjasa buat negara, telah memerdekakan negara dan memakmurkan bumi tercinta ini..
Semoga kita sama² dapat mengekalkan keamanan Malaysia, bumi yg tercinta ini..



P/S: Td lepak kat Melaka ngan member². Intention nk celeb lite² la. Tp agak terganggu apabila anak² muda yg xhabis sekolah, merempit dgn basikal dan motosikal. Membuat bising, press² minyak sambil melaungkan MERDEKA. Dlm minda tertanya², adakah mereka tahu apa maksud sebenar kemerdekaan yg disambut setiap 31 Ogos. Adakah merdeka kerana lepas dari sekatan Polis di setiap jalan? Atau terlepas dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapa?? Ntah la.. Yg pasti rasa kesal dan sedih menyelusuri diri menggantikan perasaan terharu dan hiba setiap kali mendengarkan laungan kemerdekaan dari Allahyarham Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Love,

Wednesday, August 26, 2009

Anniversary oh Anniversary



Xsangka ek?? Dalam diam² rupa²nya sudah setahun lebih juga Pojie bergelar blogger. Clap³ to myself. Dan setahun jugak rasanya Pojie berkenalan dgn beberapa insan hebat dan sahabat baik dalam dunia blogger nih. Oh, arini baru realize.. timbul 1 perasaan yg indah dan sayu xdpt digambarkan.. Bermacam² perasaan yg muncul lantas imbasan² kenangan² lalu menjelma di depan mata umpama melihat di layar skrin. Ada kenangan yg manis, yg pahit, yg payau, yg masin, yg manis, yg hangit semua ada la! Complete set kata org. Pojie terima semuanya dgn hati yg terbuka tanpa pernah menyesali setiap yg hadir dalam diari hidup ini..



Ini adalah n3 pertama Pojie yg telah dibuat oleh "someone" setelah dia berbaik hati membuat blog utk Pojie. Thanks btw krn telah memperkenalkan Pojie kpd dunia blogger ini. Entry pertama Pojie adalah Glam & Sexy. Berkenaan dgn sambutan ulangtahun Pojie ke 24.


Pertemuan officially pertama pada bulan puasa tahun lepas bersama blogger² hebat dan sahabat yg baik.. Kami dah berkawan dan memenuhkan ruangan carpet shoutmix sampai la penuh. Hehehe. Miss those moments la dear.. Inilah dia Anis Galaxy, Aizoul Hashimie, Rizzirhamy, Jack Nizam Apple, Remy.com, El-Zaffril dan Edy Ramanov... Ada jugak yg non-blogger yg join majlis buka pose nih. Thanks to Eid, Eijam dan Arie krn sudi memeriahkan majlis [klik sini]. Love you guys!!! Nti kita akan buka pose sesama lagi ok!!!

Walau pelbagai halangan dan badai yg menimpa, melupakan blog ini, serta kenalan² semua adalah sesuatu yg mustahil bg diri ini, unless ditakdirkan Allah utk membuat sesuatu ke atas Pojie yg akan menyebabkan Pojie lari dari dunia ini. So, chaiyok² Pojie. Buat teman² di luar sana, teruskan bersama Pojie. Anda juga, teruslah berkarya dan membina persahabatan. Gittew!!!

Love,

Surat Terbuka: Ucapan Maaf dari Pojie



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Buat sabahat², teman² dan pembaca² semua,

Adalah saya Mohd Fauzi Abdullah a.k.a. Pojie, dgn rasa rendah diri ingin memohon ampun dan maaf kepada kalian demi keredhaan dari Illahi atas segala keterlanjuran kata² dan perbuatan Pojie, samada sedar atau tidak sedar. Pojie akui Pojie hanyalah insan biasa yang banyak kekurangan sana sini. Pojie insan yang penuh dengan kekhilafan dan kejahilan. Oleh itu, dengan perasaan yang sangat bersalah, Pojie mengucapkan sekali lagi ucapan ampun dan maaf.

Buat teman² yang sentiasa memberikan kata² semangat, terima kasih banyak² atas nasihat dan sokongan kalian selama ini. Pojie amat² bersyukur kerana memiliki insan² seperti kalian. I am so proud of you. Pojie bangga memiliki teman seperti kalian semua. Pojie amat² menyayangi kalian. Andai ada yang terkurang sana sini, silalah tegur andai kalian benar² sayangkan Pojie. Pojie terima dengan hati yang terbuka dan berlapang dada tp dengan 1 syarat. Segala teguran perlulah di buat secara terus dan berhemah, insyAllah Pojie kelak dapat menerimanya. Dengarkanlah lagu yang ke udara di blog Pojie ini khas untuk kalian semua. Sesungguhnya atas kurniaan Allah, Pojie kembali bernyawa dan bernafas seperti biasa atas sokongan kalian. Terima kasih banyak². Hanya Allah yang dapat membalas budi baik kalian.

Buat insan² di luar sana, yang berterus-terusan menghentam dan mencaci maki Pojie, terima kasih banyak² atas kesudian kalian melawat blog Pojie yang tidak seberapa ini. Minta maaf yang tidak terhingga dari Pojie yang penuh dengan kekesalan kepada anda semua yang telah menujurus kepada luahan hati sedemikian rupa. Terima kasih juga atas teguran kalian walaupun dengan cara yang agak kasar dan kurang Pojie gemari, tak mengapa. Kalian juga berhak untuk bersuara. Cuma cara dan saluran kalian adalah tidak betul. Oleh itu, Pojie dengan berbesar hatinya ingin menawarkan diri untuk berjumpa dengan kalian, bersemuka, bertentang mata sama kalian. Pojie ingin meleraikan mana yang terkusut, menjernihkan mana yang keruh. Semoga masing² bahagia tanpa ada sebarang rasa dendam dan sakit hati. Pojie akan buka ruang kepada anda menguraikan setiap kesilapan Pojie yang kalian rasakan perlu untuk dibicarakan, silakan. Pojie akan menerimanya dan memberi penerangan andai tiada lagi salah faham antara kita. Andai anda ingin memaki hamun Pojie, anda dibenarkan, andai itu dapat mengubat kelukaan di hati kalian semua. Sila berikan tarikh dan waktu, insyAllah akan Pojie tunaikan. Ini janji Pojie. Cuma andai kalian terima tawaran ini, izinkan Pojie membawa beberapa teman kepercayaan dan sayap Pojie bersama, kerana Pojie perlukan sokongan mereka. Andai kalian tidak dapat menerima perlawaan ini, Pojie hanya berserah kepada Illahi agar di tunjukkan jalan yang benar dan berdoa agar Allah memberikan kebahagiaan ke dalam hati kalian juga mengampunkan dosa kalian semua.

Sebelum Ramadhan menjelma, ingin Pojie ucapkan ribuan ampun dan maaf buat semua. Semua kenalan dan teman² Pojie di luar sana. Harap dapat dimaafkan segala kesilapan yang telah Pojie lakukan terhadap kalian. Usah kalian risaukan tentang dosa kalian terhadap Pojie, segala²nya telah pun Pojie maafkan setiap malam sebelum Pojie melelapkan mata. Kerana Pojie takut andai Pojie tidak dapat membuka semula mata dan memaafkan dosa insan² yang telah menyinggung perasaan Pojie dan membuat Pojie menangis sehari-hari. Semoga amalan kita di terima Allah kelak. Semoga Ramadhan yang menjelma, memberikan sejuta rahmat buat kita semua. Ameen ya Rabbal alameen..

Salam ikhlas,

Tuesday, August 25, 2009

Berbuka Puasa & Beramal???



Kawan² semua.. Macam biasa la kan bila tiba bulan Ramadhan nih, masa ni la ramai umat Islam bpusu² mengejar keberkatan dan pahala di bulan yg mulia ini. Pojie pun xterkecuali. Malah setiap tahun Pojie akan cuba utk meningkatkan keimanan dan ketakwaan Pojie pada Illahi. Dan setiap tahun juga la Pojie teringin sgt nk buat majlis berbuka puasa bersama rumah² kebajikan xkisah la rumah anak² yatim ker, rumah warga tua ker, sumer Pojie mahukan cuma Pojie xberpeluang dan tiada pengalaman dalam mengendalikan majlis² seumpama ini.

Oleh itu, pada Ramadhan dan Aidilfitri tahun ini, dengan menggunakan kemudahan blog utk menyampaikan info dan berkomunikasi, Pojie ingin mengajak teman² sekalian utk bersama² menyertai Pojie dan bersama² menyalurkan idea utk projek yg mulia ini. Utk tahun nih Pojie xsempat nk buat perancangan lebih awal utk majlis² sebegini. Info dari sumber² pun mengatakan rumah² kebajikan sumer dah fully booked utk raya nih. Wow, rezeki mereka di bulan Ramadhan nih kan. So, ada saper² yg tau mana lagi yg masih ada kekosongan or ada yg planning nk buat macam nih, sila bgtau Pojie k. Nk join jugak..

Maybe klo xdpt Pojie akan cuba ajak saudara saudari sumer join kongsi idea utk buat majlis sambutan hari raya plak, amacam ok x?? Hope ada la kawan² yg sudi join Pojie menjalankan aktiviti macam nih. Pojie nk sgt tau tp malangnya Pojie kekurangan informasi dan tiada saluran. I really need help from u guys.. Apa² nk share silalah kemukan kepada Pojie ok.. Thanks a bunch ya!

P/S: Anyone xde idea nk buka pose kat mana sepanjang bulan Ramadhan nih? Nih ada list yang maybe leh bg idea kat u guys [Ramadhan Buffet 2009].


Love,

Monday, August 24, 2009

Transformasi lagi..

Assalamualaikum..

Selamat pagi kawan².. Mesti memasing masih lagi monday blues kann! But not for me. Pojie happy sgt sbb semalam Pojie gi salon Derrik & Team kat Maju Junction. Jumpa my stylist saper lagi klo bukan Sandy. Pojie ckp nk buat gitu gini terus dia tau nk buat macam mana. Dia tau citarasa customer dia macam mana. Pegi dgn Zull. Dia pun wat haircut jugak, tp dia xsuker sbb pendek sgt. BUt for me ok what, dah pjg sure cantik ble dibentuk²..

So, silalah lihat transformasi Pojie from the plain one to the spicy one. Hehehe. Pojie suker giler ble dah siap semalam. Sajer xmo full hightlight sbb xde duit + nk lain sket kali nih. Buat stripe sudah. Amacam korang suker x?? Siler bagi pendapat sket..




P/S: Pas buat rambut mmg cantik. Tp pagi td nk buat blk jadi cam hanjeng sket, sbb Pojie xreti nk membentuk rambut. Nk kene bli hair dryer n iron la nti. Rambut ikal payah sket nk buat kdg²..

Love,

Saturday, August 22, 2009

Tag from Asha: Best Buddies

Huarggghh!!!

Ngantuk mata nih weii!! Keje pun xde sgt. Blk kul 10mlm (terlepas terawih lagik). So layan jela YouTube n blog. Tup² ini minah sudah tag sama POjie da.. Apa kes Cik Asha?? Pojie malas sebenornye nk buat tag bagai nih, tp oleh kerana agak kebosanan arini, so moh le kiter layankan jela yer.. Pojie pun dah lama xlayan mende2 macam nih. Hehehe..

Arahan yang perlu diikuti :

1) Sila copy award ini di blog anda :

Ok, dah buek dah!

2) Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini
Alaaaa, nih yg den lomah nih. Den konal minah xsampai sominggu pon. Camno den nak jawab nih? Jgn kato 6, 1 pun den tokial² nak cari jawopan. Aishh..

1. Namonyo Asha, orangnyo macam molek, sesuai omak den buek menantu.. comei pon comei.. heyyy.. Anok sapo nih??
2. Minah nih sgt rajin buat award n bg award kat kwn² dio. Nanti silolah ekau buek award blogger paling ensem, ekau borilah samo den, den suko.. Hehehe..
3. Ini budak suko jalan² merato blog cari konalan. Sampai den yg muko ensem sket dari Din Beramboi nih pon dio nak kawan. Uiiih, bagus²..
4. Den suko tgok blog awek cun nih sobab apo? Sobab dia kaler itam dan ijo, den suko.. Ala² damai raso ati, sojuk mato den memandang...
5. Asha nih nampak gayo orangnyo sopan santun, lomah lombut.. Ei, topikat ayah den nak buek menantu. Hehehe..
6. Budak ni suko lotak pic dio kocik².. Den tak nampak hatta lubang idung dio Rabun jugak la mato den nak mengintai anak daro sorang nih. Ngee..

3) Nyatakan 9 fakta tentang diri anda sendiri
Wahhh! Den suko soalan macam nih..

1. Den suko artis maya paling melotop iaitu PoJiePooH **matiler angkat bakul sgt!
2. Den badan gompal², sodap² dipelok. Kato omputeh macam tilam dunlopilo..
3. Den nih suko bkawan. Pado den, bkawan bior seribu, bkasih bior ler 1. Botul kan??
4. Den nih anak sulung dari 6orang adik bradik. Mak ayah den xsabar² mau den kawen copat. Abeh tuh sapo nak jago mereka?
5. Den paling takut ilang orang² yg tsayang macam omak den, ayah den, adik² den dan kawan² den. Den boleh jadi gilo..
6. Den ado darah soni. Tnyo jo soni apo den ado. Soni muzik, soni lakon, soni suara, soni tari. Cuma 1 jo soni den xde.. Soni lukis!!!
7. Den mmg gilo podas. Kalau xpodas masakan tuh, jgn suruh den puji, kelak den keji nanti.. Hehehe..
8. Den orang biaso² jer, muko comei ensem dalam blog sumo nih muko edit. Tp den xkisah apo orang nk ckp, janji den hepi dgn diri den sondiri, den xbpura² dan den bangga dgn wajah kurniaan Tuhan pado den.
9. Den org Muar, Johor. Kenapo? Tkojut ko?? Iyerlah mmg Pojie nih org Muo, bli ikan kat pasor besor. Hehehe..

4) Pilih 10 penerima award seterusnye .. TAG mereka!!
Oh, soalan ini den mau SKIPPING!!! Hehehe..

So apa macam Asha, puas ati dgn jawapan² melalut Pojie tuh??

Love,

I Don’t Want to Rest in Pieces like Final Destination

Hi,

Just realized that Nuffnang Malaysia is doing a contest for the Premiere Screening - Final Destination: Rest in Pieces since August 15. I love contest especially when offering something like this. Plus, it's really simple to join. Just snap your pic in a horrified state and.. Nah! Can u see my horrified face??! Is it horrified to get the invitation for the screening? I hope so! Hehehe..



After that, just send an email to finaldestination@nuffnang.com with the permalink of your blog post. Dun forgte to put your full name and details. Isn't it simple?

Ohhh, btw I really don't like my face in these pictures. Really bad and horrfied. So, I don't want to rest in pieces like Final Destination coz my face will no more like these but much² horrify. Huhu..



Love,

E-Kad Ramadhan

Salam dan selamat pagi,

Apa khabar kawan² semua.. Macam mana 1st day puasa?? Awal lagi nih jgn ada yg lonlai yer.. Kita kne kuat sahut cabaran.. Hehehe. arini ramai org blk kg, beraya berpuasa bersama² famili tercinta, tp Pojie jer nih tpaksa bkerja lorh. Osmet pun blk. Sedih sbb td pagi sahur sorang² jer tau. Buka pun sorang² dlm opis nih nti.. Makkkk!!!! rindu kamu!!!

Ohh, lupakan kejap Pojie yg meroyan nih, Pojie just nk cerita pasal e-Kad Ramadhan yg Pojie terima dari teman².. Terima kasih banyak² yer Asha, Ari Adzrin, Ikmal dan Daus. Nti belanja la pulak buka pose yer.. Hehehe..


Dari Asha (http://erythromycin8779.blogspot.com)


Dari Ari Adzrin


Dari Ikmal (http://homosapiensz.blogspot.com)


Dari Daus (http://dauslife.blogspot.com)

Love,

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubaraq



Pojie ingin menyusun 10 jari yg halus mulus, menghulurkan salam kemaafan kepada teman² semua andai diri ini pernah mnyinggung mana² hati. Pojie minta ampun dan maaf sgt². Pojie insan yg sgt biasa, tiada yg istimewa pada diri ini. Pojie bdoa agar diri ini juga kalian sihat dan kuat iman dalam menjalani ibadah puasa ini.

InsyAllah, ada rezeki kita akan bjumpa di mana² majlis bbuka puasa ok. Xpun, open house raya. Salam Ramadhan buat semua...

P/S: Silalah download info Ramadhan di sini, Ramadhan.zip


Love,

Thursday, August 20, 2009

AWARD dari Teman² Blogger - Terima Kasih...

Ohhh, Pojie dapat award lagi.. Xtau mana lagi nk simpan award bebanyak lagi. Kne buat 1 lagi almari nih! Hehehe.. So terima kasih byk². Sori lambat publish award kamu nih yer..



Mari kita lihat penyampai² award pada hari ini...






Award pertama dari DausLife. Nak terima award nih ada prasyarat plak. Ngade² Macam² tau! So, Pojie serah award nih kat Rizz, Edy Ramanov dan Eazy Izzuddin. Thanks ya Daus! Bg sampai 2 award lagi. Clust!




Penyampai award kedua adalah dari Edan Coba. Pojie suker giler nama komersil dia nih. Banner blog dia pun meletop tau! Ala² Dato' Siti gittew! Thanks ya Edan!




Ok, last but not least, award dari Cik Yana. Cantik n sweet jer award dia nih tau, macam org yg bagi award nih jugak. Sesuai dgn penerimanya.. Hehehe. Thanks a lot ya! Suker³!!!

Love,


Wednesday, August 19, 2009

Marahkan Pojie, Shoutbox di hentam!






Oh ya, buat anda yg menulis ini, menghentam shoutbox Pojie dgn kata² yg agak bhemah ini, tahniah anda telah berjaya menggoyahkan kan mood ceria Pojie di pagi hari ini. Yup, kebiasaannya bila pagi² dah mood lari, efek sampai ke malam. But sorry to say, I'm much² stronger than before. Katakan apa saja, Pojie tapis yg baik² saja dari insan yg menegur dgn cara yg betul. Yg berbaur ingin menjatuhkan kredability Pojie sbg seorang manusia yg ada rasa hormat dan sopan santun, tidak akan dilayan sama skali. Btw, Pd Pojie, ini adalah minoriti manusia yg xsenang dgn Pojie sedangkan majoriti masih menyayangi dan senang dgn Pojie. Ia ibarat angin lalu. Mereka² ini cuma mahu mendapat perhatian sebagaimana Pojie mendapatkan nya.. Whatever!

So, buat sahabat² Pojie di luar sana, andai betul kamu sayangkan Pojie, ikhlas bersahabat dgn Pojie, frienship forever, sila ekspresikannya di sini. Biar Pojie dan dia tahu langit itu tinggi dan rendah, Pojie ini siapa di mata ramai insan di luar² sana.. Silakan.. Ikhlaskan diri anda..

P/S: Pojie maybe kenal siapa penulis ini, tp Pojie xmo buruk sangka. Biarlah. Andai benar dia sahabat bagai dikata, dia tau macam mana utk jadi seorang lelaki berhemah utk menegur Pojie. Betul kata org, yg baik² org xpandang, ble ada yg buruk perihal diri ini, ramai yg mnuding jari..

Love,

Pertemuan Sahabat 2 Negara

Holaaa!!!!

Masih bersiaran di Kelana Square pagi ini. Suppose masuk keje kul 1pm, tp oleh sbb dpt jemputan VIP dari insan tersayang utk menghadiri birthday party dia, lalu Pojie swap shift ngan opismet. Oh, itu Pojie akan story later ok! Skrg ini mau share story dgn u guys pasal pertemuan Pojie dgn sahabat Pojie dari Bandung, Indonesia. Yer² sy tau saya macam Dato' Siti yg bertemu dgn Kris Dayanti. **matiler tetiber mroyan!

Nama dia Denis Fardiansyah. Anak jakarta yg keje di Padang. Pojie kenal dia dari FaceBook. Sudah 4-5 bulan jugak kot kenal sama dia. Baik org nya. Dia perkenalkan sekali s kawan dia, Sam dari Bandung yg masih menuntut di Kemaman, Terengganu. Spt yg dijanjikan. Pojie menjemput kwn Pojie nih pas majlis Kak Heze, di Radius international Hotel di Bukit Bintang dalam pukul 5.30pm. Heret bersama adalah Zull dan Aizoul. Hehehe.. pastu amik Sam pula di KL Sentral. Knp Aizoul jadi senyap plak ek? Snyap jer ngan depa, segan yer. Hehehe..

Macam biasa masing² agak malu utk berbicara. Dan Pojie juga bhati² dalam menuturkan kata kelak dia kurang memahami. Tetapi alhamdulillh oleh sbb Malaysia dan Indonesia adalah bangsa serumpun dan menggunakan bahasa yg hampir sama, masalah komunikasi dapat diatasi walaupun terdapat sket² kesentapan yg blaku di antara kami sbb tersilap maksud. nasib baik la ada Sam n Zul yg membetulkan semula maksud sesebuah perkataan. Thanks guys!!!



Agenda pertama yg tiada dalam senarai; pergi ke majlis harijadi kwn Aizoul. Erm, kesian kat Denis n Sam xberapa selesa di sini. Maaf ya! Sesampai sajer Mady di rumah tuh, maka Pojie tgglkan Aizoul dan kwn² dia yg funny tuh dan berangkat pulang ke rumah. Kami rehat² kejap, mandi² dan Pojie ajak diorang gi jalan² pusing KL dan lepak di Dataran Merdeka. Macam biasa la dia pun sawan camera jugak. Hehehe.. Apabila lapar, Pojie ajak mereka supper di Sup Meletop. Ha, terangkat² kening Denis tatkala merasa nasi goreng ayam dan sup di situ. Sedap katanyer. Murah² pun murah. Yela, dia dah la kne tipu kat kedai mamak kat Bukit Bintang, makan nasi berlauk ikan kari sampai 18 hengget! Xker hanjeng tuh suker amik kesempatan ke atas pelancong². So, blk umah dalam pukul 2am. Borak² then tido..

Adoi, pukul 8am dah bangun tido. Bersiap² nak bawa mereka pegi pusing KL lagi. Zull ikut sbb dia ada exam pagi tuh. So, Pojie bawa la Denis n Sam ker KLCC. Hajat di hati mau bawa ker KLCC Bridge, tp oleh sbb ada hal yg menganggu perjalanan kami, so terlambat sudah. Bayangkan pass sehari adalah 1.7k tp akan habis dalam masa xsampai sejam dari kul 8.30am. Pojie plak dtg dekat² kul 10am, how??! Jadi kami snappy² jela dalam KLCC, luar KLCC. Hehe. Brunch (breakfast + lunch) di Rasa. Then kami gerak pegi Midvalley naik bas Rapid KL sbb depa dah teringin sgt kan.



Xsangka, ada jugak la org yg suker bebenor naik bas kat KL nih. Tsengih² Denis gembira. Pojie layankan jer, dia pelancong n Pojie plak pemandu pelancong yg cute. Sekurang²nya bangga ada org luar suker ngan pengangkutan awam di Malaysia nih. Lepak² kat MidValley, snappy² then ajak depa ker Central Market. Mana la tau ada nk bli apa² souvenir buat teman² mereka di sana. Naik KTM Komuter. Wah, suka giler diorang. Then kami di sapa plak oleh sorg minah cun nih. Dia mperkenalkan diri ngan nama Ima, peserta rancangan Gadis Melayu di TV9. Dia offer utk amik pic kami bersama² dia utk diabadikan dalam setem Pos Malaysia. Bangga x?? Mestila. Bayar RM19 utk setem 30sen, ada 20keping, wajah sendiri. Mmg itu jadi idaman Pojie selama nih tau! Hehehe..



Dari Central Market, kami menaiki LRT Putra kembali ker KLCC sbb mau amik kete Pojie yg park di sana, mau amik Zull dari UPM. Dah abes exam katanyer, mau join kami bjalan² kat Putrajaya. Dah alang² nk gi sana, amik jela dia. So, sampai sana macam biasa la Pojie akan jadi tourist guide cum driver, dan Zull akan jadi pembantu. Hehehe. Bg penerangan sket² pasal Putrajaya nih. Park then snappy² kat jambatan, kat area pejabat PM dan taman Putrajaya.





Pas senja kian menyapa, kami pulang ke KL. Singgah di Sg Wang dulu sbb mereka mau cuci mata n shoping barang sket. Layan kan jer. Pdhal Pojie dah ngantuk n penat sgt, tp xpe asalkan kawan² Pojie hepi. Bukan selalu kan, sekali skala jer.. Kami singgah Giant, bli barang² utk di masak malam tuh. Saper yg masak?? Bukan Pojie, bukan Zull ok. Tp chef jemputan yg di datangkan khas dari Padang - Chef Denis!!! Wow, hebat dia memasak ok. Sorang² jer tanpa bantuan kami. Kepak-kepung² kat dapur, dah siap! Dia masak sayur goreng Padang sytle dan mee goreng versi Jawa. Not bad, sedap ok! **matiler diet hancur lagi.. Borak², kul 1am kami tido sbb esok ada byk lagi planning. Pojie plak keje ptg kan.

Keesokan harinya, masing² xbangun. Planning nk bangun kul 7am, sbb mau join Denis n Sam pergi ke Kedutaan Indonesia utk sambutan hari Kemerdekaan Indonesia, xjadi sbb masing² bangun kul 10am. Hahaha.. Lawak la depa nih. Xpe, xde rezeki mereka. Pojie pun xde rezeki nk cuci mata tgok cewek² keren di sana. Hehehe. So, pas masing² bsiap, kami turun makan n lunch. Pastu Pojie terus hantar Denis n Sam kat KLSentral sbb Denis mau pulang ke Padang jam 2pm dan menaiki bas ke LCCT. Sam pula akan blk ke Terengganu kul 5pm. Agak sedih n sayu tatkala memeluk dua sahabat baru Pojie nih, tp maintain beb. Cover punya pasal. Hope lepas nih ada rezeki n peluang, insyAllah Pojie n Zull akan melawat mereka pula di Bandung or Padang. Tp maybe ke Bandung kot sbb Sam bilang heaven cuci mata di sana. Yippie!!! Nti mau survey harga tiket AirAsia la. Hehehe..

Apa² pun, buat Denis n Sam, TQ sooo much kerna bisa luangkan masa dtg melawat Pojie di KL. Maaf andai ada yg kurang.



Friendship forever!!!

Love,

Ahkak Gonjeng Birthday Celebration @ Subang Parade

Hai kengkawan sumer..

Yer... Sebagaimana yg telah dijanjikan (buat kali yg ke-2), nak Pojie akan story sket² kisah sambutan besday ahkak gonjeng kesayangan aku saper lagi klo bukannn...




Eh, sat².. Ini Rafidah Aziz ker? Pakai tudung?? What??! Hehehehe.. Amacam ada gaya x kakak aku nih bceramah dgn tangan² segala naik. Inilah dia Kak Hezesuze kesayangan Malaya! Macam rupa Rafidah Aziz versi btudung kan. Tgok betol², ada kan! **larekkksss sambil jinjit but Prada!!!

So, spt mana yg telah dijanjikan, maka bhimpun segala anak² ikan dan ayam yg comel² (termasuk aii) di Subang Parade. Lokasinya di Konny Rogers Roaster. Perancangan asal pukul 11am, hujung² kul 1pm jugak munchol! **carut saper tatau! So, adalah insan² yg menunggu utk makan ayam Pak Kenny nih atas ehsan si cantik manis tuh. **clust spedo mak hayam ngan nama Si Cantik Manis, hiks. Thanks ya!! Best giler tau (walaupun macam nak nangis diet aku hancur lagik)!!! Ada Eazy (ngn kwn²), Aizoul, Rizz Bunga Sinclair (clust dah tukar nama) n Adam. El sudah sesat sampai ke Sunway Piramid (patut ler kalah treasure hunt, target lokasi pun salah **matilerr sagat!). Hehehehe.. Pastu MummYaeesh pun dtg ngan anak teruna dia si Yaeesh yg cute tuh! Oh, ya! Incik Daniel a.k.a P3tani pun join sama. Mmg cute org nya. Rasa cam nak cakar jer muka dia tuh sbb jeles! Pssst P3tani, apa rahsia tapak tangan halus dan licin?? Haaaa... I know... Noty huh! **matiler otak kuning sudah mai!

Macam biasa la aktiviti kami borak², ngumpat², gelak² dan makan².. Oh, macam biasa yer apabila sawan camera dah datang, xabes² nk snappy² kan! Nasib baik xde DSLR, klo x mau nyer atas meja Pak Kenny pun mau pose jugak! Hahahah!!! So, ini antara pic² yg sempat kami rakam spjg majlis blangsung. A picture story a thousand words. Eh, ini bukan 1 pic lagi dah, byk nih. Jadi, beribu² lemon la korang dapat tafsir kan betapa gembiranya kami saat ini. Hehehe..







Lepas abes majlis, Rizz ajak Pojie n Zull join dia gi jalan² sambil cucuk langit. Oh, sori yer. Pojie ada keje. Keje apa?? Tourist guide! Ha??!

Next n3 pleasee!!!

Love,