||| Tercari² |||

Wednesday, February 24, 2010

Kisah Awekku - Ana Raffali

Salam buat teman² semua. Sihat? Aiseyman, hari ini hati Pojie sudah berbunga² da.. Pasal apa? Pasal Pojie mahu memperkenalkan kepada kalian semua, buat pertama kalinya, eksklusif hanya di PoJiePooH, awek Pojie... Inilah dia..

Tada!!!


Amacam? Cun tak? Walaupun dia gadis kampung, berbaju kurung, duduk tepi pantai dengan wajah yang ayu dan manja tetapi Pojie tetap cinta padanya. Sebab apa? Sebab dia minah sempoi yang berkebolehan menggubah lagu, bermain alat muzik (gitar) dan menyanyi. Wow, awek korang ada ker yang cool macam ni? Eleh, awek korang muka jer Melayu tapi pakai singkat sendat sana sini, merokok, tonggang botal sana sini. Awek Pojie cool. Walaupun wajah Pan-Asia ala² Maya Karin ataupun Diana Danielle, tetapi jiwa kemelayuan dia sangatlah tebal. Awww, soooo sweet! Bawa balik tunjuk mak sure dia terus suruh kahwin minggu depan. Wawawaa!!!



Nama dia Ana Raffali. Indah nama tu kan? Alahai, seindah orangnya! Berusia 25 tahun. Tapi apakan daya, hanyalah mimpi semata². Dia sudah dimiliki oleh Aidit Alfian. Hah, komposer tuh? Iyalah siapa lagi. Beliau telah disunting oleh Aidit Alfian untuk bernaung di bawah syarikat rakamannya iaitu Aidit Alfian Record. Ohhh.. Ana Raffali merupakan seorang artis kelahiran Malaysia yang lahir dari YouTube selepas Yuna dan Zee Avi. Oh, katanya Che Nelle pun dari YouTube yer. Sebab itu berlumba²lah menunjukkan bakat mereka melalui YouTube. Pojie? KarokTube sudah! Haha. Dan apa yang menarik tentang beliau adalah, beliau gemar berpenampilan dengan berbaju kebangsaan iaitu baju kurung dan kebaya semasa membuat persembahan. Imej gadis Melayu ini sangat memikat hati. Siapa kata gadis Melayu yang sopan, menjaga imej dan menutup aurat tidak boleh berjaya? Lihat sajalah Yuna, dan kini Ana Raffali.

Beliau bakal melahirkan sebuah album tidak lama lagi berkonsepkan alternatif/ pop. Antara karya² hebat beliau adalah seperti Hujan Bunga Di Kuala Lumpur dan Tolong Ingatkan Aku.





P/S: Teringat awek lama, memang sempoi pakai baju kurung lebih² lagi dengan sneakers, so sweet!

Love,

10 bicara yang baik hati...:

syaf said... Reply To This Comment

wow sempoi giler minah ni..i like
t aku bukak kat umah kang

Hezesuze said... Reply To This Comment

oooooo ni dia ana rafalli yea...
slalu dgr kt radio jek about this girl
now baru tau wajah nye
mmg cantik n ayu gtew
cam akak kan..muhahaha

Rinie said... Reply To This Comment

gilah pinang, hr2 leh dia nyanyi utk pojie

eqbalzack said... Reply To This Comment

tak caye abg eq gadis2 kampung skrg ni....plastik je semua tu pojie...

tak caye? tgk je cite nurkasih yg diagung2kan tu....hehe

p/s: say NO to 'NURKASIH'....say YES to 'THE NANNY'...

anatayuni said... Reply To This Comment

cewah.....nice

Aini said... Reply To This Comment

Anna ni memg suka pakai baju kurung dan kebaya kan.. =)

Sharinginfoz said... Reply To This Comment

memang simple dan apa yang penting....memang perempuan melayu dan pastinya bukan yang terakhir...

Tak ada Iklan Nuffnang, Jgn Risau….

Ekonomi Malaysia Dah Pulih???

Qarl said... Reply To This Comment

she's my senior ms kat mrsm pendang

die pun bakal guru b.i

Anonymous said... Reply To This Comment

memang ada styler ler
baju kurung memang nampak cute!

Nadzrah said... Reply To This Comment

she is my senior also. TESL!
go TESL! hiihi