||| Tercari² |||

Wednesday, February 17, 2010

JIBBITZ

Anda tau apa itu JIBBITZ? Anda kenal selipar Crocs yang orang ramai tengah dok tergila²kan sekarang nih? Jadi, jibbitz nih ada kene mengena dengan Crocs. Secara ringkasnya, jibbitz merupakan "decorative item" yang diletakkan di lubang² pad selipar Crocs. Ia terdiri daripada benda² yang kecil, cantik, berwarna warni dengan pelbagai size, corak dan bentuk. Macam kat bawah ini.



Menarik bukan?!! Pemakaian jibbitz ini tiada hadnya. Anda boleh meletakkan 1 atau 2 jibbitz, atau memenuhi ruangan Crocs anda (selagi masih ada lubang). Malah anda juga boleh meletakkan jibbitz tanpa perlu menghiraukan jibbitz untuk kedua² belah selipar, boleh dipakai sesuatu jibbitz di sebelah saja tanpa pemadanan jibbitz di sebelah lagi. Jadi anda bebas untuk berekspresi dengan selipar anda. Selipar, kasut atau sandal lain tak boleh kan? Itulah kelebihan Crocs, kerana jibbitz-nya.



Cara pemakaiannya adalah seperti memakai butang baju melayu. Macam mudah kan? Tetapi tidak semudah yang disangka. Anda perlu berusaha memasukkan "base" jibbitz ke dalam lubang yang telah dipilih. Perlu membesarkan sedikit lubang dengan jari anda dan masukkan "base" sehingga berbunyi "plop". Apabila hendak menanggalkannya, perlu ditolak keluar dari dalam, bukan menarik "surface" jibbitz itu. Dibimbangi tercabut pula antara "base" dan "surface" itu.

Eh, motif la Pojie nak berceloteh panjang lebar pasal jibbitz nih. Bukan Pojie ada Crocs pun. Bukan sebab tak mampu, tetapi tak berminat. Sebab apa? Sebab pelik kalau pakai. Dah la kasut besar jadi macam kasut Ronald McDonald, pastu ada lubang² cam kene gigit tikus. Ei, yerk! Pasti kaki Pojie yang cepat berpeluh nih tak selesa memakai kasut plastik kerana tiada penyerapan (walaupun ada pengudaraan yang baik). Tapi Pojie cukup tertarik untuk membeli jibbitz ini untuk dipasangkan kat Crocs abang² kesayangan Pojie. Sebab diorang ada Crocs, so Pojie belikan sebagai V-Day present n tanda ingatan Pojie pada mereka. Dengan harapan, ingat jibbitz, ingat Pojie. Hehehe





Cute kan! Tak sempat snap pic jibbitz yang telah Pojie pasang kat Crocs mereka sebab buat tengah² malam, surprise la kekdahnyer! Siap handmade wishing card lagi. Sekarang nih Pojie rasa cam gila nak beli jibbitz lagi. Tapi nak letak kat mana pulak kalau tiada selipar Crocs. Tak kan nak buat butang baju melayu pulak kan, hahaha! Jadi, nak taknak, Pojie pasti akan beli 1 Crocs demi untuk mengumpul dan menampal jibbitz atas dia. I love decoration. Hoyeah!!! Thanks to Zull and the gang yang memperkenalkan jibbitz ini kat Pojie. Untuk melihat lebih banyak koleksi jibbitz, boleh la klik pada banner di bawah.



Love,

3 bicara yang baik hati...:

z o u l said... Reply To This Comment

bru beli kasut crocs kat uptown..murah sajo..jibitz tu 4 rm10 sajo..tp aku xbeli

Hezesuze said... Reply To This Comment

now pakai selipar jepun jek...muhahaha

ariff said... Reply To This Comment

Crocs yang mahal. Ades~