||| Tercari² |||

Wednesday, February 17, 2010

Lepaking @ Bagan Lalang

Salam teman,

Kalau kalian perasan, agak lama juga Pojie tak story pasal aktiviti Pojie dalam blog ini, apatah lagi memaparkan wajah² terbaru Pojie. Anda rindu? Nah, untuk entri ini dan seterusnya Pojie akan mula memaparkan sedikit sebanyak aktiviti Pojie bersama teman² berserta pic Pojie. Sajer mahu jadi blogger underdog sekarang. Jadi Pojie akan memaparkan wajah dan tubuh Pojie yang terbaru sekali sekala, jangan anda terkejut sudah. Yer, Pojie bertambah sihat dan chubby, terima kasih. Ada sesiapa lagi mau komen silakan. Hehehe..

Oklah, last week sebelum balik kerje, Pojie dikejutkan dengan panggilan seorang blogger tembam yang cute (kira my protege la nih), Syaf, ajak join dia, Aizoul dan kawan² mereka pergi bersantai di Bagan Lalang, dekat² Sepang tuh. Aktiviti kami adalah seperti mandi manda, bbq dan melalak di dalam kegelapan (dan gigitan nyamuk).


Aizoul, Syaf & Pojie - love this picta!


Pantai yang ditiup bayu laut, indah dan mendamaikan.


Menyaksikan saat matahari terbenam, kejadian indah dari Allah yang maha Esa.

Happening sangat hari tuh walaupun hanya kami berenam (dengan Abg Wan, Azrel dan Afie). Plan nak gerak balik pukul 3 pagi terpaksa kami cepatkan memandangkan keadaan kami yang daif, buat bbq tanpa lampu, sampai rentung² makanan kami, juga dengan kehadiran nyamuk yang merimaskan. Huhuhu. Untuk cerita lebih lanjut sila la ke blog AkuLelakiBiasa. Oh, tidak dilupakan, pesanan khas yang Pojie sempat lakarkan di sana buat anda semua...



Love,