||| Tercari² |||

Thursday, February 18, 2010

Honeymoon @ Cameron Highlands



Last week semua orang pergi bercuti. Begitulah dengan Pojie. Mentang² la Chinese New Year kan, yang bukan Cina pun berduyun balik bercuti, yang Melayu dan India juga bangsa² lain pun sama. Majmuk katakann, 1 Malaysia yer dak? Kebetulan pula jatuh dengan Hari Kekasih (a.k.a. Valentine's Day), so Pojie mengambil kesempatan la untuk honeymoon bersama kekasih² hati Pojie di Cameron Highlands. Apa barang celebrate dalam hotel murah n kat tasik bai! Dapat dosa lagi. Bodoh! "Eh, Pojie dengan kekasih², ramai tuh, tak dosa ker?". Oh, tak pun sebab mereka inilah kekasih² hati Pojie...



My family! Pojie pergi sama Mak, Abah dan adik² (kecuali Angah). Oh, tidak dilupakan sepupu Pojie sekeluarga. Kira 2 famili la yang join honeymoon trip nih. So, siapa bilang sambut Valentine's Day tuh haram? For me, andai cara pengisian itu betul, secara halal dan diredhai Allah, tak salah kan? Cuma tak perlulah kita menyambut mengikut hari², kan lebih molek kalau kita menyayangi insan² yang kita kasihi 365-24/7. Pahala dan sejahtera sentiasa berkekalan...

Eh, Pojie bukan nak berkhutbah di sini, cuma nak berkongsi saat² gembira dalam hidup Pojie. Memang setiap tahun kami sekeluarga akan mengambil peluang cuti tahun baru Cina ini untuk berjalan². Sebab apa? Sebab time² tahun baru Cina jela cuti agak panjang jika dibandingkan sama cuti² perayaan lain. Kalau hari raya tuh dah sah² la kita nak beraya kan. Jadi setiap kali bersama keluarga adalah antara saat yang sangat indah dalam hidup Pojie selain saat nak tidur dan sesudah melepas. Haha. Yela time² nih dapat manja² dengan Mak n adik².

Jadi kami bertolak pada hari Ahad, 14 Februari lepas² dalam pukul 3pm. Dengan 3 buah kereta kami masuk highway dan keluar di Tapah. Nah, amik kau jalan cam ular kene palu. Dengan menaiki tanah tinggi lagi. Aiyoo, penat uols. Nasib baik masing² kereta auto, kalau manual tercabut lutut kami! Mencari penginapan lagi. Nasib baik ada instruction daripada pengurus penginapan kami. Jadi kami sampai dalam pukul 6pm jugalah. Hazab kan.



Inilah rumah penginapan kami. Penthouse dengan 3 bilik tidur dan 3 bilik air dengan harga RM430/malam. Peak day tuh. Kalau tidak lagi murah. Kami hanya stay semalam jer sebab nak tambah lagi 1 malam dah ada orang book. Tempat lain pun sama. Takde rezeki nak stay lama². Lain kali jela. Yang pasti, kat sana tak payah pakai aircond atau kipas segala, dah sejuk. Heater dalam bilik air pulak tak berfungsi dengan baik, rasakan masing² macam mandi guna air sejuk dari dalam peti ais. Hahaha. Tidur berselubung masing². Pagi² bangun mulut berasap, cool ok! Dan tak lengkap kalau pergi Cameron Highlands tak singgah ke kebun bunga, ladang teh dan ladang strawberry.



Kannn, masuk² strawberry kami anak beranak, adik beradik gila memetik buah yang comel merah² tuh. Makan sket². Dikira RM20 utk setengah kilo. Hambek kau berkilo² kami amik. Tapi best giler ok, sebab dapat petik sendiri strawberry, hidu aroma dia yang segar, sampai sekarang masih terasa. Kebun bunga? Ko jangan cakaplah, memang tempat favourite mak² nih! Mak Pojie borong bunga berpasu², paling banyak bunga orkid la. Orkid hutan la, orkid kampung la. Yang fresh² tuh dia tak beli sebab tak tahan. Pojie? Beli kaktus jer buat teman² rapat...



Oh, ladang teh kami tak sempat singgah sebab kesuntukan masa, lain kali jela! Blogger Rhuddy ada juga di situ bercuti bersama keluarga beliau, tetapi tak sempat jumpa pun. Takde rezeki gak, memasing sibuk dengan family masing². Oleh sebab dah berhabis naik ker sana, nak beli souvenir untuk kawan² memang takde rezeki. Buah strawberry dalam peti ais pun dah nak habis. Tak mengapalah, Pojie pergi lagi lain kali Pojie beli souvenir dan strawberry banyak² buat kawan² semua yer. Sila [KLIK] untuk melihat lagi gambar² kami di sana...

Love,

9 bicara yang baik hati...:

Aini said... Reply To This Comment

bestnye.. tak pernah smpai cameron lagi =)

JAI said... Reply To This Comment

wah seronoknyerr..aini meh jom ikut saya..hehe..tapi awak jadik babysitter anak gualah..ahaks3..updated blog blogger terhebat

Hazzy Ishak said... Reply To This Comment

dah lama tak jejak kaki kat sana...
meh stoberi skit pojie..

sYukCurz said... Reply To This Comment

bes nya makan strawberry.. nak nak

Meh said... Reply To This Comment

besnye cameron.. nak p lagi.nak p lagi.

mr.syazwan said... Reply To This Comment

amcm da pe kena da ice cream strawberry kat situ???

rasa dia

FUUUUYOOOOO wa ckp lu...

Hezesuze said... Reply To This Comment

hanimun katenye....huhu
mmg teringin nk kesana
tp jalan cam ular kene palu
tu yg xbleh blah...muhahaha

eqbalzack said... Reply To This Comment

sepanjang 35 + 1 abg eq hidup...lom pernah jejak ke cameran lagi....kereta semput naik bukit tinggi2 ni...hehe

farish izaryl @izreez said... Reply To This Comment

shioknya! hahaha