||| Tercari² |||

Saturday, October 31, 2009

The Lucky 8, see u TONITE!!!



Let me introduce to you The Lucky 8 who will watch the Michael Jackson; That Is It, tonight.. Thanks to Remy. They are bloggers and my friends;
  1. Pojie (myself)
  2. Zull
  3. Rhuddy
  4. Allinez
  5. Allinez's friend
  6. Diyana
  7. Diyana's bf
  8. Davina
Clap³.. Actually it was kinda hard for me to find those ppl. Btw thanks to Allinez for her prompt responsed. Thanks to Zull, always accompany me, as usual. So, here are the details for tonight;

  • Movie: Michael Jackson; That Is It
  • Venue: GSC Midvalley
  • Date: 31 October 2009 (today)
  • Time: 7pm
A gentle reminder for you guys, I will be waiting for you in McDonald (in front of GSC) from 6pm till 6.50pm to giveaway the tickets and souvenirs. Don't be late ya! Anything just text/ call me. I will reply u.

See you soon!

Love,

J I K A



Jika kamu memancing ikan..
Setelah ikan itu terikat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja..
Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang..
Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya..
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..
Karena ia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingat..

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh..
Cukuplah sekadar keperluanmu.
Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.. Akhirnya ia dibuang.. Sedangkan jika kamu coba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali ia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya, akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga akhirnya..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan.
Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya, kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.. yang membawa kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu.
Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba bandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan kehilangannya; apabila dia menjadi milik orang lain kamu juga akan menyesal...

Love,

Friday, October 30, 2009

20 Amalan Murah Rezeki



Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
- (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)


2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W.:

“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”

- (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w..:

… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”

- (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah

Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:

“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”

- (Ar-Ra’d: 28)


5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:

“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.”

- (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)


Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.”

- (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah


Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.”

- (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”

- (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata:

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."


10. Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.”

- (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda:

“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.”

- (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya.. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”

- (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”

- (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


16. Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.”

-(Ibrahim: 7)


Firman-Nya lagi:

“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”

- (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan

19. Berikhtiar sehabisnya

Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa: "Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja."

- (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20. Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya:

“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .”

- (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”

- (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)


Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri

“jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.”

- (At-Talaq: 2-3)


Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.


Love,

Tinggal 3 lagi!



Korang ingat x n3 Pojie pasal Remy?? Ada ingat x pasal 8 tiket wayang yg dia amanahkan pada Pojie utk jemput kwn² menyaksikan filem Michael Jackson; That Is It. Ingat x?? Xingat?? Sila KLIK. So skrg, cuma ada 3 tiket lagi yg tinggal. So, sila buat reservation sblm pukul 3pm hari ini yer. Sbb tontonan dia pada hari esok. Klo xde jugak, so Remy, Pojie akan ajak kwn² rapat Pojie jela ek. So, rugilah saper yg xmo join, xdpt hadiah khas dari Remy. I dah tau apa dia. Hoho, sori Remy, xthn nk tau apa dia, so Pojie unwrapped la. Xpe kann..

P/S: Ini kata nk buat sesi btemu peminat (a.k.a. reader), contest n bg hadiah segala. Remy yg buat xde respon inikan Pojie? Erm, lupakan!

Love,

Thursday, October 29, 2009

Cam FANTET!!!


Ku sangkakan panas sampai ke petang,
Rupanya hujan di tengah hari...

Eiii, cam haremmmm tau my hp skrg nih. Cam hanjenggg sgt! Hari² kasi cacimaki sama ini hp. Sbb apa?? Sbb dia byk sgt bw masalah sama Pojie. Kurang dari 1thn pakai sudah beratus duit Pojie abes.. La nih dah genap 1thn, dia buat pasal lagi. Kasi hang xsudah², kasi padam masa tgh call or SMS. Apa pasatt?? Mau sambut anniversary bsama Pojie dgn membaling dia ke dalam loji Indah Water kah??! Ker dia soh Pojie cari pengganti cepat² sbb dia mau kojol xlama lg?? Ohhh, mana duit aku nk cekau??!! Dah ler tgh sesak skrg nih, sila buat hal time² aku byk duit, leh terus aku angkat hp baru n baling kamu dalam lombong! Eerrrghh!! Stress skrg nih stress!

P/S: Ada sesiapa mau hadiahkan Pojie hp baru?? Remy dah der hp baru, Kak Heze ada hp baru, Pojie bila lagi?? Huhuhu..

Love,

Getting Better



Alhmdulillah, semalam jumpa doc n diberikan MC 1 hari. 1 hari jer?? Cukup la tuh, byk² kang saper nk tolong siapkan keje² nih. Dah hujung bulan, keje btambah, repost kene siapkan.. Klo MC lama², lg pening paler nti. Xpela, semalam dah rest, bantai tido spjg hari pas makan ubat. Huhuhu. Cuma biasa la pas makan ubat, efek dia akan mengantuk. Cipan tol. Nih buat keje sambil tahan mata jer nih. Hope xde kesilapan. Lunch time kang nk tido. Huhuh. Nk makan? Masih xde selera. Biasalah ubat² nih akan buat tekak rasa pahit, xlalu nk makan. Klo makan rasa cam nk muntah blk. So makan la makanan yg lembut² cam biskut cicah milo ker. OKla kan isi perut dpd kosong..

Terima kasih buat semua yg mengambil berat tentang diri ini. Terima kasih ada yg SMS, ada yg call btanya khabar. Tharu rasanyer, masih ramai yg syg kat kiter rupa²nya. Terima kasih byk².

P/S: Sakit lama hampir kembali. Oh no wayyy!!!

Love,

Wednesday, October 28, 2009

Kurang Sihat (a.k.a. DEMAM)



Dah 2 3 minggu nih ada jer kejadian yg blaku pd Pojie melibatkan kesihatan. Maybe bulan nih adalah bulan sakit bagi Pojie kot.. Batuk, selsema, sakit tekak, low blood preassure and arini, DEMAM. Kepala pusinggg! Trasa malassss sgt nk gi klinik uols. Malas jumpa doc (sebenarnya takut makan ubat). Semalam makan ubat, tido selubung, gigil² uols. Sedih rasa time² mcm nih jauh dari Mak. If not dia la yg sokmo jaga. Ada buahati pun jauh n bz dgn exam dia. Tpaksa la tabahkan diri merawat diri sndiri..

Just doakan Pojie selamat sembuh dan sihat spt sediakala yer.. Xtertanggung sakit dada nih bila xleh muntah, stuck dlm nih. Nk muntah pun sakit gak. Hope masih ada kekuatan nk gi klinik jap lg. Bertahan la Pojie, jgn tumbang lagi!

Love,

* Mode: BERANGAN *

Pojie dari kecik selalu berangan², mengimpikan ada poster besar terpamer wajah sendiri. Di tampal di setiap sudut dan premis kedai.. Bukan di dalam kedai, malahn di merata² tempat. Wajah yg buat org lain tenang dan tersenyum girang..



Terpampang poster di ceruk benua.. Poster besar, poster kecil malahan poster canvas sekalipun Pojie impikann.. Apatah lagi klo menjadi model utk produk kesihatan dan kecantikan..



Wajah terpampang di papan² billboard. Setiap insan yg melihat akan turut tersenyum. Senyuman pada wajah Pojie yg bisa membuatkan insan lain tersenyum juga..



Ohhh, xmengapalah andai blom ada rezeki.. Tp andai ada poster sendiri yg leh menghiasi bilik sendiri pun dah cukup bagus. Sbb Pojie bukan ada minat mana² artis dan tokoh pun utk dijadikan idola. Idola Pojie hanyalah diri Pojie sendiri (ohhh sakit narcism kamu semakin kronik, huhuhu..), family dan teman² yg berjaya... So, alangkah bagusnya ada poster² ini dalam bilik. Setiap hari akan lebih bersemangat!!! Tp takut juga andai ada peminat fanatik yg mencuri poster Pojie utk ditampal di bilik, modal melepas nafsu.. Kihkihkih...



Tp, klo ada org nk pggil Pojie jadi wajah penghias majalah (coverboy) pun Pojie on jer!! Xkisah la majalah apa janji jadi full cover magazine. Wow, pasti majalah laris di pasaran... Akan menjadi kemestian utk setiap gadis memiliki majalah itu, menjadi pujaan setiap insan, dgn poster pin-up dalam majalah yg ditampal di kamar beradu...



Ohhh Pojie,
anda sungguh kuat berangan!!!

Love,

.:: A.M.P.U.N ::.


Tuesday, October 27, 2009

Remy oohhh Remy!!!

Pojie ada seorang kawan. Nama dia Muhammad Rahimi bin Buchek. Budaknyer cute n lovely. Selalu tersenyum dan kuat gelak. Dalam ramai² kwn Pojie, dia yg paling senyap tp dia la yg kuat gelak. Bukan itu sajer, dia juga merupakan peminat fanatik Mariah Carey. beliau juga merupakan seorang kawan yg tersangatlaahhhhh pemurah, sokmo bg hadiah itu dan ini pada Pojie dan kawan². Yg buat hadiah dia spesel, mostly dia buat/ tempah khas buat kawan², dan pasti akan ada unsur² Remy/ Mariah Carey padanyerr.. Kira kata org xde org la yg akan terima mende yg sama dari org lain melainkan kawan Pojie sorang nih! Dan yg paling terbaru, dia ada memberikan Pojie (dan kawan² lain) sebentuk hadiah...



Erm, wrapping paper yg cantik n simple n cool! Hitam mutu keunggulan! Gittew! Tp jenuh aku nk membuka. Tpaksa soyat² daa.. Xdpt nk recycle. Huhuhu.. Tgok² dalam dia...



CD original terbaru Mariah Carey, Memoirs of an Imperfect Angel. Wallahhh!!! I think this is the only 1 CD artis oversea yg ori, yg ada dalam simpanan Pojie.. Yg lain² sumer pirate.. Wakakaka.. Motipp nk kayakan depa! Apa² pun i really like it. Cuma album² dia yg dulu² lg menusuk kalbu pada Pojie.. Hoh, apa lagi layan ler sumer lagu² dia...



OMG, ini budak sgtttt la fanatik sama Kak Mimi nih. Pojie fanatik sama Kak Mimi gak, tp Misha Omar jer.. I xreti nk ckp omputih, so xberapa minat artis omputih nih, xpaham.. Dan² ler kann! Klo ler Mariah Carey dtg KL buat concert kat KL dan batal cam Beyonce, haross dia la org pertama yg akan menangis 7hari 7malam.. Tp saper kawan Pojie tuh?? Mesti korang dah tau saper kan?? Hah xkenal?? Haah ek, mention nama IC, xmention nama komersial dia mana ler org nk kenal yer dak.. Dialah...



Remy!!!

Thanks a lot yah Remy. Pojie xberapa minat Mariah carey nih pun dah start minat sbb kamu! HUhuhu.. Ohhh yerr, beliau sempat juga pass 8 tiket tayangan citer Michael Jackson; This Is It pada Pojie. Dia kem slm kat peminat² yg akan menyaksikan tayangan citer ni. Sepatutnyer aktiviti dia bersama peminat² dan teman² tetapi oleh sbb ada hal yg xdpt dielakkan, maka dia wakilkan Pojie jer.



Ada sesiapa yg berminat?? Ada lagi 5 tiket yg available utk tayangan pada 31 Oktober 2009 (Sabtu) pukul 7pm di GSC MidValley. So siapa yg bminat sila emelkan NAMA, YM, FB dan NO TELEFON utk memudahkan Pojie menghubungi anda semula utk confirmation.. Oh yerr, emelkan kat pojie_kmj2002@yahoo.com dengan subject: Michael Jackson; That Is It. 5 org pertama yg emel kepada Pojie akan menerima panggilan "private number" dari Pojie pada pukul 6pm - 7pm nti yer.. Kepada yg xberjaya, Pojie akan reply emel kamu agar tidak tertunggu². Ada hadiah dan cenderahati sedang menanti buat kamu!!! Cepat!!!

Terima Kasih Remy!!!

P/S: Sian sorang member blogger Pojie; Dr Darren. Frust menonggeng dia bila Beyonce batal konsert. Sabor jela yer. Payah artis oversea nk lepas Malaysia, memacam karenah skrg..

Love,

Sis Heze's Post Raya OPEN HOUSE

Last week rasanya adalah minggu yg paling lemah dalam bulan nih! Dgn xbrp sihat, masalah kerja, masalah peribadi, masalah itu ini, miss meal dan bbrpa masalah lagi la yg membuatkan Pojie blackout kejap last week dan menggegarkan kejap dunia FB. Bg yg tau n concer tuh, TQ sooo much Pojie ucapkan. I dun mean to make u guys worry. Bg yg xtau tuh, xpayah amik tau. Mende dah lepas. Buat org tuh, dun blame urself for the incident. Dah nk kene. Klo ajal time tuh pun bukan sbb kamu!

Oklah, back to the main story, just nk say TQ soooo much buat kakak aku yg paling cute n gonjeng di alam semesta atas kesudian beliau menjemput Pojie serta teman² yg lain dtg ker open house dia walaupun dah abes raya pada hari Ahad yg lepas. Konsepnyer aalah Open House 1Malaysia kannn!! Kikiki. Planing mmg nk dtg ngn Abg Lee n Shah. Sori buat kwn² yg Pojie xreply msj/ call, xde cdt. So, xdpt nk planning awal² tp akhirnya dpt gak konvoi kann! Dpt gak temukan Rizz ngn Abg Lee dah nk sgt jumpa, malu la plak yer.. Pojie gerak dari Subang, jumpa Mady & Aizoul di McD Shah Alam. Then gi jumpa Remy yg baru pas amik Rizz & gang. Sblm gerak, kami singgah ke umah Abg Adie Waridie sbb dia ngn Abg Am dan Diva 56 nk ajak konvoi sesama. Cun la! Mcm biasa Remy lead.

Sampai² hah kauu!! Macam umah keje kawen ngn kanopi n menu² bagai. Ko jgn memain! Klo anak Kak Heze nih kawen xtau la dia buat kat dewan aku rasa. Nih baru open house uols.. Masuk² ke ruangan makan, hah hambek kau, 10 ribu mata memandang kami. Xtau la maybe dia pk kami nih artis kot. Kikiki, whatever la. Dah biasa dah dipandang² mintak autograf n gambar bagai. Hehehe. Apa² pun kami (erm, Pojie actually) rasa sgt teruja dgn menu² yg dihidangkan oleh tuan umah! Sgt byk n sedap ok. Xkan ler Pojie nih manusia, klo lembu sure akan ku isi empat² perut tuh utk semua makanan.. Huhuhu.. Thanks kak, raya haji nti buat lagik yer.. Murahhh ler rezeki kamu hendaknyerr...




Tetamu (a.k.a. diva²) yg hadir memeriahkan open house Kak Heze.

Blk dari umah Kak Heze xterus blk yer, kami (i mean Pojie, Abg Lee n Shah) bpoya² cuci mata di sebuah kopitiam di Shah Alam. Lepak² sampai kul 8pm kot then anto Abg Lee jumpa member dia kat Bangsar.. Pojie n Shah, terus blk dan meneruskan aktiviti di depan tv sampai tertido. Hoyeaahhh!!


Abg Lee yg maintainnn cute!


Shah, my bestfriend (a.k.a. new housemate) merangkap ex-madu.. Kikiki..

Love,

Monday, October 26, 2009

| My Wishlist 2010 |

Erm, kalau kerajaan last week baru pas membentangkan perihal Bajet 2010 (ramai buat ulasan pasal nih), so Pojie plak sajer nk bkongsi pasal my wishlist for next year.. Tp andai dapat this year, kira alhmdulillah.. In advance tuh! So Pojie nk share antara wish² yg Pojie nk sgt dpt n happen since dulu, tp dah dekat hujung² nih, so target insyAllah ada rezeki nk dpt kan semua nih!!

Oleh sebab terlalu byk item dlm wishlist Pojie nih, maka Pojie akan susun mengikut kategori² yg telah disediakan. Byk sgt nih ntah dapat ker idak, huhuhu..

1) Perfume;

Sebagaimana korang sumer tau Pojie amat menggemari perfume, xkira la perfume murah or mahal, janji bau wangi n sedap! Pojie lebih sukakan perfume yg berbau buah dan citrus. Ske yg berbau sweet n musky². Pojie lebih suka perfume yg unisex berbanding for men, sbb ia lebih keras. Tp ada jer yg sedap kann! Ini antara perfume favourite n idaman Pojie..

Victoria Secret - Love Spell

Pojie terpikat since 1 of my officemate pakai. OMG, mmg bau dia memukau mcm kne spell ok. Xdpt 1 set, dpt body spray dia pun jadi la. mmg bau dia ladies, but i like. Nk bg kat mak pun mesti dia suker. Tp tuh la, xjumpa kat Malaysia ok. Puas mencari.. Ada kat oversea jer.. Saper la yg ada kat oversea yg leh dikirim..


Issey Miyaki - Summer 2008

Mesti korang perasan kan, ble sebut pasal perfume, mesti Pojie akan sebut nama nih. Sbb nih my feveret. Pojie pnh ada nih. Mmg best giler. Dah la botol dia pun cantik tau! nih jer perfume mahal yg pnh Pojie pakai setakat ni, ikat perut ok. Huhuhu. Now abes da, ble la dpt bli lagi..


Calvin Klein - Eternity

OMG, bau dia sgguh mempersona ok! Sampai srg Pojie xleh lupakan bau sum1. Ble thdu haruman nih, ingat kat dia. Oopss, bukan bermaksud curang, just tlalu suka bau dia, lebih² lg klo org tsayang yg pakai, mmg sexy!


DKNY - Be Deliciuos (green)

Ex-osmet Pojie pnh ada tp yg merah. Best la.. Tp Pojie paling suker yg hijau. Bau dia lagi fresh sweet! Lgpun Pojie mmg suker kaler hijau epal n makan epal hijau! Just nice!


Hugo - Energise

Pernah order ngn kwn perfume nih, tester lg ok sbb dia mmg jual perfume. Tp tup² abes stok, sampai skrg merana xdpt² lg bende nih! Bau dia mmg energise, bau lelaki yg sexy..

2) Gadgets;
Erm, actually I'm not into gadget mcm PSP ker, iPhone ker, blackberry ker, but i wish to have these things yg more practical n mende² cool walaupun xla byk function sgt!


iPod

Actually Pojie menggemari iPod nih sbb Pojie ske dgr lagu². I'm not into video kot. So pada Pojie, dpt iPod nano pun dah kira oklah kan.. Lgpun iPod touch agak bulky. Makan ati ble masa keje kat SingTel (Singapore Telecommunication) apabila customer² SingNet melanggan pakej internet, ada dpt free iPod lg ok! Mkn ati siot. Hope dpt la kann..


Sony Ericsson W880i

Since hp Pojie yg skrg nih byk sgt masalah, so I'm planning nk tukar hp tu this kind of fon. Aizoul pakai nih n dia ckp not bad, xde problem. Dah la cute kann! Cuma skrin kecik n xde kamera Cybershot. So, for this moment, maybe angkat as my 2nd hp kot. Nk angkat sepasang utk kasih jugak sbb dia ske this model. InsyAllah..


Sony Ericsson W902

Erm, target nk hp nih sbb dia almost sama ngn my current K850i n more advaance. Function lebih hebat dan sistem lebih stabil. Tp harga dia still 1k la, lom mampu lagi. Nanti la..


Sony Cybershot T700

Wow!! This model mmg cool. Mmg jatuh cinta pandang pertama pada body dia. Dah la cute, kecil n nipis jer tau! Yg pasti i think this is the best n ever yg pnh jumpa.. Yela bygkan klo amik pic kat tenpat gelap (time clubbing contohnyer), walaupun guna flash, tp still cantik ok. Klo pakai foundation pada muka mmg xpecah lobang!! I must get this 1!


Lenovo IdeaPad S10

I fall in love with this gadget since Zull angkat 1. Ahhhhh, makan atinyerr!! Mmg cute n murah. Paling murah leh dpt 1.3K. Erm, tp klo dpt nih pun ingat nk kasi Pejul pakai dulu la. Sian dia nk wat assigment xde PC nk buat, harapkan kawan² jer.. InsyAllah ada rezeki lebih mmg kne angkat 1.. Sabor²..

3) Outfits;
Erm, dah lama giler Pojie xshoping baju, xmelaram. Ini sumer atas kekangan poket. Huhuu.. Tp tula, jeles kdg² tgok kwn² xsudah² shoping baju. Dgr xde duit, gi shoping baju sana sini.. Xkat Topman, kat Sg Wang paling koman. Pojie? Downtown pun Pojie makan ati jerr.. Tp target nk dpt sumer nih, gerammm!!!


Paul Smith Shirt

Teringin sgt nk ada 1 T-shirt o kemeja Paul Smith. I fall in love dgn strips dia yg colorful tuh!!


Cardigan

Pojie ada 1 cardigan dah dari Romp, ingat nk beberapa lagi buat koleksi dari warna yg berbeza plak sbb yg ada skrg kaler itam. Sbb ada cardigan nih snang nk match mana² baju, or cover utk setiap function. Senang mix n match juga!


Vest

So far Pojie ada 2 vest. Dua² itam! Nk tambah koleksi vest juga sbb senang nk mix n match ngn sumer baju n t-shirt yg Pojie ada. Nk yg jenis² yg casual mcm kat Romp tuh pun jadi la.. Tp Awal Ashari punyer vest sumer cool² ok!


Hoodies

Pojie paling suker sweater yg ada hood, that's y it called as hoodies. Pojie ada5 sweater macam² rupa, size dan warna, 3 ada hood. I like²! Tp teringin nk ada 1 hoodies berbulu macam kat atas tuh. So leh la feeling² winter kat opis nih. Leh gak feeling² jadi Nicole PCD.. Heheh..


Tuxedo

Teringinnnnn sgt nk ada tuxedo 1 set mcm nih. Sbb apa? Sbb klo Pojie ada apa² event or majlis makan malam, Pojie sambar jer tuxedo nih. Nk nmpk kelainan tambah la aksesori yg patut.. Klo kat MidValley ada 1 butik nih, cantiknyerrrr.. Dpt kat Lord's Tailor pun best gak kann! Oh, bestnyerrr..


Spot shoes

Pojie nih jarang bersukan tp oleh sbb target 6bulan akan dtg nih akan aktif ngn outdoor activities demi utk mencapai kecergasan badan dan kurus, maka Pojie akan cuba mencari sport shoes pasnih. Adoi, duit lagik!


Paul Smith Shoes

Hoh, Paul Smith lagik!! Yesss, ini idaman Pojie since dulu lagi. Org lain dah bpasang², Pojie sepasang pun xde lagi. Dulu ada org ckp nk bli kan, tp since xnk susahkan dia, xpela Pojie akan cuba dapatkan sndiri. Kat Downtown pun dah RM75-90 tau! Mahal gak tuh! Tp mmg cute!! Sesuai utk sumer tempat function.


Black shoes

Semenjak keje skrg nih yg xperlu pakai formal, xperlu pakai kasut formal, so kasut itam Pojie pun dah reput dahh.. Nk pakai dah xleh. So ingat nk cari yg baru la. Teringin sgt nk jenis yg luncup kat depan, tp masalahnyer kaki Pojie nih dempak kat depan, sure sakit ble bjalan nti.


Brown shoes

Pojie pun ada brown shoes nih. Tp since dah lama xpakai, tsimpan lama dlm almari, maka jadilah cam black shoes tuh. So nk pakai² smart casual ngn kasut coklat nih, xdpt la.. Nk cari yg baru lagi..


White shoes

Nih Pojie xpnh dapat dari dulu lagi. Mmg teringin sgt nk bli sbb cool n nmpk ada kelas! Dulu nk bli time² promo kat KLSentral dulu, ada jer kekangan, sampai la nih xdpt beli. Hohoho, sedihnyer..


Boots

Wow!!! Cantik kan boot nih. Dari dulu lagi Pojie ngidam sgt nk pakai boot. Walaupun macam xsesuai, tp klo kne ngn gaya n boot yg sesuai, mmg cool ok. Leh feeling² jadi artis Korea plak!


Bag

Sebagai pelengkap aksesori, bag kadangkala perlu. Lebih² lg utk org yg macam Pojie, kadang² kurang keyakinan diri, beg leh membantu sbnrnyer. Lgpun ske letak memacam khazanah dlm tuh. Itu motiff utama. Hehehe..

3) Fitness;
It's time for me to think about my health and fitness!!


Six pack & dick line

Wow, tgh berusaha utk mendapatkan dua mende nih! Ada dick line, sexy beb!!! Tp xdpt mcm nih rupa, dpt lite² pun cukup la.. Janji sblm my besday, nk kasi flat kat perut nih dulu. Xmo boroi².. Huhuhu..


Tricep & bicep

Nk bina lengan yg power macam nih. Baru la buahati pegang dia rasa secure.. Jgn stim udah la yerr.. Hehehe..

4) Vacations;
Hoh, dah lama sgt Pojie xbercuti.. Last pun 2tahun lepas kat Pangkor ngn sorang member! Pastu ngn keadaan kewangan yg xmenentu, sampai la ni xdpt bcuti.. Tp Pojie mmg teringin sgt nk bcuti kat tempat² nih, utk menenangkan fikiran dgn keindahan alam..


Pulau Sipadan

Pulau yg ada kat Sabah yg sgt terkenal. Airnya yg jernih dan cantik sekali. Amat sesuai utk aktiviti scuba dan snorkeling. Ada member² kolej suggest kami buat gathering n buat kat tempat nih. Cool! Ala² mengimbau kenangan masa kat Pulau Redang dulu kann! InsyAllah nti Pojie pk kan!


Pulau Perhentian

Antara pulau yg menarik n best di Malaysia. Masa study dulu xbkesempatan nk gi Pulau nih. Nti la ada rezeki nk sgt gi sini!! Honeymoon ker kann!


Bandung

Erm, teringin nk bcuti ke luar negara dan inilah tempat pertama dalam senarai Pojie. Knp Bandung? Sbb kat Bandung aman dan nyaman. Tanah tnggi yg cantik, umpama Cameron. Lgpun ada kawan² Pojie di sini. So, sambil bercuti, bleh la melawat kawan² kann! Tempat nih pun agak murah jika dibandingkan dgn tempat² lain..


Bali

Bestnyerrr klo dpt pegi sini. Org lain dah 2 3x, POjie pun dah 2 3x, impikannn jela tempat nih. Pergi jejakkan kaki, lom lagi.. Huhuh.

P/S: Mungkinkah Pojie akan mlarikan diri ke tempat² di atas bila tiba masanya.. InsyAllah..


Love,