||| Tercari² |||

Monday, March 16, 2009

Jualan Amal!!!


JUALAN AMAL SALAM 2009

Kumpulan Jualan Amal SALAM ingin mendapatkan bantuan sukarelawan Yayasan Salam untuk sama- sama membantu mengumpulkan barang-barang terpakai untuk dijual semasa Program Jualan Amal SALAM yang akan diadakan pada:-

Hari : Jumaat, Sabtu dan Ahad
Tarikh : 10 hingga 12 April 2009
Masa : 10.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Amcorp Mall, Petaling Jaya

Barangan- barangan terpakai yang diperlukan adalah:
1) Pakaian- baju kurung, sweater, dan jeans
2) Eksessori- gelang, rantai, cincin, jam dan lain-lain
3) Kasut
4) Beg
5) Barangan kediaman- barangan elektrik mudah bawa, perhiasan dan lain-lain
6) Buku- Novel, koleksi komik dan lain- lain
7) CDs, VCDs- yang tulen sahaja
8) Permainan kanak-kanak

Diharap para sukarelawan dapat membantu menghebahkan pada orang ramai tentang program ini dan sudi menghantarkan barangan tersebut ke Pejabat Yayasan Salam Malaysia, No 22 Jalan Changgai, 46000 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

Waktu penghantaran barangan adalah pada waktu pejabat dan cuti hujung minggu. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus dengan Saudari Sarah (017-3100 447) atau Pn. Masriah (013-381 9063).

Kami juga meminta jasa baik anda untuk mengasingkan barangan mengikut jenis bagi memudahkan proses pengkelasan dan diletakkan ke dalam kotak.

Hasil jualan daripada program ini akan digunakan untuk membiayai program- program yang telah dirancang oleh sukarelawan bagi tahun 2009.



P/S: Rasa cam dh jumpa apa yg Pojie nk sedekah utk depa nih. Since wardrobe dah penuh, badan dh semakin membesar, apa lagi baju² la! Tp ada ker yg nak pakai baju² drag Pojie gi clubbing, gi melahar ngan dedah dada ittew?? Erm...

Love,

3 bicara yang baik hati...:

farish izaryl @izreez said... Reply To This Comment

Tp ada ker yg nak pakai baju² drag Pojie gi clubbing, gi melahar ngan dedah dada ittew?? Erm...

hehe gtew kan statementnya.nk tgok bju pojie yg tantek plishh ehhe

Blog Anuar Kamaruddin™ said... Reply To This Comment

kalu baju cenggitu, toksah ler kasi yayasan salam...kasi jeh kat yayasan there's something about ritz...suker budak tuh :D kikiki

Pojiepooh Abdullah said... Reply To This Comment

Rizz;
Xpayah tgok²..
Sumer ada display kat kedai yg Pojie tunjukkan tuh!
Hehehe..

Nuar;
Wah, katanyer..
Besor la yg..