||| Tercari² |||

Thursday, November 11, 2010

Kisah BLOGGER KEKWAT!!!

Salam,

Apa macam hari nih? Ada sihat ka? Sudah bagi soalan² cepucemas kat Pojie belum? Kalau belum silalah berbuat demikian selagi masih ada kesempatan. Kalau dah terima kasih banyak² Pojie ucapkan walaupun ramai Kak Anon dalam tuh, tak mengapalah mungkin segan takde hidung kot. Terima kasih banyak² juga buat korang semua yang bersusah payah vote Pojie (walaupun ramai juga yang tak peduli) dan mendoakan kelancaran ujian Pojie untuk Sabtu nih. InsyAllah kalau sangkut mana² salah 1 tuh, Pojie akan reward korang semua ek. So far belum difikirkan apa² lagi selain makan² :)

Baik kan Pojie. Wahhh angkat bakul sangat! Bukan apa, Pojie sangat² menghargai pembaca² dan teman² macam korang semua la yang gigih singgah blog Pojie, drop komen, walaupun Pojie masih belum berkesempatan nak menjawab 1 per 1 komen korang apatah lagi menerjah blog korang kembali. Maafkan Pojie. InsyAllah dalam masa terdekat ini Pojie akan cuba untuk meluangkan sedikit masa untuk ativiti itu. Untuk anda semua, demi membuktikan bahawa Pojie bukanlah "blogger kekwat". Maaf, Pojie bukan blogger sombong.

Sekadar hiasan.
Apa maksud "kekwat"? Erm, bagi sesiapa yang tak pernah dengar perkataan ini, actually ia adalah perkataan dalam kamus NOXford. Kamus yang takde dijual di mana² kedai buku melainkan di kedai yang meriah dengan mekap² nih! baru sikit tuh. Haaa.. kembali kepada maksud "kekwat" tadi, ia membawa maksud; "perlakuan atau aksi seseorang yang boleh dikira sombong, cakap besar ada berlagak diva". Ia boleh digunakan untuk pelbagai situasi yang berbeza mengikut keadaan. Actually, ia berasal dari perkataan "catwalk" iaitu cara berjalan peragawan (dan peragawati) ketika di atas pentas peragaan (runway). Dan jika dilihat pada aksi dan memek muka mereka ketika memperagakan pakaian, itulah dia yang boleh dikatakan KEKWAT! Mempamerkan kemegahan dan kesombongan dengan penuh bergaya. Ada tak yang senyum tergedik² melainkan model Victoria Secret? Takde kan! Kalau di Singapura mereka lebih menggemari perkataan "kerek" (bukan gerek) macam @azfarul tanya, kira lebih kuranglah tuh! Jadi jika melihatkan kepada maksudnya, korang agak² Pojie nih kekwat tak? Sila jawab kat ruangan komen nanti yer. Jadi kenapa isu ini timbul? Erm, kerana Pojie dapati agak ramai blogger, especially yang meletop², kira otai nih agak sombong dengan pembaca dan blogger hingusan macam Pojie lately. Mohon ampun andai coretan Pojie kelak menyimbah asid ke muka kalian semua. Ada ker blogger kekwat nak baca entri Pojie nih? Takde kot. Yang baca dan komen pada Pojie semua blogger2 ramah... 


Kenapa Pojie cakap macam tuh? Sebab kita beriya la terjah blog dia sejurus selepas dia publish (sebab kita follow blog dan twitter). Punyalah siap komen dan letak link blog kita balik kasi dia senang terjah balik. Nan ado! Kalau agak² blog kita tuh tak diterjah semula sebab terlalu sibuk nak update entri seterusnya, attend event Nuffnang atau memang entri tak best, takkanlah selalu sangat kot bagi alasan tuh. Tak logik kan. Kalau dok berborak sama kawan² Twitter yang lain reti pula nak RT bertegur sapa bagai, kalau kita nih haram... Tak pandang pun follower yang memuja dia. Sedih tau! Apatah lagi dia nak backlink atau RT kan entri kita yang best² macam budak ni dan ini selalu buat (sayang kamu!). Kita pun nak juga rasa sipi² bahu dengan mereka, nak gak dapat trafik berjuta² sampai dapat earning beribu² **nanges T_T. Macam nak jer carut sorang² tapi tak sampai ati pula kan. Sebab masing² ada nama, ada follower, ada orang² kuat, kang dikatakan menumpang populariti secara bangang

Apa² pun Pojie minta maaf banyak² kepada blogger yang terasa ya. Pojie bukan nak buatkan kalian terasa, apatah lagi mengharap balasan carutan ini, tetapi sekadar meluahkan kekesalan di hati. Pojie juga insan dan blogger biasa yang perlukan sokongan untuk berdiri lebih teguh dan maju di dalam industri ini. Pojie nak juga popular, ada ramai pembaca, ramai kawan² dan mendapat habuan yang lumayan tanpa kekwat²

Tolong ingatkan Pojie ya.

Love,

26 bicara yang baik hati...:

Hazzy Ishak said... Reply To This Comment

huwaaa...
lelaki ituuuuu

attyfir said... Reply To This Comment

salam pojie..

sama lah ngn kty ..kdg..tak sempat nak balas komen..tp kty akan buat kunjungan balas..cuma cepat dgn lambat je..

Hezesuze said... Reply To This Comment

adeeehh sape pulak yg kekwat nie uols?? huhu

DanieL AdiE said... Reply To This Comment

DANIEL ADIE kekwat x???

latest entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/11/review-filem.html

Unknown said... Reply To This Comment

pojie x kekwat laa..suke tegor n komen even kat FB pon...2 yg cm respek kat blogger sinior yg mai tego bloger yg kecik bru nak naik cm kite ni haa...

so konklusi nye pojie tak kakwat!!!

Encik Psychopath said... Reply To This Comment

tp pojie mmg kekwat pun.

AJ said... Reply To This Comment

Salam Pojie,

terimakasih atas teguran di komen eyriqazz..apologize for it dan rasanya i will do one entry to reply back to ur comment...anyway,sometimes i drop by to ur blog silently without leaving the comment...

action is better than word...thanks pojie,will try to improve on that...

Sumijelly said... Reply To This Comment

ala...pojie... jgn la keciwa..keciwa...
kita kawan kan?? kan?? huhuhu


Sumijelly.com

anyss said... Reply To This Comment

Salam,
Errrrr...kekwat tu apa ya?
Maaflah, saya tak reti sangat perkataan2 baru macam ni

anyss said... Reply To This Comment

Salam,
Sori....saya ingatkan 2 entri tu...ada gambar kat tengah. Rupa2nya 1 entri je.

Jadi...fahamlah saya apa maksud kekwat tu. Sorilah ya tuan rumah, terjah tak bagi salam..daku bersalah! ------> termalu jab

apezs shah said... Reply To This Comment

iyeke pojie.. sabar yea..
mungkin ada yg perlu kita selidik nie.. kekwat dimana tu.. lagi satu, motep sgt laa Pojie nie.. adaa pulak KEKWAT kat kedai mekap...hahhaa...:p

Call me, Eyka said... Reply To This Comment

hahaha sgt bagus entry ni..... hehe. sabar jela nok.....mereka kan mmg kekwat. nak buat macam mana? hehe. pojie, nnti eyka nk pinjam entry ni leh? hahahahah *phm2 sudah sbb ape..lalalala~

p/s: pojie mmg best! x kekwat pun u ol....huhu

Matjoe said... Reply To This Comment

matjoe, kalau org pernah jumpak tu mesti selalu singgah blog dia. nak pulak dh letak dlm blog list, ushar jer kalau ada tajuk menarik aku klik dan baca

Liyana Lunia said... Reply To This Comment

betullllllll, ada blogger tu kekwat ya rabiii, minta tolong dia acuh tak acuh saja, bertegur dengan dia pun tak dipandangnya. last last ku malas dah nak pandang twitter dia, blog dia semuaaa ku tak mahu dah HAHAA

i kekwat tak? :">

Nadya said... Reply To This Comment

Oooo..baru tau asal perkataan kekwat tu..Thanks pojie..

Biasa la,manusia ni lain2 perangai..
Sabar je la

DDFABULOUS.COM said... Reply To This Comment

saper yg kekwat sangat tu...dia x akan selalu di atas...one day di kat bawah tapak kaki jugak kalau attitude camtu...dushhhhh...

epulafea said... Reply To This Comment

wahh luahan hati ya di sini.

ala biasalah. kalau setakat blog sunyi macam saya, sudah tentu saya jawab selalu komen. tapi kalau komen ada berpuluh-puluh & bukan full time blogger, mungkin tak ada masa nak membalasnya.

kiranya macam blog ini rumahlah.
kalau tetamu tak ramai senanglah melayan buat air teh & biskut marie. kalau ramai sangat macam buat open house, kena buat buffet & tempah katering. salam pun tak sentuh-sentuh pipi. itulah perumpamaannya.

apa-apa pun, perangai keji tetap wujud kepada pembaca blog yang bukan baca pun tapi sekadar datang promote blog masing-masing. jenis komen di chatbox "BLOGWALKING" wtf. baik tak payah beritahu. macam lalu rumah orang lepas itu jerit "AKU LALU RUMAH KAU! wtf.

apa yang penting, kita menulis bukan kerana nama, bukan kerana nuffnang keh keh keh, bukan kerana orang lain ada blog, tapi kita menulis kerana kita ada pandangan.

sekian karangan tamat.

izulman said... Reply To This Comment

hahaha suke komen epulafea kt atas ni.

hei pojie, thanks wei terharu aku! baru nmpak sorylah tgh exam mode busyyyy @_@ anyway, ko punyer gambar nak stok panas je kan. *pengsan.

Nanti aku habis belajar bulan 12 ni, aku rajin2x la tgok pojiepooh ni hehehe

ps: yg kekwat ni buat dunno je! tk pun ko hack blog diorg letak gmbar lucah baru org lain ingat diorg tu kotor. XDDDD

ok cdangan ditutup, aku gurau je, kalau kau buat betul jgn kate aku suruh pulak hik3x

Adam Arjuna said... Reply To This Comment

gambar hiasan ngn entry jauh menyimpang.. ahahhaha

Unknown said... Reply To This Comment

bagi penapak jek sapa2 yang tuduh ko mcm tue...huhuhu

Fnd Rocka said... Reply To This Comment

Gambar nak panas aje.

O said... Reply To This Comment

ambOi gambaaaa ;p

pOjie tak kekwat lOr
tapi agree..ada few yg macam pOjie huraikan tu
;)

@rep said... Reply To This Comment

ko memang KEKWAT!!!!!

*taxiiii

Joey said... Reply To This Comment

erm ..entahlah

bagi aku, tak komen balik pun tak apa.

Lagipun, bagi aku tujuan blogwalking bukan mengomen and then berharap supaya dia datang kembali mengunjungi kita (walaupun dalam hati memang nak dia dtg and komen yer). Kadang-kadang suka baca entri dan rasa ada benda nak komen. Macam entri ini ya inchek Poojie :)

Tapi, itu semua terpulang dengan masing2.

P/S Blog kamu menarik juga ya :)

Ara Drew said... Reply To This Comment

haha,bagusnya entry pojie. mesti diorg tgh hotsentap klau baca. ai kekwat ke tak pojie? grrr jgn jwp! lalalala

B L O G D E T said... Reply To This Comment

dex kekwat tak pojie?kekwat tu ape ye?huhuhu