Salam kawan²,

Kumpulan ini diasaskan oleh Ravi Shanker, salah seorang penari klasikal India termasyhur di Malaysia dan organisasi tarian India yang dimiliki UPM ini sudah bertapak lebih 2 dekad lamanya. Kumpulan ini sudah banyak membuat persembahan di merata tempat di Malaysia dan agak terkenal juga di kalangan penggiat kesenian India. Mungkin tidak banyak yang boleh Pojie perkatakan di sini memandangkan Pojie agak baru mengenali kumpulan ini. Itu pun setelah teman² Pojie di UPM seperti Ariel, Bean dan Zuleyy mula menceburkan diri mereka di bidang tarian India ini, suatu pengalaman baru buat mereka yang sebelum ini merupakan penari zapin, joget dan kontemporari. Malah kehadiran bangsa Cina juga cukup membuat Pojie kagum kerana pada pendapat Pojie, selama Pojie bersekolah dan belajar sama² bangsa Cina, mereka agak kurang aktif dalam bidang tarian dan kesenian, apatah lagi tarian klasikal India. Kumpulan ini amat unik dan istimewa.
Harapan Pojie agar kumpulan ini akan terus berkembang maju dan dikenali di seantero dunia sebagai salah satu duta kecil 1 Malaysia. InsyAllah, Pojie pun nak join juga kalau berkesempatan. Macam best tau lebih² lagi apabila akhir² ini mereka telah membuat persembahan di sebuah hotel di ibu kota, dan di saksikan oleh VIP² dengan 1 pertanyaan; "Mana 1 yang India?"
Tiada 1 pun!
Wow!!!
Hanya satu,
8 bicara yang baik hati...:
abg bila pulak. jey nk tgk.. huhu
menari salah 1 cara utk kurus!
tapi tidak ada peluang mau nari
nari pun enggak reti
poji ajar boleh??
hek3
ni yang dikatakan Semangat 1 Malaysia ,tq for sharing
ingt kan pooh yang kat tgh tu :P
eny sukaaa menari! cuma tak ada peluang utk menonjolkan bakat.. huhu :')
khelass! ingatkn pojie jadi penari....btolkah?
hehe.
pojie x menari sekali ?
XD
betul
putra kalashektra ni memang berbilang kaum yang masuk
memang sangat mantap
pertandingan pun diorang selalu menang
ikhlas dari antara pelajar UPM. hehe
Post a Comment