||| Tercari² |||

Sunday, November 7, 2010

Berenang untuk kesihatan! Wacha!!!

Salam sejahtera,

Bertemu lagi kita pada hujung minggu yang panas ini. Sepanas 4 orang jejaka kacak yang sudi menghadirkan diri mereka untuk sesi fotografi untuk terbitan majalah kita bulan ini yang mengambil lokasi kolam renang Putrajaya. Perkenalkan 4 orang jejaka penghias majalah pada kali ini; Zuley (21), Bean (21), Ariel (26) dan Pojie (18). Keempat2 sahabat baik yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam di ibu negara ini menjadikan aktiviti renang sebagai aktiviti mingguan mereka demi mendapatkan kesihatan yang sejahtera. Kata mereka lagi, dengan berenang dapat membina kekuatan dan ketahanan otot selain memperbaiki postur dan ketahanan tubuh dan banyak lagilah kebaikan berenang. Sedikit info tentang renang, ia merupakan aktiviti sukan yang tidak panas dan tidak mengeluarkan peluh dan ini diminati oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Ia merupakan aktiviti fizikal yang menyeluruh di mana ia melibatkan pergerakan kaki, tangan, kelenturan badan juga pernafasan,malah ia juga sesuai untuk orang2 yang sakit2 sendi kerana ia mengurangkan beban tekanan ke atas sendi2 yang lain. Sememangnya berenang itu best!

Salah seorang daripada mereka, Pojie yang merupakan anak kelahiran Muar, Johor ini menggemari sukan renang ini adalah kerana selain dapat meningkatkan stamina serta tubuh badan yang menarik, aktiviti ini juga dapat menghilangkan stres kerana dapat mencuci mata. Ariel pula berkata, beliau mula mengikuti kelas renang seawal usianya 3 tahun lagi dan kini beliau telah menjadikan pekerjaan sebagai jurulatih renang sebagai pekerjaan sambilan. Jejaka berketurunan Bidayuh dari Sarawak, Bean, mengatakan beliau meminati sukan renang ini setelah beliau hampir2 menjadi juadah hari raya si BujangSenang 10 tahun yang lalu.Zuley pula yang meminati ilmu persuratan berkata, beliau gemarkan kegiatan ini kerana dapat mandi dengan air yang percuma dengan banyaknya... Menarik bukan.  Beliau berpesan kepada teman2 di luar sana andai ada yang masih takut2 untuk belajar berenang, belum bersedia untuk masuk ke dalam kolam renang bolehlah mendapatkan panduan berenang ini dengan percuma.

Hahahaha, cam gampang penulisan kali nih kan. Dah ala2 majalah Mangga dah. Majalah kegemaran budak2 sekolah yang menggeletat nak tau dunia artis (girls terutamanya) dan berahi melihat aksi2 murahan artis Malaysia di dalam air, lagak seerti majalah Playboy! Bukan niat untuk mengutuk majalah picisan itu tetapi sekadar ingin berkongsi tentang aktiviti mingguan Pojie dan teman2 iaitu BERENANG! Siapa tak tahu berenang sila terjun dalam kolam dan pastinya 3 orang perenang hebat UPM ini bisa memberikan tunjuk ajar kepada anda semua. Huhu.Nak suruh Pojie ajar, boleh jer, Pojie ajar teknik menenggelamkan diri. Nak timbulkan diri, pepandailah sendiri yer. Wakakaka...


Kebiasaannya kami akan berenang di kolam renang Putrajaya yang dekat2 dengan Pullman Lakeside Hotel tuh. Tak ingat plak kat presint berapa, tapi yang pasti bayaran untuk masuk sana adalah serendah RM2 sahaja untuk dewasa. Kanak2 pula kurang periksa. Yang pasti kolamnya luas, airnya bersih, tandas dan bilik persalinan terjaga. Kesimpulannya semua baguslah di sini. Yang paling best ialah, ia kolam terbuka dan bercampur lelaki dan perempuan. Korang dapat tangkap apa yang sedang Pojie fikirkan? Yes, cuci mata! Aktiviti yang paling seronok selain berendam di kolam renang ;p


Jadi harapan kami dengan melakukan aktiviti ini setiap minggu dapatlah membentuk badan yang mantap persis model di pentas peragaan. Waachaaa! Sangat perasan!!!

Love,

13 bicara yang baik hati...:

Abu Uwais said... Reply To This Comment

sudahlah berenang tak ajak. baru umur 18 tak bg tau pon

joegrimjow said... Reply To This Comment

jangan lupa makan herbalife
wahaa

Oong-ong said... Reply To This Comment

hahaha...
gmbr yg first tu mcm poster filem..kihkih

Judiene said... Reply To This Comment

Wahh, happy korang berenang eh
huhuhu

aDfeez said... Reply To This Comment

siyes... gmbr fisrt tu mcm gmbr2 artis yg bru nk meletop yg selalu di disiarkan dlm majalah mangga!
cayalah pojie!!!

apezs shah said... Reply To This Comment

keberenangan sangat uols pojie...;)

Abam 101 said... Reply To This Comment

wahhhh.... jadi daniel bego la dia!

Epul Azimi said... Reply To This Comment

mmg suka berennang tapi lama tak berenang,perut dh besar dh ni.hehe

DanieL AdiE said... Reply To This Comment

BEST OF LUCK POJIE dlm mendptkn bdn model tu..haha

~ DanieL AdiE ~

taNiea said... Reply To This Comment

18?? oh tidak.. ok fine!

Zuleyy Kazrin Nazarbayev said... Reply To This Comment

PENGSANNNN.... :)

Unknown said... Reply To This Comment

pernah berenang 2-3 kali kat sini. tapi tak pernah pulak swimming malam.....

Unknown said... Reply To This Comment

amboi seksi semua tu dalam..kamu pun sama..ahakss