||| Tercari² |||

Friday, September 24, 2010

Sayalah bakal pengganti Awal Ashaari dalam Impak Maksima!!!

Salam,

Ramai yang sudah tau akan khabar angin ini, dan inilah buktinya yang sekarang Pojie tengah sibuk menjalani latihan di Litar F1 Sepang, untuk aksi lasak perlumbaan kereta. Cuma kali ini kita akan menggunkan kereta MINI. Percalayah. Ini buktinya...



Gambar itu diambil selepas habis perlumbaan kereta MINI dan melayakkan Pojie menjadi seorang pemandu kereta lumba, ataupun racer. So ada berani??? Wa cabar lu orang race sama wa kat litar? Jom!!!



Opppsss, itu bukan wajah seorang perompak yer, tetapi wajah saya dalam sarung helmet racing. Cettt! Poodahhh! Tipu sket jer, jangan marah deh! Actually Pojie menyertai event MINI Driver Training. Event ini merupakan julung² kalinya diadakan. Jika sebelum ini event seperti ini hanya diadakan oleh BMW dengan menggunakan BMW 3 Series, tetapi kali ini MINI juga menganjurkannya dengan temanya; "More safety, more fun". Bersesuaian dengan konsep MINI itu sendiri yang kecil, cool dan menghiburkan.







Di dalam program ini, ia akan memberi tunjuk ajar tentang bagaimana untuk mempraktikkan gaya pemanduan yang lebih selamat terutamanya di dalam hal² kecemasan. 1st sekali, diberikan sedikit pengenalan dan briefing. Kemudian di ajar posisi duduk yang betul ketika memandu dan tangan diletakkan di steering pada posisi pukul 3 dan 9. Itu semua memainkan peranan yang penting dalam pemanduan. Selepas itu di litar kami diberikan tunjuk ajar cara untuk brek dengan berkesan dan selamat lebih² lagi ketika kecemasan. Kemudian diajar juga teknik² untuk mengubah laluan kenderaan ketika di dalam kecemeasan dan kami mempraktikkan semua itu.



Dan part yang paling mencabar di dalam latihan ini adalah kawalan steering ketika membuat pusingan lebih² di jalan yang licin dan berair. Selain itu turut diajar membuat "agent turn", iaitu teknik reverse kereta dan memusingkan kereta dengan pantas macam dalam cerita James Bond tuh ok. Jangan tak tahu, kami melakukan aksi² lasak ini di dalam hujan lebat. Sangat mencabar dan menakutkan, tetapi seronok. Macam main roller coaster. Kira kalau kena kejar along pasni dah boleh drive dengan sepantas kilat. Huhuhu... Dan the last part was, RACING di litar!!! Memang syok habis. Baru dapat racing sepuas hati. Dapat merasai pengalaman orang berlumba di Litar F1, perasaan konar laju² sampai berbunyi tayar. Sampai terbabas, sakit² tangan dan tengkuk. Happening gila!




Ketika membuat agent turn
**maaf, audio dan video kurang kurang jelas

Sangat best ok! Pojie sarankan kepada semua pemandu² di luar sana, anda WAJIB menyertai program ini. Walaupun dikenakan bayaran, tetapi dengan ilmu, layanan, makanan serta pemberian beberapa cenderamata berserta sijil, ia sangat² berbaloi! TRUST ME! Apa² pun Pojie tertarik dengan kata² seorang instructor;



"The car cannot start is not a problem,
but the car cannot stop is a big problem"


Love,

9 bicara yang baik hati...:

Hezesuze said... Reply To This Comment

wah adik akak sudah join geng racer nampaknye....huhu clust!!

Hazzy Ishak said... Reply To This Comment

im not into this kot.haha. memang takut bwa kereta laju2, apatah lagi macam roller coaster.

Anonymous said... Reply To This Comment

wahhhhh...coool bro..!

CengkodokPolkadot said... Reply To This Comment

Takoooot la camni
I nk jd gangster die boley?

Matjoe said... Reply To This Comment

camne nk dpt invite? mcm best jer matjoe tgk

enyheartsdiamond said... Reply To This Comment

pojie is awesome! :D
eny ada gambar siap pakai suit f1 lagi tau :p

tgok kat fb.. latest scene!

Abu Uwais said... Reply To This Comment

pasti boleh la beli mini cooper plak. vios 2 tolak murah2 dgn jai sudah la

JMR said... Reply To This Comment

mesti lyan dpt layan mini kt sepang nih..camne nk join ek?

Unknown said... Reply To This Comment

wah pojie..pakai macam mat rempit keta mini tu barulah terserlah kehandsomean kamu...suker pulak akak tenguk..it's true..not kidding..