||| Tercari² |||

Thursday, September 2, 2010

Nikmat berbuka bersama keluarga...

Salam,

Sedih sebenarnya hidup menjadi anak dagang nih. Mana tak nya, kalau orang lain duduk dengan family (atau dekat²) mesti mberasa nikmat setiap hari dapat berbuka puasa dengan keluarga, ini Pojie terpaksa la berkirim² SMS dan MMS buat pengubat rindu kat Mak, Abah dan adik². Berbuka puasa pun kadang² seorang diri. Tetapi baru² ini Pojie berkesempatan pulang sekejap ke Muar, bersama buahati² Pojie berbuka bersama. Nikmat sangat, tak dapat digambarkan dengan kata²...

Yang pasti, kegemaran Pojie apabila tiba waktu untuk berbuka, Pojie suka membatu Mak menyediakan juadah berbuka di dapur. Siapa anak dara yang malas nak ke dapur tuh, anda patut berasa malu kerana di zaman ini, jika ada lelaki bujang yang rajin masuk ke dapur, pastinya hidup anda bahagia kalau bersama. Wahhhh, promote. Tak leh blah. Hahaha! Tapi memang betul itu yang Mak bagitau. Walaupun hanya tolong² kopek bawang, siang ikan bilis dan goreng sayur, Pojie tetap berbangga menjadi seorang lelaki yang rajin membuat kerja² di dapur :)



Dan walaupun hanya berbuka dengan sedikit lauk pauk, tetapi jika dihidangkan dengan air tangan bonda tercinta, fuhhhh sampai menjilat jari dan pinggan. Itu pun selepas menambah nasi 2 3 kali. Lagi² plak kalau Mak masak asam pedas ikan duri dan sayur goreng yang digoreng si bujang teruna dan air kathira, cukup untuk membuatkan Pojie terbuai dengan kenikmatan dunia ini. Huhuh...



Oh, nikmat juga berada di kampung tatkala menjelang raya tak lama lagi. Pelita 7 likur sudah mula menghiasi keindahan malam. Cukup untuk membuktikan betapa damainya berada di kampung, di sisi insan² yang tercinta, buahati pengarang jiwa...




P/S: Makan ati dengan hp baru Puan Sri; Nokia E71, kemaen lagi meriah sempena nak raya ler katakan. Takpe², tunngu buahati anak Puan Sri sampai nanti. Ntah bila la dia nak mai ;p



Wassalam,

6 bicara yang baik hati...:

Anonymous said... Reply To This Comment

owh~
memg nikmat bbuka bsahur di kg halaman...
huk2 nak rayaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!

Qarl said... Reply To This Comment

kannn

ade malam 7 likur

lama dh x dgr kan

Hezesuze said... Reply To This Comment

ermm raya dulu lagik meriah dari skrg kan...hehe

Adam Raqie said... Reply To This Comment

Kiter bukak pose cara bujang jerk... 2 ari sblm raya baru pose kt kg.. 2pon skali sahur j la kot.. huhuhu....

Hazzy Ishak said... Reply To This Comment

jelesnya tengok orang tu dah balik kampung...

Anonymous said... Reply To This Comment

hadui..dah balik kampung ke?..huhuh..terbaik ni.. :)kim salam orang kampung.jgn lupa main bunga api..hehe