Salam,
Berakhir juga penantian Pojie untuk menonton Magika semenjak hujung tahun lepas, kini dah pun menyaksikannya. Apa yang boleh Pojie katakan SUPERB! Filem muzikal pertama di Malaysia dan ia sangat membanggakan. Ia dibintangi oleh ramai pelakon² hebat Malaysia. Melalui laman FB Magika, berita mengatakan Magika tetap membanggakan kerana ia mampu mendapatkan kutipan 1.3 juta selepas 4 hari ditayangkan, dan diarahkan oleh seorang pengarah muda yang berbakat. Terharu sangat² ada filem Melayu yang hebat macam nih. Sesungguhnya adik beradik KRU ini sangat hebat. Tahniah Edry Abdul Halim dan KRU.
Antara penguat jalan cerita filem ini adalah lagu² soundtrack dia. Jojo Bdina pun setuju kerana ia tidak ditangkap muat, sebaliknya setiap bait² lagu itu menunjukkan kekuatan setiap karekter. Malah hampir 50% dialog adalah melalui lagu. Ada lagu nasihat, lagu lawak, lagu jiwang. Kira complete set la. Antara lagu yang Pojie minat dengar berulang² kali adalah lagu Asal Menjadi Cantik, nyanyian Ning Baizura yang membawakan watak sebagai Puteri Gunung Ledang yang mengalami krisis lanjut usia. Hahaha, tapi tetap vogue dengan rambut era victoria dan suara soprano. Kelakar la... Lagu Rahsia Awet Muda (Ziana Zain | Nenek Kebayan) pun best juga. Dengan gaya gedik auuww auwww auwww dia tuh. Lawaklah...
Pojie boleh bagi 4 bintang untuk filem ini. Kemana hilang 1 lagi bintang? Oklah, setengah bintang sebab perjalanan cerita tidak smooth demi untuk menonjolkan pelakon² mereka. Jadi dari 1 kemunculan 1 watak kepada watak seterusnya agak pelik dan tidak licin, seperti ada kekurangan. Setengah bintang lagi sebab ada beberapa watak sampingan yang rasanya tak perlu diwujudkan macam Mahsuri dan Awang. Marsha pula 1 line pun takde berbunyi, pose cantik² jer. Beberapa watak yang tidak dikembangkan lagi untuk menambah perisa di dalam cerita ni macam watak Orang Minyak (Nabil), dia sangat menjual minyak sama awek. Gatal gila! Haha. Adibah Noor yang berbakat pun cuma muncul 1 babak dalam beberapa saat saja. Sangat mengecewakan. Nasib baik Maya Karin sangat cantik dalam filem ini bak kata Jantan Keparat.
Kesan CGI pula tak perlu disangkal lagi, memang kelebihan mereka dan ia menjadi. Suka tengok Ogy ala² hologram gitu. Lokasi pula sangat mengujakan. Tertanya² di manakah dunia Magika nih, cantiknya... Apa² pun, buat yang belum tengok lagi, Pojie sarankan anda tengok. Memang tak rugi. Tapi tolong³ jangan bandingkan filem ini dengan filem² Hollywood macam Alice in Wonderland contohnya, sangat tak sesuai perbandingan itu ok. Edry sudah berjaya memecahkan kepompong perfileman Malaysia dan meletakkan bench mark yang tersendiri di persada filem tempatan. Tahniah diucapkan. Rasa macam nak tengok lagi la. Lebih² lagi dah download lagu² dia, best sangat, hari² dengar...
Love,

13 bicara yang baik hati...:
mlm td Qarl g tgk dgn family lagi
haha
best3x
belum tgk lgi ni. jelesnye
nak kene pergi tgok nie..huhu
nak tgk sgt sbb hairi ckp best gile!
kalau superb
nak g tgk lah
wah pantas kamu dh tgk ye...rmi yg kata best..nk tgk jugak la nanti
x tgk lg la pojie...sob sob sob...nk tgk la pas ni...
pojie, ajaklah l0lly. nak g gakkkkkk :)
Hye, terima kasih atas review filem Magika ini. Memang rugi sape yg xtgk..
Jangan lupa join Fansite Fimie k,
Fimie Fansite
nak tengokkkkkkkkkkkkk!
sokong!!me dah tgk..sgt2 seronok okeh..
babak senario mmg mnjd betul ar..
x kering gusi nengok..
terbaek kan..aku pon suka sgt ngn garapan KRU nih..tahniah!
bru tgk with my sisters.. oklah ... hehee...
sian kan kt pelakon2 yg just interframe tp xde dialog... buat perabih boraih jah :P
Post a Comment