||| Tercari² |||

Thursday, April 7, 2011

Saya nak menang Album DIA... Misha

Salam geng!

Ahaaa, korang tau tak Pojie dalam ramai² penyanyi kat Malaysia yang Pojie suka adalah Siti Nurhaliza, Anuar Zain, Adibah Noor dan Ziana Zain. Misha Omar juga tak terkecuali. Baru² nih melalui blog seorang teman Qarl, beliau telah menghadiri pelancaran album terbaru beliau; Dia... Misha. Beliau sangatlah berbesar hati mahu memberikan 1 CD yang berharga RM31.90 kepada 2 pemenang bertuah. Since Pojie masih belum berkesempatan mencari album ini di kedai² lagu, adalah lebih baik Pojie join Contest Album Dia... Misha nih. Manalah tahu rezeki memihak kepada Pojie lagi macam 3 Suara yang lalu. Jom join!

Album kompilasi ini mempunyai 13 lagu dan diselitkan 3 buah lagu baru iaitu Berlalu, Detik Antara Waktu & Kerana. Tapi dalam banyak² lagu yang Misha pernah nyanyikan, Pojie sampai sekarang tetap touching emo gila babi dengar lagu Tidak Aku Mengerti. Nak tau sebab apa? Sebab lagu tuh adalah lagu tema masa Pojie clash dengan ex dulu. Gila meroyan jugak la layan lagu nih berkotak² tisu habis tau. Sebab lagi ini sangat mengisahkan pengorbanan yang telah Pojie lakukan terhadap bekas lover Pojie dan tiba masanya ditinggalkan begitu sahaja tanpa memikirkan Pojie yang telah banyak mencurahkan seluruh jiwa raga dan harta kepadanya. Wooo emo gila masa tuh lebih² lagi layan Tidak Aku Mengerti. Ah itu cerita lama, lupakan sajor!

Apa yang best pasal Misha nih, beliau bisa memasukkan elemen emosi dan penghayatan tahap dewa dalam setiap lagu yang dibawakan. Tiada penyanyi lain yang berjaya membuat perkara ini seperti Misha Omar. Katakan saja lagu apa, pastinya tersentuh dan memberikan impak juga kenangan pada setiap pendengar, tambahan pula beliau yang sangat energetik setiap kali membuat persembahan, itulah kelebihan Misha. Ehem, korang pastinya ingat persembahan beliau membawakan lagu Pulangkan untuk Anugerah Juara Lagu ke 19 yang lalu. Hebat kan! Tengok sajalah video di bawah ini, tiada penyanyi yang sehebat beliau...


Eh, kalau korang nak join meh join dengan segera sebab esok, 8 April 2011 adalah tarikh akhir tau! Manalah tahu rezeki korang nak dapatkan album yang hangat dipasaran. Nak tau lebih lanjut meh klik sini.

Hanya satu,

0 bicara yang baik hati...: