Salam kawan²,
Pojie tahu ramai di antara blogger kini adalah di kalangan anak² muda, student² IPT. Pojie jer dah kertu, dah berkurun tinggalkan alam kolej dulu. Nak sambung masih belum ada rezeki. Amboi tahniahlah kepada blogger muda Eman yang telah berjaya menubuhkan sebuah IPTM (institut pengajian tinggi maya) iaitu...
Universiti Blogger Malaysia
Kira beliau boleh jadi Naib Cancelor UBM la yer :) Walaupun Pojie masih sangat blur kenapa tiba² "universiti" nih wujud, tetapi demi menyokong teman², Pojie join jugalah minggu orientasi nih. Hahah, terasa sangat tua sebab yang pasti di kalangan yang ada nih semua generasi muda. Oleh itu marilah bersuai kenal dengan Pojie, bagi yang masih belum mengenali Pojie. Yelah bukan blogger letop pun so marilah kenal :)
Nama anda dan nama blog anda.
Pojie lebih suka dikenali dengan nama Pojiepooh. Kira kalau sesiapa cakap; "Ko kenal Pojie tak", "Pojie mana?", "Pojiepooh", hah itu akulah tuh takde orang lain. Walaupun nama itu belum dipatenkan, tapi setakat ini Pojiepooh inilah satu-satunya. Nama blog pun Pojiepooh Hanya Satu. Sesuailah kan!
Sejak bila mula berblog.
Pojie mula berblogging since tahun 2008. Entri pertama adalah [KLIK] dan itu pun diperkenalkan oleh seorang teman pada waktu tuh. My official entry by myself yang ini [KLIK]. Almost 3 years gak dalam bidang nih tapi takdelah lama mana, taklah sehebat mana jika nak compare dengan budak2 muda sekarang yang lebih menyerlah dan mantap! Ada juga vlog segala dulu² tapi taklah gah macam sekarang ada 1Tube bagai kan.
Apa pandangan anda mengenai dunia blog dasarwarsa kini.
Erm, insyallah boleh pergi lebih jauh, membentuk sebuah komuniti yang kukuh di samping bisa menjadi medium utama dalam menyampaikan setiap berita di dalam dan luar negara dengan lebih telus dan adil.
Pandangan anda mengenai IPTM (institut pengajian tinggi maya) pertama ini.
To be honest what I can say is, pandangan saya kabur. Hahaha. Tapi takpe, mungkin Pojie agak terlalu berusia untuk mencernakan penubuhan ini. Apa pun Pojie berharap agar UBM ini bisa melahirkan ilmuan² blogger dalam memberikan penyampaian yang lebih berkualiti dan jujur.
P/S I: Berhajat nak menjawab dalam bentuk vlog, tapi muntah pulak tak sudah2 tengok aku membebelkan ;p
P/S II: Jemputan makan free Pojie belanja, cepat ler join sini.
Hanya satu,
0 bicara yang baik hati...:
Post a Comment