||| Tercari² |||

Thursday, March 31, 2011

CIK EPAL CONTEST



Salam kawan²,

Pojie saja gedik² nak join contest CikEpal yang meletop pom pom pom tuh. Masuk majalah berkali². Nak gak berkat mana tau lepas nih semua blogger masuk majalah, Pojie pulak jadi 1st blogger jalan atas runway. Kao mampoo??! Korang kalau nak letop cam beliau leh la join contest beliau [KLIK]. Nak tengok pose berangan cam beliau pombley camneh, cun gak apa!

http://cikepal06.blogspot.com/2011/03/cik-epal-contest-black-and-white.html
Okla CikEpal, seperti yang kamu pinta sebelum ini, mahukan pic hitam putih kan, nah amek nih pic hitam putihku ini sampai berdarah hidung! Zaman² kegemilangan aku dulu² nih! Sekarang semakin gemilang. Wahhh!!!


SAYA MEMBACA BLOG CIK EPAL KERANA suka melihat aksi lincahnya yang bersahaja dan gedik rasa cam nak tampor dengan flip flop aku kaler pink dan dengan fesyen tudung whatever beliau yang menjadi fenomena dari Selatan Malaysia hingga ke Siam. #larilajulaju

ZueZoey dan JojoBdina jom join!

Hanya satu,

Wednesday, March 30, 2011

Gadget Review: Samsung Galaxy S

Salam 1 Malaysia,

Rasanya dah lama juga Pojie tak buat review kan. Banyak review pasal filem dan teater yang masih tertangguh di dalam draft tuh. Dan pada hari ini pula buat pertama kalinya Pojie ingin membuat review berkenaan dengan gadget. Aneh bukan? Tiada apa yang aneh di dalam blog PoJiePooH nih. Pojie telah diberi peluang untuk membuat review berkenaan dengan sebuah android yang menjadi pesaing kepada iPhone iaitu...
Samsung Galaxy S

Android pintar ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding pesaing² yang lain dari segi perisian juga rekabentuk. Jika dilihat pada rekabentuk Samsung Galaxy S, ia lebih mempunyai saiz yang sama dengan iPhone. Perasaan Pojie tatkala memegang Samsung Galaxy S Pojie dapat rasakan ianya lebih nipis, lebih mudah digenggam dan lebih ringan berbanding dengan iPhone. Paparannya skrin pula adalah 4-inch, 480x800 pixel super-AMOLED color screen, kira lebih kurang 85% dari saiz keseluruhan permukaan gadget ini.

Samsung galaxy S memiliki 1 GHz ARM Cortex-A8 processor, PowerVR SGX540 GPU, Hummingbird chipset dengan sistem pengoperasian OS Android OS, v2.1 (Eclair). Skrin sesentuhnya juga adalah jenis capacitive touch screen di mana sentuhan lembut saja untuk memilih aplikasi. Ia juga berupaya membesarkan gambar melalui Multitouch Inputnya.

Android hebat ini dilengkapi dengan kamera 5-megapixel (AF, Self Shot, Action Shot, Add me, Cartoon Shot, Smile Shot). Ia juga mempunyai kamera kedua di bahagian hadapan untuk memudahkan pengguna membuat video call. Android ini juga boleh merakamkan video dalam format HD dengan resolusi 720p dan 30 frame per second. Hebat bukan.


Kelebihan yang paling best pada Samsung Galaxy S pada Pojie berbanding dengan iPhone dan model² android yang lain adalah aplikasi androidnya yang tidak terhad. Ia boleh dimuat turun secara percuma di Android Market. PoJie juga berkesempatan mendownload aplikasi Twitter dan Facebook for android. Dengan connection secara Wi-Fi 802.11 b/g/n, DLNA, Wi-Fi hotspot (Android 2.2), anda boleh berhubung di mana sahaja dengan pelbagai medium dan cara. Anda juga boleh memainkan video, mp3 juga radio.


Pojie yang bukan seorang penggemar gadget lebih² lagi jenis touchscreen sangat teruja dengan kemampuan android Samsung Galaxy S yang telah dilancarkan pada Julai tahun lalu di US. Untuk maklumat lebih lengkap anda boleh melayarinya di laman web Samsung. Untuk membuatkan ada lebih teruja, jom kita dengar apa kata Kim Titus - Director of Public Relations untuk Samsung Mobile USA ini.


P/S: Teruja dan berdebar apabila ditawarkan membuat review gadget buat pertama kalinya. Terima kasih kepada Nuffnang kerana memberi kepercayaan. Andai lama sikit bak kata Phreak-Id pastinya Pojie boleh explore android ini dengan lebih mendalam.

Hanya satu,
 

Friday, March 25, 2011

Lagi² kisah bunuh diri #apakes?

Salam,

Korang pernah dengar tak kisah remaja Cina bernama Alviss Kong yang bunuh diri di Cheras? Yang siap buat announcement di FB gara² clash dengan amoi dia [KLIK]. Kali nih yang terbaru kisah remaja perempuan di Kelantan pula terjun dari KB Mall dalam cubaan membunuh diri. Menurut info yang tidak sahih dari @Mrx_Lonely, gadis itu cuba untuk membunuh diri kerana kecewa dengan result SPM, wallahualam. Meh sini tengok video itu...


Ish.. Ish.. Ish.. Betapa dangkalnya pemikiran budak² sekarang. Tak apa la mak bapak bagi makan sampai anak jadi bodoh gitu rupa. Rasanya bukan salah mak bapak, tapi salah remaja itu sendiri yang tidak mempunyai daya ketahana mental yang kuat dan tiada teman di sisi. Biar apa pun alasan mereka, apa yang boleh Pojie simpulkan di sini tindakan mereka sangat...

B.O.D.O.H
#okthxbai

Hanya satu,

Thursday, March 24, 2011

Puki Che Ani? #matila #pitam

Salam,

Actually janganlah salah faham dengan tajuk entri nih. Entri nih pun entri pendek sekadar hiburan semata². Nak berkongsi dengan korang lagu PUKI tah dari negara mana tah dengan watak babi pink yang comel pulak tuh. Korang tengok mesti gelak², especially kalau korang dengar betul² pada saat 0:06 sangat lawak. Pojie gelak guling² setiap kali menyanyikan lagu nih, memang penawar duka. Silalah layan tanpa malu², tiada alat kelamin wanita di sini ;p


Hahahahaa!!!

P/S: Kepada sesiapa pembaca bernama Aini atau Che Aini, minta maaf, tiada niat menghina nama kamu, cuma ia kebetulan saja...

Hanya satu,

Monday, March 21, 2011

The Secret Life of NORA; Dari Puteri Ke Pengintip

Salam...

Korang mesti tertanya² tentang tajuk entri Pojie kali ini, The Secret Life of NORA; Dari Puteri Ke Pengintip? Apa tuh? Haaa, jangan tak tahu ia merupakan buah tangan terbaru Datin Seri Tiara Jacquelina selepas bertahun² menyepi dari pentas teater selepas kejayaan Puteri Gunung Ledag The Musical 3 dan P. Ramlee The Musical. Setelah bertahun² beliau dikenali sebagai seorang Puteri Gunung Ledang, kali ini beliau membuat kelainan apabila muncul sebagai seorang penyanyi kelab malam dan pengintip bernama Nora.

Filem ini berunsurkan kabaret 60an dan aksi di bawah produksi Enfiniti Vision ini bakal dipentaskan di Istana Budaya pada September 2011. Team produksi sedang giat mencari pelakon² bagi projek terbaru ini dan bagi sesiapa yang berbakat dan berminat untuk mencuba nasib, maka bolehlah membuat RSVP. Ia akan di jalankan di Lembah Klang dan Singapura.

Apa² pun Pojie dah tak sabar nak menyaksikan pementasan yang hebat ini memandangkan genre kali ini sangat berbeza dan tambahan pula Pojie dah beberapa kali terlepas peluang menyaksikan produksi ini beraksi di pentas Istana Budaya. Lagi best kalau Pojie sendiri dapat beraksi di atas pentas penuh berprestij itu. Apa² pun untuk infi yang lebih lanjut boleh layari Murai, Budiey dan Ecentral. Kat bawah nih ada diselitkan promo untuk anda :)

      

#crossingfingers

Hanya satu,


Friday, March 18, 2011

Oh yeah #iheartmalaysia tweetup at #myballonfiesta Putrajaya

Salam kawan²,

Pesta Belon Panas Putrajaya kini kembali. Setelah Pojie terlepas peluang menyaksikan kemeriahan 2nd Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta pada tahun lepas, pada tahun ini Pojie tidak akan melepaskan peluang keemasan sekali lagi. Dan pastinya Pojie akan cuba untuk merasakan pengalaman berada di atas belon panas ini dengan harga serendah RM10 sahaja. Lebih memeriahkan lagi sambutan kali ini, @iheartMY akan mengadakan #iheartmalaysia tweetup pada 19 Mac 2011 di Umai D'Lake Cafe, dari pukul 4  - 6pm. Pastinya bertambah meriah dengan kehadiran #tahitwitter nanti. Pojie? Nantikan saja di sana dengan memakai baju eksklusif #iheartmalaysia dari ZiccoTees yang sangat istimewa ini. Boleh tempah di situ yer, nak tempah masa hari tweetup pun boleh. Nih yang berkobar² Pojie nak tayang dengan korang semua. Huhu... Lebih² lagi gambar follower² Pojie ada tertampal di atas baju itu tau!

 

Korang nak join sama? Meh buat RSVP kat sini dan sini. Semua maklumat ada di dalam tuh. Yang pastinya ia pasti happening. Pojie tak sabar² nak pakai esok pose² comel macam nih dengan kawan². Hehehe...


Oh ya, sibuk cerita pasal tweetup tuh sampai lupa nak sampaikan berita berkenaan dengan 3rd Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2011. Pelbagai aktiviti akan dijalankan dan anda semua boleh merasai pengalaman berada di awan di dalam belon panas, menaiki paramotor, helicopter, peraduan dan macam² lagilah. Semuanya berlangsung di Presint 2, Putrajaya dari 17 - 20 Mac 2011.


Jumpa anda di sana!!!

Hanya satu,


Short Eyes - Di Sebalik Tirai Besi

Salam kawan²,

Baru² ini Pojie telah dijemput oleh Rumah Anak Teater (RAT) untuk membuat liputan berkenaan dengan pementasan teater Short Eyes karya Miguel Pinero [KLIK]. Pementasan yang berbeza genre kali ini yang lebih kepada teater indie dipentaskan dalam bahasa Melayu di bawah arahan Fared Ayam dan Nam Ron sebagai Pengarah Artistik. 


Cerita berkisar tentang kehidupan masyarakat minoriti yang ditempatkan di dalam sebuah penjara, yang membawa persoalan-persoalan tentang nilai dan moral masyarakat dan kepentingan mereka dalam mencerminkan dunia luar. Tahanan-tahanan ini adalah orang kulit hitam (afrika-amerika), bangsa Puerto Rico dan kulit putih, yang mempunyai cara tersendiri untuk bergaul sesama sendiri di dalam masyarakat mereka. Short Eyes bukan hanya satu pementasan berkenaan kehidupan dalam penjara, tetapi sebenarnya memaparkan tentang realiti kehidupan sebenar masyarakat dunia luar.

Antara pelakon-pelakon yang akan menjayakan teater ini ialah Zahiril Adzim, Taiyuddin Bakar, Nam Ron, Along Eyzandy, Fared Ayam, KhairunazWan Rodzy, Khairil Ridzuan K'N, Naque Ariffin, Xavier Fong dan Faisal Mustaffa. Apa yang boleh Pojie katakan, Pojie sangat kagum dengan kehebatan mereka yang complement each other dalam menyampaikan ketegasan dalam merungkai setiap persoalan. 

Teater WAJIB TENGOK pada Pojie. Anda masih berkesempatan lagi menyaksikan pementasan ini keraba ia masih berlangsung dari 17 - 20 Mac 2010 pada masa 8.30pm dan 3pm di The Actors Studio. Untuk membaca review dan melihat sneak peak bolehlah anda layari mohdhaiqal dan insideprinceshetaki. Sebarang pertanyaan silalah hubungi Faisal di talian 017-2002944 atau sini. Jika ingin membuat tempahan tiket sila hubungi 03-21422009 / 0321432009. 

PERHATIAN
Tidak sesuai untuk mereka di bawah 18 tahun
Mempunyai kesan asap rokok dan bahasa kesat.

Hanya satu,

Program Semarak Bangsawan kini kembali

Salam,

Buat teman² pembaca yang meminati seni dan kebudayaan pastinya tertanya² kenapa untuk tahun nih tiada sebarang update tentang sebarang teater untuk Program Semarak Bangsawan pada tahun ini. Sekarang penantian sudah berakhir. Ia kini kembali, dengan menampilkan 10 pementasan yang akan berlangsung di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.

Pada 2011 ini ia akan dimulakan dengan Bangsawan Siti Zubaidah yang akan berlangsung 18-20 Mac 2011 ini pada pukul 8.30 malam. Ia mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Siti Zubaidah yang dikahwini oleh seorang Raja Muda Zainal Abidin dan sering dicerca dan dikeji kerana bukan berketurunan raja. Malangnya negara baginda diserang dan Raja Muda dijadikan tawanan. Jadi bermulalah pengembaraan Siti Zubaidah dalam menyelamatkan suaminya...


Pementasan ini dijayakan oleh kumpulan Geliga Sakti Opera dengan dibintangi oleh pelakon² hebat seperti Raja Azrey, Ani Mayuni, DJ Pool, Azza AF, Ezad Exist, Ieda Moin, Khaty Azean dan ramai lagi. Tiket berharga RM5 sahaja.

Kemudian program ini akan diteruskan lagi setiap bulan dengan pementasan yang hebat dari kumpulan kebudayaan yang berbeza. Antara pementasan yang sudah dijadualkan adalah;
  1. Tasik Dayang (22-24 April 2011)
  2. Mastika Bumi (20-22 Mei 2011)
  3. Alang Buana (10-12 Jun 2011)
  4. Opera Primadona (15-17 Julai 2011)
  5. Hikayat Malim Deman (23-25 September  2011)
  6. Raja Andak Raja Laksamana (14-16 Oktober  2011)
  7. Kemala Sakti Kesuma Ningrat (28-30 Oktober 2011)
  8. Dan 2 lagi pementasan akan dikemukakan kelak.

Jadi apa lagi, marilah datang beramai² memeriahkan program yang hebat ini, dalam memartabatkan seni budaya warisan kita. Terima kasih kepada Encik Nur Ibrahim Sabri, Bahagian Pengembangan Seni JKKN yang sudi memberikan informasi tentang program ini. Diharapkan agar dapat bekerjasama lagi dalam memberikan maklumat berkenaan dengan program ini.

Hanya satu,

Thursday, March 10, 2011

Kisah Telur (^__^)V

Salam,

Sudah terlalu lama Pojie tidak berkongsi cerita serta informasi di dalam nih. Terlalu banyak cerita di dalam draf yang masih belum di publish. Tak mengapalah, Pojie akan kembali merangkak seperti mula² dulu untuk kembali berkongsi rahsia, rasa dan berita kepada anda semua. Pojie harapkan sokongan anda tetap teguh pada PoJiePooH.

Baru² ini Pojie terbaca artikel Periksa Telur Anda dan tertarik untuk berkongsi versi Pojie pula. Kalau dulu Pojie pernah berkongsi Kisah Tetek yang mempunyai info buat kalian tentang penjagaan payudara, kini tibalah pula tentang penjagaan testis. Pernah dengar tentang Testicular Cancer atau dalam bahasanya adalah Kanser Testis? Ia merupakan kanser yang menyerang lelaki (sahaja) di bahagian pembiakan lelaki di dalam skrotum, di mana ia berisiko tinggi terhadap lelaki muda dalam lingkungan 15 - 35 tahun.

Jika anda lelaki, dan masih mempunyai testis, adalah digalakkan supaya anda membuat pemeriksaan setiap bulan.  Digalakkan untuk anda cuba untuk memeriksa keadaan testis anda selepas mandi. Kenapa selepas mandi? Sebab di waktu itu testis berada dalam keadaan rehat. Nak periksa setiap kali lepas mandi pun lagi bagus. Cuba kenalpasti sebarang keanehan pada testis kamu. Simptom² yang boleh anda dapati seperti bengkak/ benjolan yang sakit/ tidak menyakitkan, pendarahan ketika kencing/ ejakulasi dan banyak lagi. Mungkin agak sukar untyuk diterangkan melalui kata², apa kata anda klik saya "play" pada video di bawah  

[Amaran: Video memaparkan anggota sulit]


Amacam? Ish, apa tutup² mata. Baik perempuan lebih² lelaki perlu tahu akan hal ini.  Ini info yang berguna. Kalau perempuan tuh ada anak lelaki, ada suami, adik atau ayah, boleh kongsikan video ini kepada mereka. Tak salahkan. Demi untuk kebaikan bersama. Kalau rasa² malu nak show video tadi kat mereka, share jer entri berguna nih di Facebook dan Twitter. Ataupun post saja gambarajah seperti di bawah ini...

Klik untuk tumbesaran

Bagaimana sekarang? Sudah tahu macam mana? Kalau dah tau bagus! Kalau ada simptom² yang dinyatakan, jangan panik ok, cepat² jumpa doktor. Better now than never. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa.


Hanya satu,