||| Tercari² |||

Friday, March 18, 2011

Short Eyes - Di Sebalik Tirai Besi

Salam kawan²,

Baru² ini Pojie telah dijemput oleh Rumah Anak Teater (RAT) untuk membuat liputan berkenaan dengan pementasan teater Short Eyes karya Miguel Pinero [KLIK]. Pementasan yang berbeza genre kali ini yang lebih kepada teater indie dipentaskan dalam bahasa Melayu di bawah arahan Fared Ayam dan Nam Ron sebagai Pengarah Artistik. 


Cerita berkisar tentang kehidupan masyarakat minoriti yang ditempatkan di dalam sebuah penjara, yang membawa persoalan-persoalan tentang nilai dan moral masyarakat dan kepentingan mereka dalam mencerminkan dunia luar. Tahanan-tahanan ini adalah orang kulit hitam (afrika-amerika), bangsa Puerto Rico dan kulit putih, yang mempunyai cara tersendiri untuk bergaul sesama sendiri di dalam masyarakat mereka. Short Eyes bukan hanya satu pementasan berkenaan kehidupan dalam penjara, tetapi sebenarnya memaparkan tentang realiti kehidupan sebenar masyarakat dunia luar.

Antara pelakon-pelakon yang akan menjayakan teater ini ialah Zahiril Adzim, Taiyuddin Bakar, Nam Ron, Along Eyzandy, Fared Ayam, KhairunazWan Rodzy, Khairil Ridzuan K'N, Naque Ariffin, Xavier Fong dan Faisal Mustaffa. Apa yang boleh Pojie katakan, Pojie sangat kagum dengan kehebatan mereka yang complement each other dalam menyampaikan ketegasan dalam merungkai setiap persoalan. 

Teater WAJIB TENGOK pada Pojie. Anda masih berkesempatan lagi menyaksikan pementasan ini keraba ia masih berlangsung dari 17 - 20 Mac 2010 pada masa 8.30pm dan 3pm di The Actors Studio. Untuk membaca review dan melihat sneak peak bolehlah anda layari mohdhaiqal dan insideprinceshetaki. Sebarang pertanyaan silalah hubungi Faisal di talian 017-2002944 atau sini. Jika ingin membuat tempahan tiket sila hubungi 03-21422009 / 0321432009. 

PERHATIAN
Tidak sesuai untuk mereka di bawah 18 tahun
Mempunyai kesan asap rokok dan bahasa kesat.

Hanya satu,

1 bicara yang baik hati...:

apezs shah said... Reply To This Comment

oh ada bahasa kesat ke.
begitu tidak elok.
so apezs xleh g.. xelok utk pertumbesaran otak haha...