||| Tercari² |||

Friday, March 18, 2011

Program Semarak Bangsawan kini kembali

Salam,

Buat teman² pembaca yang meminati seni dan kebudayaan pastinya tertanya² kenapa untuk tahun nih tiada sebarang update tentang sebarang teater untuk Program Semarak Bangsawan pada tahun ini. Sekarang penantian sudah berakhir. Ia kini kembali, dengan menampilkan 10 pementasan yang akan berlangsung di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.

Pada 2011 ini ia akan dimulakan dengan Bangsawan Siti Zubaidah yang akan berlangsung 18-20 Mac 2011 ini pada pukul 8.30 malam. Ia mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Siti Zubaidah yang dikahwini oleh seorang Raja Muda Zainal Abidin dan sering dicerca dan dikeji kerana bukan berketurunan raja. Malangnya negara baginda diserang dan Raja Muda dijadikan tawanan. Jadi bermulalah pengembaraan Siti Zubaidah dalam menyelamatkan suaminya...


Pementasan ini dijayakan oleh kumpulan Geliga Sakti Opera dengan dibintangi oleh pelakon² hebat seperti Raja Azrey, Ani Mayuni, DJ Pool, Azza AF, Ezad Exist, Ieda Moin, Khaty Azean dan ramai lagi. Tiket berharga RM5 sahaja.

Kemudian program ini akan diteruskan lagi setiap bulan dengan pementasan yang hebat dari kumpulan kebudayaan yang berbeza. Antara pementasan yang sudah dijadualkan adalah;
  1. Tasik Dayang (22-24 April 2011)
  2. Mastika Bumi (20-22 Mei 2011)
  3. Alang Buana (10-12 Jun 2011)
  4. Opera Primadona (15-17 Julai 2011)
  5. Hikayat Malim Deman (23-25 September  2011)
  6. Raja Andak Raja Laksamana (14-16 Oktober  2011)
  7. Kemala Sakti Kesuma Ningrat (28-30 Oktober 2011)
  8. Dan 2 lagi pementasan akan dikemukakan kelak.

Jadi apa lagi, marilah datang beramai² memeriahkan program yang hebat ini, dalam memartabatkan seni budaya warisan kita. Terima kasih kepada Encik Nur Ibrahim Sabri, Bahagian Pengembangan Seni JKKN yang sudi memberikan informasi tentang program ini. Diharapkan agar dapat bekerjasama lagi dalam memberikan maklumat berkenaan dengan program ini.

Hanya satu,

9 bicara yang baik hati...:

mohdikram said... Reply To This Comment

best2!! tq2 pojie.!~

apezs shah said... Reply To This Comment

salam

wow murahnya tiket dia
pojie.. g ke?

Edy Ramanov said... Reply To This Comment

lama tak tengok bangsawan. teringin nak pegi.

@taufiqhelios said... Reply To This Comment

TH curik artikel kamu ye :)

http://bit.ly/gKgJ0J

Sue Izza said... Reply To This Comment

salam...saya blogger baru nak minat seni kebudayaan ni..nak tanya mana nak beli tiket ni?...saya dok putrajaya...

::Budak Degil:: said... Reply To This Comment

woh..jadi ka buat teater ni..tgk aritu melodi mcm2 kontrovesi kate xjd buat..huhu

Amir Rayyan said... Reply To This Comment

lama jugak tak tgk teater.....:) insyaAllah jika punya kelapangan waktu nanti....:)

liyanaziz said... Reply To This Comment

saya pergi hari ahad ni, lecturer wajibkan... suka sangat kelas skrip bangsawan, sebab dari situ dapat tahu lebih dalam apa itu teater bangsawan.. x sabar nak tengok... heeeeeee

Pegawai Khalwat said... Reply To This Comment

dah tengok hari tu. good effort oleh Khusairy n team.