||| Tercari² |||

Tuesday, January 18, 2011

Kubawa Hati Ini - Elis Mokhtar

Salam,
Masihkah kalian ingat kisah perjuangan seorang ibu bernama Elis Mokhtar dalam mendapatkan semula anaknya Ferris yang masih tidak berkesudahan sehingga kini? [KLIK] Masihkah anda ingat album dari seorang pendatang baru yang mendedikasikan lagunya untuk ibu malang ini demi membantu beliau mendapatkan seorang peguam bagi menyelesaikan kes ini? [KLIK]. Adakah anda masih prihatin? Kini anda boleh bersua dengan Elis Mokhtar dan mendapatkan novel beliau "Kubawa Hati Ini" terbitan Alaf 21 [KLIK]

Dapatkan novel beliau dalam menyokong perjuangan beliau, di mana setiap royalti dari novel ini akan digunakan untuk membiayai kos peguam di Belanda. Dan pastinya jika anda berada di majlis pelancaran itu, anda akan lebih mendekati dan memahami perjuangan seorang insan bernama ibu. [KLIK].
 P/S: Ada Karnival Buku Alaf 21. Leh gak attend kat sini.

Monday, January 17, 2011

Sayalah Pemenang 3 Suara!

Salam,

Ok short entri Isnin nih. Ia berkenaan dengan contest 3 Suara yang Pojie sertai [KLIK] baru² nih. Dan di pagi Monday Blues nih bukalah email tup² dapat emel ini;


Ok cam tak percaya. Kita terjah pula blog beliau [KLIK], dan ini resultnya... Nampak tak? Sila lihat pemenang ketiga itukan namaku... Betulkan??


Wowww!! Saya berjoget keriangan di atas kerusi ok. Sebab apa? Sebab akhirnya ada juga contest yang Pojie sertai menang. Kalau idak, harammm yer! Terima kasih Adi Luqman atas penghargaan itu. Since tengah "patah kaki" sekarang nih tak dapat nak jumpa lunch sama ker untuk diberikan hadiah itu, so silalah pos ke alamat yang telah diberikan melalui emel itu yer :) Lagipun I seganlah nak jumpa kamu **goyang² kaki. Kemenangan ini membuatkan semangat Pojie untuk kembali join contest² kembali terubat. So, last but not least...

Thank you!!!

P/S: Jumie sudah booked saya nyanyi masa majlis kahwin dia nanti dan request nyanyi salah 1 lagu dari album 3 Suara tuh, baiklah! Siapa nak jadi Shila dan Jac? Ning saya dah chop! Haha!!!

Hanya satu,

Friday, January 14, 2011

3 Suara : It's a Beautiful Life!

Salam teman²,

Actually dah lama juga Pojie dengar pasal projek 3 orang artis wanita Malaysia yang hebat bergabung dalam sebuah album. Mula² fikir apalah sangat, ntah² album kompilasi. Yela, dengan ekonomi suam² kuku nih rasanya agak payah nak mengeluarkan 1 album penuh dengan 10 lagu, lebih² lagi melibatkan artis hebat dan ada nama dalam industri suara tanah air. Mestilah memerlukan kos lebih tinggi. Tetapi Pojie sangat impressive apabila 3 orang penyanyi hebat Malaysia; Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah bergabung suara di dalam 3 Suara.


Dan kebetulan pula seorang blogger hebat; AdiLuqman mencemar duli drop komen beliau di shoutbox Pojie. Wow, I'm flattered ok. Sebab apa, Pojie baca gak blog beliau, pernah jumpa depan² tapi since beliau tak pernah perasan kehadiran Pojie, maka Pojie jadi jela silent reader. Segan. Tak sangka beliau notice kehadiran Pojie, kot. Yeke? Apa² pun Pojie kagum sangat dengan semangat beliau dalam mempromosikan album 3 Rasa nih sehingga sanggup membuat contest [KLIK] untuk berkongsi rasa beliau terhadap album yang hebat ini. Syabas Adi. Pojie pun tak sabar nak dapatkan album ini lepas dengar preview. Paling best kalau dapat percuma dari kamu. Hahaha. Meh dengar preview lagu² sambil baca review dia sure layan.



Amacam? Ada masyuk dalam jiwa tak? Erm, Pojie nak ajak teman² Pojie join sama bleh tak? Kalau Pojie tak menang, korang menang leh Pojie pinjam, tak pun copy dalam CD, ehh no no no cetak rompak yer. So, korang jom join la wei;

Ok bos sudah siap! Soalan pun Pojie dah emel. Sila pastikan Pojie menang, kalau tak menang Pojie ugut nak beli cetak rompak jer. Giler ah main ugut² sah² tak menang. Hahaha!!!

Hanya satu,




Thursday, January 13, 2011

Azam tahun 2011

Salam,

Apa khabar semua? Harapan agar semua sihat sejahtera hendaknya ya. Hari nih Pojie nak bercerita tentang apa ek.. Erm.. Oklah, Pojie nak bercerita pasal...


Cet, dah masuk hari ke-13 di tahun 2011 nih baru nak story pasal azam? Huhu, biasalah kan Pojie nih kan lampi semenjak akhir²nya. Momentum semakin merudum. Ish².. Oklah sebagai menyahut seruan MatJoe untuk join contest dia nih [KLIK], Pojie pun join juga. Nak sokong kawan² apa salahnya. Lagipun salah 1 azam tahun nih nak bergiat aktif join contest sana sini. Walaupun azam ini dah awal² lagi dapat sambutan yang tak baik baru² nih sebab tak terpilih untuk Om Nom Nom. Damn it! Tapi takpela. Muka takde rezeki, bukan ayam tambatan, anak emas, anak ikan apatah tali barut, redha jela. Hahah! Tak mahu fikir lagi, meh fikir azam Pojie yang Pojie sematkan setiap tahun. Apa dia???

 Nak kurus!!!

Kalau sesiapa yang pernah kenal Pojie for the past 2 3 years mesti dah notice Pojie ada kurus sikit. Gamba itu sebagai bukti. Kalau tak percaya sila browse entri² yang lepas² atau kat fb pasti akan terjumpa pic Pojie dengan pipi yang gebu.Sekarang nih pun gebu juga. Tapi lebih comel. Hahaha. Jadi azam Pojie nak kurus dan mendapatkan badan yang mantap. Nak mencapai berat badan ideal dan workout untuk toning badan kasi cantik. Bagi meleh la korang yang jengah ke blog Pojie nih. baru memasing bukak mata. Hehehe.

Lepas tuh paling best kalau azam tercapai, join contest MatJoe nih menang pulak tuh. Bahagia hidup! Hadiah dia bukan calang² hadiah. Ditaja oleh beberapa blogger hebat di arena blogger. Dapat e-book, kukis, brooch, riben, tiopup dan memacam lagi la. Korang rasa nak menang? Jangan malu² join jela yer. Dapat menang kukis Kak Ina pun jadilah. Rasa aritu sedap giler :)

Contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh 
Eyriqazz (rm 50) 
Kak Ina KL (cookies rm50) 
AbangEnsem (6 ebook, rm120)
Kak Yon (3xrm10 topup, rm30)
dan Tinihani (4 ribbon brooch, rm20)

Hanya satu,



Monday, January 10, 2011

One Step Closer to the Maxis Om Nom Nom Race

Salam,

Wahhhh, mesti ramai suka meyaksikan program best di AXN iaitu Amazing Race. Paling best kalau Amazing Race Asia sebab pastinya mereka akan menjelajah seluruh negara² Asia termasuklah Malaysia. Pojie teringin sangat nak join sebab Pojie sangatlah sukakan cabaran.. Jadi rasa sangat teruja apabila Maxis dan Nuffnang akan menganjurkan satu program menarik ala² Amazing Race cuma di sini apa yang bestnya ada versi makan². Wow, makan free tuh siapa tak mau.. Jadi Pojie pun berhajatlah nak join contest nih dengan berharap akan dapat join race nih! Race apa?? Ini dia...


The Maxis Om Nom Nom Race
**crossing fingers

Kenapa nama dia Om Nom Nom ek? Ntah la, kurang periksa hal itu. Mungkin makanan yang akan dihidangkan bercirikan Thai cuisine kot. Huhu. Tak kisahlah, yang pasti I am too eager to join for this race, lebih² lagi rakan² blogger yang lain dah siap entri nih since last week lagi, berkobar² mereka nak join. Ada yang sedang buat persiapan katanya, hari² makan 7 pinggan nasi tidak pernah kurang **kaoo mampoo??! Yang membuatkan Pojie sangat beriya² nak join nih apabila dipaksa oleh salah seorang Maxis Angel; ddFabulous selaku ketua Team Tempoyak! Gilalah, dah ada nama team lagi ok!

Kenapa Pojie beriya sangat nak join Om Nom Nom Race nih? Sebab? Pojie seorang yang gila makan. Sangat suka makan. Apa yang best, walaupun dalam kegilaan makan, lately Pojie telah berjaya menurunkan 2kg ok. So Nuffnang please take note, saya masih muat menyarungkan T-shirt bersize "M". Muehhe.. Kira this time Pojie nak reward myself with something worth to eat, to my body, and at the same time I can challenge myself. Wahhh gittew kan! Kira makan banyak² pun nanti Pojie akan tetap menunjukkan pose dan figure yang menarik kerana berlari² untuk memenangi race ini juga memerlukan stamina yang tinggi juga wajah yang menarik untuk promosi makanan Malaysia seperti nasi lemak ini...

**bluekk

Selain itu, faktor yang menguatkan lagi kenapa Pojie nak sangat menyertai race ini, kerana Pojie adalah angel ok. Ko jangan memain. Jangan gila² bilang aku Victoria Secret Angel yer, aku tak mampu nak selit "jambak" yang nala tu ketika memakai lingerie, tetapi Pojie adalah Maxis Angel... Tetap angel, feeling tak???


Hey, bukan tuh saja. Pojie juga salah seorang pengguna Maxis Hotlink ok. Tak percaya sila cek no Pojie 012-355**** sudah 10 tahun Pojie gunakan since after SPM lagi ok. Gilalah, tak pernah tukar nombor tuh. Orang lain pergi lari ke service provider lain Pojie tetap setia bersama Maxis dan Hotlink. Saya juga penggemar kepada setiap plan dan offer yang diberikan kepada mereka kepada saya juga :)


Faktor ke-4, mengapa Pojie ingin menyertai Om Nom Nom Race ini adalah Pojie peminat setia rancangan Amazing Race. Gilalah untuk Amazing Race Asia Pojie pernah pergi audition tapi tak terpilih. Takpe² diorang tak nampak lagi kemampuan Pojie beraksi menyelesaikan task² yang diberikan. So, Nuffnang sila ambil perhatia beri peluang kepada saya untuk menunjukkan kehebatan saya. Wahhh!

Dan faktor yang terakhir, Pojie memang sangat² mengimpikan untuk menjadi selebriti ala² Maria Tunku Sabri dan Serina Redzuan. Alah rancangan Jalan² Cari Makan tuh. Kenapa? Sebab Pojie bisa merasai segala jenis makanan yang ada di Malaysia ini terutamanya makanan masyarakat 1Malaysia. Banyak lagi yang Pojie belum berkesempatan rasa tau. Jadi dengan terpilihnya Pojie dalam race ini, dapatlah juga Pojie feeling² pengacara JJCM dengan memaparkan muka yang sedap makan makanan free. Hahaha..

Ohhh, nak join Om Nom Nom Race nih kenalah ada pasukan kan. Ada team sendiri. Oleh itu saya mahu menyertai Team Tempoyak bersama² DD, CheArm dan Hamzah kalau mereka sudi menerima saya di dalam team mereka. Muahahaha...

Maxis Om Nom Nom Race

Heyyy sedikit info menarik tentang Om Nom Nom Race ini, ia akan menggunakan applikasi iPhone4 iaitu Finder301 dan Wireless Broadband, hanya dari Maxis. Wow!! **clap.. clap.. clap.. So far Pojie takde iPhone4 sah² la Pojie tak familiar pasal applikasi nih, tapi takpe jom kita terjah..


Ohhh ini rupanya Maxis Finder301. Kelebihannya, kita boleh buat carian tempat makan, Bank (ATM), Klinik, Balai Polis, sekolah dan semua tempat yang berhampiran. Menarik bukan. Siap ada detail lagi ok dengan map dan info yang berkaitan. Tak percaya? Jom try sini; http://itunes.apple.com/my/app/maxis-finder301/id375530216?mt=8#


Bagi yang tercari² pula plan² broadband yang best, leh refer pada gambarajah di atas itu. Hebat bukan Maxis Broadband nih. Tertarik? Pojie pun nak melanggan Maxis Broadband gaklah macam nih. Lebih² lagi selepas survey² plan yang mereka tawarkan di sini; http://www.maxis.com.my/personal/broadband/wireless_allplans.asp

Apa² pun, Pojie berharaplah Pojie terpilih untuk ke Om Nom Nom Race ini pada 15 Januari 2011 (Sabtu) nanti di Modesto’s. Yelah, sebab selain dapat makan free, hadiah² yang ditawarkan bapak meletop ok! Tempat pertama jer boleh melancong ke Hong Kong 3 hari 2 malam di hotel 5 bintang ( 4 orang sepasukan) bernilai  rm10,000 dan percuma 1 smartphones untuk setiap ahli.Tempat kedua pula setiap ahli akan dapat Smartphone percuma setiap seorang. Goodie bag bagi kesemua ahli yang terpilih itu pun not bad ok! Menarik kan, so apa lagi jom join sama² Maxis Om Nom Nom Race ini!

Wish me all the best yah. 

Hanya satu,

Sunday, January 9, 2011

AJL 25 Ekslusif dari Pojiepooh

Salam kawan,

Mungkin ada yang tak sabar² nak menyaksikan anugerah berprestij di Malaysia, yang dinantikan setiap tahun oleh kebanyakan kita iaitu Anugerah Juara Lagu. Dan pada tahun ini AJL ke 25 mempertandingkan 14 buah lagu untuk merebut beberapa trofi yang ditawarkan buat yang terhebat di kalangan yang hebat. Masalahnya semua hebat² belaka. Tak tahu nak predict mana² antara mereka² ini...

1. Faizal Tahir - Hanyut
2. Shahir - Kebahagian Dalam Perpisahan
3. Hafiz - Noktah Cinta
4. Black & Meet Uncle Hussin - Drama King
5. Adira - Ku Ada Kamu
6. A.P.I - Pelita
7. Yuna - Cinta Sempurna
8. Tomok - Berlari
9. Black - Sofea Jane
10. Hujan - Mencari Konklusi
11. Faizal Tahir - Selamat Malam
12. Bunkface - Ekstravaganza
13. Stacy - Jahat
14. Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku

Ok, sebagai menghangatkan lagi AJL yang akan berlangsung pada malam ini, Pojie membawakan medley lagu² finalis AJL 25. Sebanyak 14 lagu yang Pojie nyanyikan secara acapella bodoh² jer, dengan sekali nyanyi dan melihat sedikit bait² lirik. Jadi maafkan Pojie yang lari piching sana sini, salah lirik, abaikan semua yer, ini sekadar hiburan semata².. Saksikan...

Sila kuatkan volume anda sebab sound capture dari mic nih agak lemah.

Jadi ada yang dah terkeluar tahi telinga? Bernanah telinga? Hope tidak la yer, kang tak sempat nak dengar versi yang lebih meletop malam ini. Pojie sepatutnya pergi dan duduk di tempat VIP tettapi terpaksa pulang ke kampung atas panggilan bonda permaisuri. Gittew! Anyway, buat kesemua 14 finalis, all the best Pojie ucapkan. Pojie tiada sebarang target sebab this year punya lagu Pojie tak berapa layan sangat, tapi akan tetap menyaksikan menerusi kaca TV kat rumah nanti nak lihat Faizal Tahir dan Stacy beraksi.

Bye.. Bye!

P/S: Sila komen tentang stail pengucapan Pojie, ia dilakukan secara spontan selepas 3x percubaan. Thanks ya :)

Hanya satu,


Monday, January 3, 2011

Haiikorunkk!!!

Hai korang,

Actually Pojie ada banyak nak share dengan korang semua, tapi itu lah kan, banyak sangat bende yang menganggu fikiran nih. Draf dah banyak, nak update dan publish punyalah liat. Yela, lagipun blog Pojie bukan ada yang teruja sangat pun kalau update, tak pernah pula orang kompang kat Twitter suruh baca dan komen. Takde yer uols. Jangan perasan. Muka pun tak seberapa jangan harap ada orang nak bangga amik pic dengan ko, apatah lagi nak buat projek tangkap muka ko. Nak baca blog yang penulisnya tak cute, lagilah pulak. Hahaha. 

Apa² pun petang tadi menjelang maghrib (time² setan keluar), time tuh la timbul isu #haiikorunkkk apabila terbaca blog paparazzi blogger Malaysia, Cik Sheeka. Meriah juga yer perbincangan tadi. Kisah terbuka la, tersentap la, terperasan la, tergedik la semua keluar ok. Pojie pun google² la maka adalah keluar a few blogger yang sangat dikenali semua. Yelah kan, blog famous mau orang tak kenal. Dan ada a few juga video yang mereka buat. Walaupun agak bajet² comel (sehingga terkeluar ekpressi annoying Pojie), tapi macam fun juga. Nak gak buat parody, nak gak try. Mana tau ramai orang berkunjung sebab tengok Pojie ala² comel dan manja buat macam tuh **muntah ramai².


Apa² pun this is just for fun. Siapa yang terasa tuh minta ampun minta maaf. Takde niat nak menyakitkan hati korang just nak feeling² jadi comel jap. Lagipun dah lama Pojie takde vlog kan. So, sehingga kita berjumpa lagi...

Bye korunkkk!!!

Hanya satu,

Saturday, January 1, 2011

1.1.11 dari Pojiepooh Hanya Satu... 2011, Happy New Year!

Salam,

Entri pertama Pojie untuk tahun baru 2011. Mungkin tiada apa yang Pojie ingin coretkan di hari pertama, bulan pertama pada tahun baru ini. Azam yang lalu pun banyak lagi yang menanti, maka setiap tahun renew azam, tahun ini tidak terkecuali. Idea dan semangat menulis masih lagi berbasi², mana hilangnya tidak pula diketahui. Mungkin terlalu banyak masalah yang memebankan kini. Tak mengapalah, perlahan² kita berkayuh semoga sampai ke destinasi.


Buat pembaca² sekian, Pojie titipkan ini untuk anda semua. Semoga senyuman bisa terpahat senantiasa di bibir kalian semua, semoga senyuman Pojie ini buat anda happy semua sepanjang tahun 2011 ini...

Hanya satu,