||| Tercari² |||

Thursday, December 30, 2010

Najib Razak F#ck Rosmah Mansor???

Hola,

Lama gila tak update entri. Maaf, mood merudum sangat lebih2 lagi hujung tahun. Apa² pun just a short entry from me, from my Twitter; @Pojiepooh. Let the picture tell the story ;p



Mula² cam terkejut jugalah kan PM yang kita segani boleh berkata sedemian rupa. Tetapi setelah disiasat, ini orang psiko punya profile. Followers pun tak ramai. Tweet dia pun haram jadah punya. Dan yang pasti PM kita punya the true Twitter is @NajibRazak yer. Jangan tertipu dengan yang lain².

P/S: Sentap setiap kali tweet selebriti termasuklah PM takdenya respons. Blogger bajet selebriti? Tak payah cakap itu lagi haram jadah bajet bagus. Ko mention la 1000 kali kalau ko bukan geng dia, dia buat dono jer.

Hanya satu,

Saturday, December 25, 2010

Blogger BIG GATHERING @ Berjaya Times Square

Salam kawan²,

Mesti ramai dah alert pasal nih kan? Especially sesiapa yang ada Twitter dan update perkembangan blogger² mantap seantero dunia. Dan katanya esok akan diadakan gathering untuk blogger² dengan penampilan istimewa MelzRomeo..


Meh join ramai² memeriahkan CosmoWorld di Berjaya Times Square esok dari pukul 10 pagi sampai lebam. Lepas tuh nak makan² dan main bowling dan karok lagi. Sampai lebam katanya. So, kat sana bolehlah anda bertemu dengan blogger² hebat macam Ery Farieha, Bean Murano, AusMelankolik, Eyriqazz, CikHel dan ramai lagilah. Jom kita berkenal²an.. Yela mana tau nak tengok Pojie nih betul ker idak comel macam Pooh, meh saksikan sendiri. Yang pasti nak kenal Pojie tak susah, Pooh sebagai penanda..

See you there!!!

Hanya satu,

Thursday, December 23, 2010

Pakatan Blogger? Hebat!!!

Salam kawan²,

Wah, agak slow juga aktiviti blogging Pojie nih lebih² lagi dah dekat² tahun baru. Tiba² dari awal last month aritu pakai gear 1 untuk memecut sampai la nih masih di gear 1, no wonder la slow macam kura².  Ahaks! Tak mengapalah. Kita masih ada kurang 2 minggu saja lagi untuk menyambut tahun baru kan, jadi Pojie akan cuba untuk melangsaikan hutang² entri Pojie kepada korang selama ini. Banyak woooo! I will try my best! Hiarrgghh!

Baiklah lupakan seketika pasal hutang segala tuh. Pojie cuma nak promote kawan² blogger Pojie nih berkenaan dengan sebuah "pakatan". Bukan Pakatan Keadilan Rakyat yer, no no no, tak kuasa nak masuk campur. Ia merupakan sebuah web komuniti tutorial Malaysia atau lebih dikenali sebagai Pakatan Blogger


So, terima kasihlah banyak² buat Melz dan Daakjaat yang telah memperkenalkan Pojie dengan pakatan blogger nih. Selain korang boleh mendapatkan tutorial yang hebat² di sini, korang juga bisa berkongsi tutorial yang korang tahu untuk dikongsi dengan teman² di luar sana. Bangga juga beb apabila 1 tutorial yang Pojie berkenaan dengan FB Fan Page pernah siarkan di sini. Cuma entri berkenaan dengan Embed Code tuh macam ditarik balik pula setelah dipublishkan baru² nih. Kenapa ek? Apa² pun, rajin²lah menjengah ke Pakatan Blogger nih, sebuah pakatan yang mantap!

P/S: By the way, admin² nak naik KL dia buat Big Gathering katanya, jom join :)

Hanya satu,


Thursday, December 16, 2010

Tutorial Mendapatkan Embed Code Video Facebook ke Blog

Salam kawan²,

Mungkin ada di antara kalian yang gemar berkongsi video yang menarik dari YouTube ke dalam blog macam Pojie. Caranya pun sangat senang kerana embed code boleh didapati di bahagian bawah video dan paste ke dalam entri anda bukan? Bagaimana pula andai ada video² menarik di Facebook dan ingin berkongsi di dalam blog? Pastinya anda hanya boleh meletakkan pautan/ link video tersebut di dalam entri anda. Sebab di Facebook tiada diberikan embed code untuk anda memasukkan ke dalam blog. Bestul tak?
Oleh itu, Pojie ingin berkongsi kepada anda tentang cara² yang mudah untuk anda mendapatkan embed code dari Facebook lalu di masukkan ke dalam blog anda seperti yang pernah Pojie buat di entri Keunikan 1 Malaysia yang lalu. Masa mula² Pojie mengalami sedikit masalah memandangkan Pojie tidak mendapat kerjasama dari seorang blogger yang mengetahui akan ilmu ini, maka Pojie gogle² terjumpa la dengan 1 link ni. Cara ini leceh sikit kerana memerlukan anda untuk mencari dan copy video id (nombor) dalam Facebook url selepas "v" dan paste ke dalam code yang disediakan dengan menggantikan "xxx". Faham tak? Tak faham refer Embed Facebook Videos in Webpages

Dan hari ini Pojie telah menemui cara yang paling senang iaitu dengan menggunakan FBVembed. Copy jer url video Facebook yang anda nak share tuh dan copy ke dalam ruang yang disediakan dan klik "Get code". Selain itu kalau rasa² nak ubah width dan height size pun boleh juga. Senang sangat! Terima kasih kepada BOM321 kerana telah berkongsi ilmu ini lalu Pojie menyampaikan kepada anda semua. Jadi, meh Pojie kasi cuba uji guna ilmu ini dengan menayangkan video buah hati pengarang jantung Pojie yang tengah syok makan tengahari. Hehehe...




Selamat mencuba!

P/S: Nak dapatkan embed code untuk segala macam benda ke dalam blog anda? Boleh la refer How to Embed Almost Anything in your Website

Hanya satu,




Wednesday, December 15, 2010

Pojie Pindah Rumah (lagi?)

Salam,

Buat sesiapa yang mengikuti perkembangan Pojie di Twitter pastinya alert dengan masalah yang sedang Pojie hadapinya sekarang. Konflik bersama teman serumah kini membawa kepada persengketaan dan perbalahan. Lupakan segala caci maki hamun Pojie sebab itu adalah tindakan diluar sabar Pojie. Dan kini, jalan penyelesaiannya, Pojie angkat kaki. Sememangnya Pojie jenis yang lari daripada masalah, kerana malas pening² kepala menghadapinya. Lebih² lagi jika masalah itu melibatkan orang lain, Pojie malas nak fikir. Tak perlulah tanya apa masalah Pojie kali ini, sebab Pojie bukan jenis yang suka nak membuka pekung di dada, lebih² lagi keburukan orang, biarlah Pojie pendam, esok lusa Pojie dah lupa, senang kan!

Sememangnya keputusan Pojie nak pindah rumah sejak beberapa bulan yang lalu lagi bermula apabila masalah pertama tercetus. Pojie hanya mendiamkan diri, kerana tak nak memperbesarkan perkara yang remeh temeh. Tapi sesungguhnya, Pojie mempercayai kata hati Pojie dari dulu lagi semenjak memasuki rumah baru pada tahun lepas, bahawa rumah ini "panas" untukku, dan kini ternyata kepanasan semakin membara. Rela beredar diri.


Terima kasih buat teman² yang membantu RT update Pojie di Twitter dan memberikan info² (walaupun tak sudah² memberitahu Mudah.com.my untuk mencari walaupun itu sudah ku ketahui) berguna juga turut menawarkan diri untuk membantu proses pemindahan nanti. Terima kasih banyak² Pojie ucapkan, jasa kalian amat² Pojie hargai. Alhamdulillah, 1 Disember yang lalu secara rasminya Pojie stay di rumah baru. Sangat penat ok. Bayangkan berpindah mengangkut barang² dari tingkat 4 naik ke tingkat 5. Bukan blok yang sama ok, tetapi blok yang berbeza di mukim yang sama. Dan paling mengharukan Pojie buat sorang². So jangan ditanya mana kawan² Pojie. Dengan rasa penat yang teramat sangat mengemas rumah dan memindahkan barang², tangan dan kaki macam nak tercabut, cam nak terputus nyawa. Allah saja yang tahu.


Apa² pun, doakan rumah kali ini "sejuk" untuk Pojie. Sesuai dan selesa sehinggalah rezeki Pojie untuk pulang ke Johor, bekerja di kampung halaman sendiri. Ataupun Pojie memiliki rumah sendiri, insyAllah. Jadi, Pojie cuba nak minta buah pendapat kalian untuk memberikan petua² memasuki rumah baru. So far Pojie ada beberapa di sini tetapi masing² agak bercanggah antara satu sama lain dan ada yang terlalu complicated, tak tau nak buat yang mana satu. Bagi sedikit petua boleh? So far yang Pojie dah ada macam di;

  1. ittutor
  2. mymatrixclub
  3. forum.cari
  4. bincang
  5. Mufti Selangor


Kawan² ada petua lain ker? Silalah kongsi. By the way kalau pojie ada buat housewarming party ada ker yang nak datang ek? Huhuh..

Hanya satu,

Perkara sunat dilakukan pada Hari Asyura

Salam kawan²,

Hari esok merupakan 10 Muharam 1432 Hijrah. Dan setiap hari ke 10 dalam bulan Muharam dipanggil Hari Asyura. Hari yang diraikan oleh umat Islam di seluruh dunia kerana umat Islam percaya pada hari tersebut merupakan hari yang mencatatkan banyak sejarah di dalam tamadun Islam. Pada hari tersebut, kita disunatkan melakukan kebaikan dan memperbanyakkan ibadat. 


Ada banyak perkara² yang boleh anda lakukan untuk mendapat keberkatan dan kebaikan pada Hari Asyura. Antara perkara² sunat yang boleh anda lakukan adalah:

1. Melapangkan masa dengan belanja anak isteri
Fadilat - Allah akan melapangkan hidup mereka pada tahun itu.

2. Memuliakan fakir miskin
Fadilat - Allah akan melapangkan kubur mereka nanti.

3. Menahan marah
Fadilat - Di akhirat kelak Allah s.w.t akan memasukkan mereka ke dalam golongan yang reda

4. Menunjukkan orang sesat
Fadilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hati.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang diusap.

6. Bersedekah
Fadilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti daripada kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi sunat
Fadilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun berkenaan. Lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
Fadilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadilat - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadilat - Allah akan mengampunkan dosanya walaupun berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku solat sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

12. Menjamu orang berbuka puasa
Fadilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

13. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.
Fadilat - Diberi pahala 1,000 kali haji, 1,000 kali umrah dan 1,000 kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

P/S: Teringat bubur Asyura masa kecik² dulu. Siapa ada buat Pojie nak rasa sikit bleh???

Hanya satu,

Thursday, December 2, 2010

Tutorial Membuat Facebook Fan Page

Salam,

Ada sihat semua? Maaflah yer beberapa hari kebelakangan nih blog tidak ber-update. Masih busy dengan aktivit pindah rumah untuk kesekian kalinya. Nanti pojie story ok. Ni memandangkan connection tak berapa bagus, dengan keadaan Mozilla Pojie yang macam haram sehingga beberapa kali Pojie mengeluarkan perkataan cip** semalam lebih² lagi apabila segala sistem, fb, twitter dan blog tidak running dengan sempurna. Teman² semua, maafkan Pojie ok. Jadi, Pojie akan cuba membuat entri yang ringkas buat pembaca² sekalian.




So far, Pojie mendapat request dari beberapa teman blog terutamanya dari Adie dan Raph yang bertanyakan bagaimana Pojie membuat "Like Button" pada entri PoJiePooH @ Facebook yang lalu. Memandangkan ini pertama kali Pojie membuat tutorial, memandangkan Pojie bukanlah seorang yang berilmu sangat, mende yang simple nih pun ngecek dengan kawan² kat Twitter dan Redlinda juga yang sudi berkongsi, jadi Pojie akan cuba berkongsi buat anda yang masih lagi tercari² cara untuk membuat Facebook Fan Page dan Like Button di blog. Maaf ya andai presentation kurang memuaskan, memandangkan Pojie tak berapa reti nak bagi tutorial kat orang. Walau bagaimanapun, Pojie cuba untuk menyalurkan info dengan lebih efektif menggunakan video capture dan inilah hasilnya..


Selamat mencuba!

P/S I: Maaf connection tergendala semasa rakaman sedang dijalankan, nak edit² kualiti dia pula tak cantik, jadi Pojie biarkan ia secara raw.
P/S: II: Buat yang bertanya software apa yang Pojie gunakan Webcam Video Capture. Actually ada banyak lagi, kalian boleh google, tapi so far ini yang pojie jumpa :)

Hanya satu,