||| Tercari² |||

Monday, June 20, 2011

Citrawarna 2011, Colors of 1 Malaysia

Salam kawan²,

Hari ini genaplah sebulan Pojie membuat comeback sebagai seorang penari dan membuat persembahan di khalayak ramai. Pojie membuat persembahan di bawah program Kementerian Pelancongan Malaysia iaitu Citrawarna 2011. 1st time join nih tau. Sebelum nih show paling besar Pojie pernah buat adalah sambutan Hari Kemerdekaan di Kuala Terengganu tahun 2005 kalau tak silap dan paling jauh di Sydney pada tahun 2006. Itu adalah kali terakhir Pojie di membuat persembahan sebagai seorang penari. Gila gian siot! Akhirnya dengan bantuan seorang teman seangkatan dengan Pojie iaitu Ayus, adik angkat Pojie, juga partner menari masa kat KUSTEM (aka UMT) dulu, beliau ajak Pojie join menari untuk Citrawarna.


Pojie menerima tawaran tanpa berfikir panjang. Walaupun gigih setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis Pojie akan memecut ke Tasik Titiwangsa dari ofis di Kelana Jaya nih selepas habis kerja. Pergi latihan dari 8.30pm sampailah pukul 11pm. Gigih tak? Gila gigih ok. Selama sebulan juga tau. Lepas tuh hampir setiap hari bila seminggu lagi sebelum event. Bayangkan lepas balik dari Sabah haritu pun, sampai² flight dari KLIA terus pi PWTC untuk rehearsal. Bila dah meroyan gini rupalah! Tapi takpa saya puas, itulah kepuasan sebenar, bila kita dapat melakukan perkara yang kita suka.

 Kalau nak tahu Pojie menari untuk group penari utama. Di mana kami akan membuat persembahan pembukaan dan penutup. Ada 4 lagu semuanya. 2 lagu iaitu Gendang dan Tema untuk pembukaan, Samrah dan Zapin untuk penutup. Gila tak? Masa mula² latihan Pojie agak tingtong jugaklah. Yelah bayangkan dah lama gila tak menari, otak pun dah berkarat, sendi² semua dah reput nak membuat step² moden. Pergh, memang cabaran buat Pojie tuh. Tapi tak mengapa, bukan Pojie seorang jer yang mengalami masalah yangs ama ada ramai lagi. Tapi alhamdulillah, sesusah mana pun step, kalau dah menari itu ada dalam jiwa pastinya boleh buat. Cuma mengambil masa untuk asah balik skill. Penat² pun kami tetap enjoy, tetap tersenyum sepanjang latihan berlangsung, dengan ditemani ketua kami, Abang Nizam IB. Eh, jangan tak tahu yer dalam group nih terdiri dari penari² DBKL, ASWARA, Istana Budaya, SWATARI. Ada juga retis² macam Thye Mentor, bekas protege Adibah Noor. Tak lupa juga seorang blogger retis nih korang mesti kenal punyalah dari belog Kifli Si Dolce...

Cuma dia lebih hebat dan professional dari Pojie lagilah. selain dia lebih muda dan cantik, dia juga banyak show² lain termasuklah show Sukma 2011 baru² nih. Apa² pun Pojie dah kasitau sama dia kalau ada show lagi sila sudi² kan diri untuk invite. So, Pojie boleh la dapat side income dan dalam masa yang sama boleh menguruskan badan. Yer kurus uols. Orang lain semua menari selama sebulan nih turun antara 3-7kg tau. Pojie jangan cakap, dari berat 75kg jadik 60kg jer! Sangat menipu itu timbang. Walhal Pojie susah turun berat badan walaupun badan dah nampak mengurus. Pelik kan. Lagipun Pojie fobia dengan penimbang berat badan, dia anti dengan Pojie selalu memberikan bacaan yang tidak sepatutnya. Hahah, statement takleh blah! tapi trust me, menari memang boleh membuatkan Pojie kembali kurus muda dan ramping seperti sediakala. Jeans semua longgar ok, tak tipu. Masuk² ofis pun amoi kat ofis bila perut dah "kemek". Haha.

Apa² pun inilah pengalaman yang paling best sepanjang hidup Pojie. Dapat juga beraksi untuk Citrawarna, itulah impian Pojie. Cuma 1 jer impian Pojie belum terlaksana iaitu untuk beraksi di pentas Istana Budaya. Yang Nora hari tuh kirim salam, tunggu jela peluang seterusnya, Pojie akan terus berusaha! Macam Iz nih, dia hebat tau dah beraksi beberapa kali kat pentas IB untuk banyak pementasan. So berharap dapatlah berkat² beliau tuh tempias sama Pojie. Insyallah mana tau kan. Baru² nih Adie Waridi pun dapat beraksi untuk Makyong di Istana Budaya. Hebat bukan. Bilalah masanya untuk Pojie nanti ek. Takpe², doa²kan jelah kalau ada Pojie invite korang semua tengok Pojie buat show biarpun sebagai tukang kebun. Hahaha. Apa gelak², ok what. Kao mampoo??!

Ohh, agak panjang entri nih dengan celoteh Pojie. So Pojie just nak sajikan kepada anda semua gambar² sepanjang program ini berlangsung. Walaupun kami terpaksa menari di dalam kehujanan, berlantai licin akibat hujan, sampai ramai yang terjatuh tersungkur, tarcampak capal, tapi kami semua puas hati. Hehe...

Teman rapat, adik dan juga partner menari - Ayus

Keadaan di belakang pentas, masing² sedang sibuk bersiap.

Persalinan pertama untuk pembukaan, konsep 1Malaysia. Pojie pakai kurta, pakaian India.

  
Ni pula persalinan kedua untuk samrah dan zapin Outfit dia sangat cantik. Pusing² jadik cam gown kembang tau! Sempat juga melukis janggut untuk kelihatan lebih abang². Wah!

Girls dalam group kami; Ayus, Joy dan Ziana.


Bersama teman² KUSTEM dan UPM (kumpulan penari India)

Pemandangan dari seorang penari selepas acara berlangsung dan kemeriahannya...

Lega selepas pakaian dan mekap ditanggalkan. Natural, tetap comel.
Terima kasih kepada PA; ArepiezFernando yang telah banyak membantu :)

Terima kasih buat insan² yang memahami kesulitan Pojie, dan memberikan sokongan. Terima kasih juga buat yang datang melihat persembahan Pojie hari. Thank you so much! Untuk melihat rakaman² yang telah dirakamkan dari TV2 dan juga penonton anda boleh menyaksikannya di sini...



Dan untuk melihat dengan lebih dekat lagi bagaimana keadaan penari menari dalam kehujanan dan lantai yang licin, anda boleh la saksikannya di sini. Tapi show must go on. Terjatuh tergolek tetap sambung menari dan tersenyum.


Can you find me???
Haha!

Hanya satu,



5 bicara yang baik hati...:

KiFli MaLLy said... Reply To This Comment

like like like :)

Admiral Hafiz said... Reply To This Comment

perghhh terbaik la pojie!

Entry Terkini:
Wow! Adik LISA SURIHANI menyanyi koir!!!

mohdikram said... Reply To This Comment

menyesal tarik diri, kalau tao hepi gila the ending :p

Anonymous said... Reply To This Comment

assalamuaikum.. hai cantik blog :)

^ Uncle Syaf ^ said... Reply To This Comment

tak nampak pon..nampak budak jatuh adelah...ha3