||| Tercari² |||

Tuesday, June 21, 2011

Blogger berilmu, blogger prihatin, tweeples juga!

Salam kawan²,
Bersempena dengan program #TwtupKaseh yang akan berlangsung bulan depan, baru² ini telah berlangsung satu perjumpaan Mini #TwtupKaseh bersama² dengan orang² kuat dan penderma² di Rasta TTDI. Program mini ini diadakan bertujuan untuk mengumpul barang² serta sumbangan yang akan didermakan kepada rumah kebajikan yang terlibat nanti. Oh, Pojie juga tidak ketinggalan menderma sebahagian daripada koleksi² pakaian Pojie yang tidak digunakan lagi kepada mereka. Ada banyak lagi tapi tak sempat nak selongkar wardrobe ;p


Pojie hadir bersama² dengan @ZueZoey, @aisyalicious dan @syahrulfaizal. Di situ Pojie jumpa orang² kuat #Twtupkaseh seperti @AidaSue, @Zullicious, @karrotgold dan ramai lagi. Oh, tidak ketinggalan @fouziahgous pun ada tau korang, membantu mengutip sumbangan...


Kudos to all! Lebih info sila [KLIK]. Walaupun program sebenar belum bermula, tapi Pojie dapat rasakan bahawa program ini akan menarik minat lebih ramai lagi masyarakat kita khususnya masyarakat alam maya (twitter, fb, blogger) untuk saling berhubung, bekerjasama demi membentuk sebuah komuniti yang bukan setakat berilmu, malahan jua prihatin! Yelah, daripada korang asyik gathering sana sini, twtup tak sudah², apa aktiviti yang korang buat yang memberi kebaikan buat semua serta komuniti selain main bowling dan tengok wayang? Takde kan? Oleh itu, Pojie memberikan cadangan buat kalian semua (especially blogger)  untuk membuat perjumpaan dalam bentuk aktiviti kemasyarakatan.


See, betapa ramai insan yang bersetuju dengan cadangan itu. Geng² twitter sudah bermula, geng² blogger dan fb bilalah pula? Bulan puasa dan raya tak lama lagi kan? Apa kata kita rancang dari sekarang untuk membuat majlis berbuka puasa dan beramal bersama anak² yatim, rumah warga tua dan rumah² kebajikan yang lain. Selain kita boleh merapatkan silaturrahim, kita juga dapat menjadi masyarakat penyayang. Dapat juga menginsafi diri kita yang sangat² bertuah berbanding mereka² di luar sana, murah rezeki nanti. Hey, dapat pahala juga tau. Dari gathering dok borak² silap² mengumpat, dosa lagi dapat ok! Tapi Pojie nak buat sorang tak larat la, Pojie bukan ada ramai pengaruh. Kawan² jom kita buat bersama².

Ayuh beramal!

P/S: Semoga projek2 sebegini diteruskan sampai bila² dan mendapat perhatian setiap warga Malaysia untuk sama² beramal.

Hanya satu,

6 bicara yang baik hati...:

ceksumolek's said... Reply To This Comment

yang ni sumi sukaa! kalau ada apa2 info lagi update la :)

lizz said... Reply To This Comment

setuju sangat!! tapi cuma susah sket ar kalau jauh2 ni. takkan each time buat event nak kena naik kl kan? so, maybe nnti nak try organize untuk blogger johor dulu.hehehhe.insyaAllah

Zue Zoey said... Reply To This Comment

yes! i love this kind of event :D

Unknown said... Reply To This Comment

suke gak aktiviti amal cm ni..suke nye!!!!!

EmanTheHalia said... Reply To This Comment

bamal.. kenal tanye amal ni hehe pegaruh SB hehe

mirul said... Reply To This Comment

good job. lain kali nak try join lah eh. hihihi