||| Tercari² |||

Wednesday, December 15, 2010

Pojie Pindah Rumah (lagi?)

Salam,

Buat sesiapa yang mengikuti perkembangan Pojie di Twitter pastinya alert dengan masalah yang sedang Pojie hadapinya sekarang. Konflik bersama teman serumah kini membawa kepada persengketaan dan perbalahan. Lupakan segala caci maki hamun Pojie sebab itu adalah tindakan diluar sabar Pojie. Dan kini, jalan penyelesaiannya, Pojie angkat kaki. Sememangnya Pojie jenis yang lari daripada masalah, kerana malas pening² kepala menghadapinya. Lebih² lagi jika masalah itu melibatkan orang lain, Pojie malas nak fikir. Tak perlulah tanya apa masalah Pojie kali ini, sebab Pojie bukan jenis yang suka nak membuka pekung di dada, lebih² lagi keburukan orang, biarlah Pojie pendam, esok lusa Pojie dah lupa, senang kan!

Sememangnya keputusan Pojie nak pindah rumah sejak beberapa bulan yang lalu lagi bermula apabila masalah pertama tercetus. Pojie hanya mendiamkan diri, kerana tak nak memperbesarkan perkara yang remeh temeh. Tapi sesungguhnya, Pojie mempercayai kata hati Pojie dari dulu lagi semenjak memasuki rumah baru pada tahun lepas, bahawa rumah ini "panas" untukku, dan kini ternyata kepanasan semakin membara. Rela beredar diri.


Terima kasih buat teman² yang membantu RT update Pojie di Twitter dan memberikan info² (walaupun tak sudah² memberitahu Mudah.com.my untuk mencari walaupun itu sudah ku ketahui) berguna juga turut menawarkan diri untuk membantu proses pemindahan nanti. Terima kasih banyak² Pojie ucapkan, jasa kalian amat² Pojie hargai. Alhamdulillah, 1 Disember yang lalu secara rasminya Pojie stay di rumah baru. Sangat penat ok. Bayangkan berpindah mengangkut barang² dari tingkat 4 naik ke tingkat 5. Bukan blok yang sama ok, tetapi blok yang berbeza di mukim yang sama. Dan paling mengharukan Pojie buat sorang². So jangan ditanya mana kawan² Pojie. Dengan rasa penat yang teramat sangat mengemas rumah dan memindahkan barang², tangan dan kaki macam nak tercabut, cam nak terputus nyawa. Allah saja yang tahu.


Apa² pun, doakan rumah kali ini "sejuk" untuk Pojie. Sesuai dan selesa sehinggalah rezeki Pojie untuk pulang ke Johor, bekerja di kampung halaman sendiri. Ataupun Pojie memiliki rumah sendiri, insyAllah. Jadi, Pojie cuba nak minta buah pendapat kalian untuk memberikan petua² memasuki rumah baru. So far Pojie ada beberapa di sini tetapi masing² agak bercanggah antara satu sama lain dan ada yang terlalu complicated, tak tau nak buat yang mana satu. Bagi sedikit petua boleh? So far yang Pojie dah ada macam di;

  1. ittutor
  2. mymatrixclub
  3. forum.cari
  4. bincang
  5. Mufti Selangor


Kawan² ada petua lain ker? Silalah kongsi. By the way kalau pojie ada buat housewarming party ada ker yang nak datang ek? Huhuh..

Hanya satu,

14 bicara yang baik hati...:

phreak-id said... Reply To This Comment

Adat la tu bila dah duduk ramai-ramai ni. Ada je yang tak sekepala. Susah. Aku dulu pun kes macam ni. Lagi la teruk, kena fitnah kat tempat kerja lagi sebab kerja sama. Dah 2-3bulan dia dok mengata kat orang baru aku tahu aku dah kena backstab. hangin la aku.

Terbaru >> 1) Thank You Nuffnang 2) Karekter Terbaru Dalam Transformers 3 - Dark Of The Moon 3) Kuey Teow Goreng Doli

JMR said... Reply To This Comment

jie, aku pon ngh mencari rumah di area dmnsara / PJ..agk pent nk deal ngn tuan2 rumah nih..

mesti pnt kan pindah rumah nih..

Call me, Eyka said... Reply To This Comment

heyyyyyy . pindah manaa? kalau sekitar subang mahu jugak datang. hehee makan free kan? :P

goodluck. hope rumah baru lagi baik dari yg sebelum ni....

Call me, Eyka said... Reply To This Comment

dah komen kan tadi?

Ben's Lutfy said... Reply To This Comment

bawak bersabar yer pojie... mmg karenah manusia berbagai ragam.. lagi2 la PLU yang jenis Mulut longkak tuh.,..

btw kuat kan hati n semangat...

DanieL AdiE said... Reply To This Comment

daniel adie nak dtg housewarming pojie bole x?

Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/1st-time-menang.html

Blog Eazy Izzuddin said... Reply To This Comment

ooo
patut la aritu msg...
;)

AJ said... Reply To This Comment

hik3..memang susah nak cari housemate yang serasi ni...takpe bro..tentu ada hikmahnya...

enyheartsdiamond said... Reply To This Comment

biasalah pojie.. eny duduk rumah dgn org2 tak sebulu lebih kurang 1 sem.. teman sebilik pun tak ajak eny bila nak pergi makan.. mcm terasa juga lah kan? huhuu.. chillex je! next sem, eny duduk dgn org lain pula :')

semoga pojie lebih bahagia di rumah baru <3

::AdyVa:: said... Reply To This Comment

hye2 pojie....
laa...dah pindah umah baru??
sapa housemate baru pojie or dok sorang2...
nnt Adyva trn KL bley la kerumah Pojie kan...(this week)..hehehe

Bg adyva la....adyva xsuka dok ramai2...cukup sekadar sorang 1 bilik...mcm umh adyva skang ada 2 bilik jer...so adyva berdua...berdua lagi senang nak memahami antara satu sama lain & kdg2 xkesah dgn satu lagi~..hehehe...itu bg adyva la x tahu la pada pendapat org lain
BTW dah 4 thn dok umh sewa yg cuma berdua jer...OK la..now new housemate pon ok~...xde masalah~...

p/s:dtg JB nnt ley stay umh i~>.heheheh
daaaaa

miss norafizan said... Reply To This Comment

hai pojie.. :) smoga smua selamat dirumah baru.. lupakan cite2 lama.. yang penting skrg u bahagia d'rumah baru! sempena thn baru 2011, jom kt buka muka surat baru hidup kt.. yg pahit2 kat umh lama jdkan pngajaran buat kt.. :) pasni kena slalu berhati2 tau! :)

Yuyu said... Reply To This Comment

sabar pojie..:)

Hezesuze said... Reply To This Comment

aduaii sory dik lately akak ko ni bizi...so pojie pindah kt mane?

Mrs Nurul said... Reply To This Comment

JAGA RUMAH BEBAIK =)