||| Tercari² |||

Wednesday, December 15, 2010

Perkara sunat dilakukan pada Hari Asyura

Salam kawan²,

Hari esok merupakan 10 Muharam 1432 Hijrah. Dan setiap hari ke 10 dalam bulan Muharam dipanggil Hari Asyura. Hari yang diraikan oleh umat Islam di seluruh dunia kerana umat Islam percaya pada hari tersebut merupakan hari yang mencatatkan banyak sejarah di dalam tamadun Islam. Pada hari tersebut, kita disunatkan melakukan kebaikan dan memperbanyakkan ibadat. 


Ada banyak perkara² yang boleh anda lakukan untuk mendapat keberkatan dan kebaikan pada Hari Asyura. Antara perkara² sunat yang boleh anda lakukan adalah:

1. Melapangkan masa dengan belanja anak isteri
Fadilat - Allah akan melapangkan hidup mereka pada tahun itu.

2. Memuliakan fakir miskin
Fadilat - Allah akan melapangkan kubur mereka nanti.

3. Menahan marah
Fadilat - Di akhirat kelak Allah s.w.t akan memasukkan mereka ke dalam golongan yang reda

4. Menunjukkan orang sesat
Fadilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hati.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi setiap rambut yang diusap.

6. Bersedekah
Fadilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti daripada kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi sunat
Fadilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun berkenaan. Lafaz niat : Sahaja aku mandi sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
Fadilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
Fadilat - Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat pada hari akhirat.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadilat - Allah akan mengampunkan dosanya walaupun berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku solat sunat Hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

12. Menjamu orang berbuka puasa
Fadilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

13. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat Hari Asyura kerana Allah Taala.
Fadilat - Diberi pahala 1,000 kali haji, 1,000 kali umrah dan 1,000 kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

P/S: Teringat bubur Asyura masa kecik² dulu. Siapa ada buat Pojie nak rasa sikit bleh???

Hanya satu,

9 bicara yang baik hati...:

Anonymous said... Reply To This Comment

thanks pojie....informasi yang berguna buat semua saudara seislam....semoga kita semua dilimpahi keberkatan dan kerahmatan dunia dan akhirat....

apezs shah said... Reply To This Comment

eh pojie.. ada puasa utk hari asyura juga ye.. tidak saya tahu pula hehe.. malunyaaaaa.. maaf!!

kadri azmi said... Reply To This Comment

tq for info..

incik mumu said... Reply To This Comment

sangat berguna..
boley pose esok neh..
alang2 esok boley pose sunat khames, niat teros pose hari asyura kan..
huhu~..

DanieL AdiE said... Reply To This Comment

thanx pojie utk entry nie..
Jom kite wat mane yg terdaya..

Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/12/1st-time-menang.html

Unknown said... Reply To This Comment

TQ atas info pojie..sok bole la nk buat bubur asyura untuk berbuka..

Pejuang Kesenian EXtreme said... Reply To This Comment

Terok betul perangai aku ni..Sebok kerja sampai tak perasan besok dah 10 muharam..hehe

mytravellicious said... Reply To This Comment

selamat beramal!

ariffin maarof said... Reply To This Comment

Salam...bagus2.berkongsi maklumat & menyebarkan perkara yang baik.kalau semua manusia di bumi ni bersikap begini.emm,alangkah indah & amannya dunia~