||| Tercari² |||

Sunday, July 11, 2010

Warna asal DORAEMON adalah kuning??!

Salam,

Baru² nih Pojie ada terbaca tentang 5 Fakta Tentang Doraemon, dan melalui penulisnya, LuthTextile, Doraemon sebenarnya berwarna kuning. Ohhh, yeke? Pernah gak perasan sebelum nih dia warna kuning, so itu warna asalnya sebelum ini. Lepas beberapa insiden, barulah dia bertukar menjadi biru, macam sekarang. Ohhh, tak percaya sila ikuti temubual bersama Doraemon nih. Sian dia...



Ohhh, baru ku tahu...

Love,

Tuesday, July 6, 2010

Kegigihan demi kecantikan. Bolehhh??!

Hye²,

Sakitnya satu badan hari ni. Sengal² sendi segala semua ada gara² pergi jogging dan workout sikit pas kerja semalam. Pojie gi kat Tasik Kelana Jaya jer, siap² tukar baju riadah, turun ofis, terus berlari ker Tasik, ok tipu. I mean drive pergi tasik dengan seorang teman sebab dia tak mau dikatakan gigih dari ofis berlari ke tasik yang hanya memakan masa 5 minit berjalan kaki tuh. Hahaha. Terpaksa kawan², demi untuk mencantikkan diri yang semakin geleber sana sini. Lagi² pula selepas turun 13kg, makan tak hengat dunia setiap kali weekend, rasa cam nak naik balik 20kg nih. Matilaaa kene sagat dengan mak bila balik kampung nanti. Raya pun tak lama lagi, nanti baju raya tak muat nanges di pagi Syawal. Hahaha.

By the way, hari ini kegigihan diteruskan juga lepas kerja. Harap berpanjangan sehingga betul² meletop seperti yang diidamkan. Lepas tuh cuma kena maintain jer sikit². Now baru realize, orang yang gemuk dan cepat naik nih, bila dah kurus, tetap kena jaga makan, mencik! So, petang ini siap la dengan pakej swimming sekali kat Kolam Renang Kelana Jaya tuh. Teringin nak swimming hari nih sambil cuci² mata dan pose² macam Kylie Minogue ;p



**larekkk!!!

Love,

Monday, July 5, 2010

Akhirnya mereka benar² hidup. Sukanya!!!

Salam,

Fuhhh, lama juga Pojie tak muncul dengan entri baru kan. Cerita pun banyak gak Pojie hutang dengan kawan². 1, 2, 3, bla blab bla bla.. Uiksss, plus minus semua ada dalam 15 cerita yang Pojie masih berhutang untuk Pojie coretkan di sini untuk tatapan teman² semua, seperti mana yang pernah Pojie janjikan dulu. Aiyoooo, bilalah Pojie dapat bagitau ek? Takpe² jangan risau, Pojie bukan seorang yang mungkir janji, Pojie akan kotakan juga. Cuma untuk kali ini Pojie nak story pasal toys, patung² permainan Pojie sudah hidup gara²

Toy Story 3



Iya, kenapa? Tak percaya? Huh, silalah percaya bahawa mereka telah hidup di dalam cerita itu. Pojie dah tengok citer nih minggu lepas bersama² seorang teman dan Pojie hampir² menitiskan airmata. Sebab apa? Sebab Pojie rindu gila nak jadi kanak² semula, which mean it absolutely impossible. Di dalam cerita nih ada beberapa permainan Pojie dan anak² patung Pojie (yer siapa cakap budak lelaki tak boleh main anak patung?) di zaman Pojie kecil² dulu dihidupkan dengan jayanya. Antara yang Pojie ingat ialah Big Baby, Barbie, Ken, Telephone. Monkey dan macam² lagilah. Hey, Pocoyo pun ada juga kan? OMG best gila, wish they really are in the real life. Kecil² dulu selalu fikir mereka benar² hidup. Huhu..

Siapa² yang belum tengok tuh silalah berbuat demikian yer. Pojie bagi 4.5bintang. Nak bagi 5bintang over la kan. Sebab cerita kali ini sarat dengan nasihat dan unsur² persahabatan, setiakawan dan kerjasama. Selain itu ada babak yang melucukan, gemira, suspen dan tak kurang sedih. Pojie hampir² menitiskan airmata masa babak di tempat pembuangan sampah tuh, nasib baik... So, saranan Pojie buat penggemar filem² Disney dan Pixar, ini salah satu buahtangan dari mereka yang tidak seharusnya anda lepaskan.

Best gila!!!

Love,

Sunday, July 4, 2010

Lagu Cari Jodoh (Wali Band) dicipilak?

Ohhhh ya kawan²..

Pojie kembali lagi. Salam hari minggu buat semua. Terkejut dengan berita ini? Erm, Pojie pun agak terkejut pada mulanya, tetapi bila difikir² balik, nih dah zaman millenium, boleh ciplak apa² jer termasuklah lagu. Info nih Pojie dapat dari teman² di Facebook juga di Twitter, diperkuatkan lagi dengan berita dan KapanLagi berkenaan dengan lagu Cari Jodoh ini. Bagi anda yang kurang familiar sama lagu ini, cuma anda dengar dahulu lagu asal dari Wali Band ini...



Dan kemudia sila anda mainkan pula lagu ciplak yang dinyanyikan semula oleh seorang penyanyi luar negara bernama Fabrizio Faniello. Sesuatu yang dibanggakan dan dalam masa yang sama juga agak kurang menyenangkan buat penulis dan penyanyi lagu asal. Katanya sudah mendapat kebenaran, ada berita mengatakan tidak. Ntah la kan, cuba dengarkan I No Can Do...



Sama bukan???

Love,

Thursday, July 1, 2010

GengBlogger ada virus? Betul ker??!



Pojie masih belum berkesempatan nak update itu ini dalam blog nih, maaf buat yang masih menanti² cerita terbaru dari Pojie. So far, tadi Pojie scan la PC segala, tup² dia keluar macam nih pada windows virus scanner tuh...



Omangaiii, GengBlogger kesayangan ramai dikira sebagai dangerous website? Iya ker? Betul ker? Kenapa ek??

Explain sikit!

Love,