||| Tercari² |||

Tuesday, February 16, 2010

P.E.R.S.O.N.A.S

Apakah itu Personas? Adakah ia kereta Persona - tidak! Petronas - tidak juga! So apa dia? Ha, meh lihat bawah nih. Kalau tak nampak, sila klik kasi besor yer!



Mungkin ada yang tak realize pasal ni (ker aku sorang baru perasan?). Masa Pojie ada connection problem sama si internet browser, Mr Mozilla Firefox ni, Pojie terpaksa uninstall dan install semula aplikasi ini di PC Pojie. Bila dah install, maka dia keluar pasal Personas [KLIK] ni. Pojie cuba try test uji, wahhh, cool beb!!! So Pojie terus pilih beberapa yang cantik dan menjadi minat Pojie sekarang adalah "Rainbow Waves".



Ada banyak lagi Personas yang u guys leh lihat dan letak hias dalam browser kamu, make sure guna Incik Mozilla si musang berapi ni yer. Kalau Internet Explorer ker, Netscape ker, sorry la tak boleh! Hehe. Cuba lihat kat bawah, antara Personas yang popular. Pojie suka gak yang "Gato Ginza" tuh, sebab ada kucing comel dengan mata turquoise. Hehehe.



Cubalah!

Love,

Monday, February 15, 2010

14 Februari 2010

Hola,

Buenos días a todos los amigos.. Gittew, speaking spanish nampak! Yela, mentang² dah dapat awek Sepanyol nih, kene la belajar sikit² kan, senang nak ngayat mak bapak dia. Ada rezeki jadi anak menantu. Wahhh, feeling nih! Tak mengapalah, kadang² Pojie nak gak berangan² kan, maafkan lah yer. Hehe.. So, semalam macam mana? U guys buat apa?



Yela semalam kan 14 Februari, bersamaan dengan hari Ahad, weekend, cuti raya Cina lagi pakej sama Valentines Day.. Pojie? Erm, Pojie dating sama buahati pengarang jantung, insan² kesayangan Pojie di Cameron Highland. Siapa? Huh, tak baca entri semalam ek? Family Pojie la siapa la lagi.. So far, pic² Pojie akan upload and share dengan kalian semua, cuma sekarang Pojie nak share pasal "hadiah" yang Pojie bagi utk mereka.

Walaupun hadiah cinta dari mereka tidak ternilai, begitu juga nilai cinta Pojie, tetapi kadangkala kita boleh meletakkan sedikit unsur² kemanisan dalam cinta itu seperti yang telah Pojie lakukan buat mereka. Pojie buat tempahan Love Chocolate di LovelyGifts buat mereka macam kat bawah nih! A bit surprise for then and watched their shinning smiles makes me HAPPY :)


Ini untuk Mak, Abah & adik²..


Ini untuk si keKASEH hatiku.. Hehe..

Cute kan? Sedap pun sedap. Planning for the next surprise for them! So apa pendapat anda? Cerita anda? Share la dengan Pojie..

Love,

Sunday, February 14, 2010

||| Happy Chinese New Year & Happy Valentine's Day|||

Salam 1 Malaysia,

Sempena Tahun Baru Cina ini, Pojie ingin mengucapkan HAPPY CHINESE NEW YEAR buat semua warganegara Malaysia terutamanya yang berbangsa Tionghua... Kalau nak bagi angpow tuh, Pojie amat²lah menantikannya sekian lama.. Hehehe..



Dan macam biasa setiap lai perayaan ini, Pojie dan family akan bercuti² Malaysia. Kalau selama ini kami kerap ke Terengganu atau Kelantan, tetapi kali ini kami berubah angin pula. Bosan tiap² tahun merasa angin pantai, sekarang nak juga merasa angin di perbukitan. Hehehe.. Dan tempat yang akan kami lawati adalah...



Cameron Highlands! 1st time nih tau! Seronok sangat!! Nak feeling² oversea pun boleh. Jangan marah. Time² entri nih di-publish, Pojie maybe tengah bersuka ria dengan adik² buat photoshot. Heheh.. So, selamat bercuti buat semua. Kalau balik kampung tuh hati² tau! Adios!!!

Ooops, tak dilupakan juga, untuk yang sedang dilamun cinta, ataupun bercinta bersama ibu, ayah serta keluarga, Pojie mengucapkan...



Ingat, sayang itu bukan hanya pada kekasih, tetapi juga pada yang Esa dan Rasulullah seterusnya ahli keluarga. Tak salahkan meraikan hari ini bersama² insan² yang tercinta. Dan yang penting, kasih sayang bukan hanya perlu ditunjukkan hari ini sahaja, tetapi setiap hari...

P/S: Nak kutip buah strawberi banyak² then nak celup dalam coklat. Sedapnyerr makan segar² coklat strawberi ;)

Love,

Saturday, February 13, 2010

Siapa nama dia SARAH??! Jaga kau!!!

Apa kes pepagi Sabtu yang hening nih tetiba Pojie mengamuk nak cari insan bersama Sarah? Siapa Sarah? Siti Sarah? Sarah Raisuddin (eh, orang yang sama)? Sarah Sandha (eh, silap eja)? Ohhh, Sarah yang ada blog la! Awat marah sama dia? Sebab ini yer adik²...



Anda nampak? Jelas? Tak nampak 3 Jumaat lagi tuh! Hahaha! Pojie tak marah pun, cuma nak tergelak. Agak si Sarah ni celah mana dia nampak Pojie nih muka perempuan sampai sanggup dia panggil Pojie dengan panggilan "sis"? Nama pun dah Pojie. Pooh pulak jantan. Dah sah² la PojiePooh ni lelaki kan! Cik Sarah sila jawab...

*mode gelak guling²*

Love,

Friday, February 12, 2010

Jaga-jaga Cik Salmah!



Nampak atas tuh? Sokmo la kawan² Pojie berbual di YM dengan bahasa² antarabangsa sekarang nih! Pojie pasti kawan² anda di YM pun macam tuh jugak kann. Keluar Tagalog la, Burmese la, Tamil segala bahasa juga keluar. Ha... Jaga² yer kawan². Bukan hanya kepada Cik Salmah, tetapi kepada semua teman² Pojie, usah la korang sibuk² nak klik² link yang ada. Itu adalah VIRUS! Ada faham??!

Apa yang boleh anda lakukan adalah, alert kawan (yang send mesej) tuh, bagitahu dia pasal keadaan ini (bagi mengelakkan dia blur² keledek) dan nasihat beliau untuk;
  1. Scan PC, or format terus.
  2. Change password.

InsyAllah tiada lagi kelas bahasa antarabangsa di YM anda. Kalau kawan² yang kene tegur tuh, usah la buat blur². Anda memang tidak menyedari keadaan ini, di mana YM anda yang telah dijangkiti virus akan menghantar mesej "keamanan dunia" ini kepada kawan² yang lain, tetapi cepat² la buat tindakan seperti di atas.

Peace no war :)


Love,