||| Tercari² |||

Loading...

Wednesday, May 11, 2011

KOLONY; infeksi yang sedang menyerang #))K((

Salam kawan²,

Korang ingat lagi tak pasal simbol sana sini suatu ketika dulu yang heboh diperkatakan? Rupa²nya ia adalah Kolony, projek terbaru dari Celcom ok. Nice kan Kolony nih korang boleh melayari www.kolony.com.my yang sesungguhnya dicipta untuk rangkaian sosial secara SMS! Kira Pojie antara insan yang layak join Kolony nih.

Untuk memulakan aktiviti Kolony korang tuh cuma taip KOLONY hantar ke 25333. (hanya untuk pelanggan Xpax, U.O.X., S.O.X. dan Celcom saja tau!). Bila dah dapat nickname korang tuh, maka bolehlah mula bersosial di dalam komuniti Kolony tersebut dengan menaip;
DING – Kalau nak borak² dengan kawan² korang (hantar KDING ke 25333)
BOMM – Kalau ada benda² best yang korang nak kongsi(hantar KBOMM ke 25333)
FREN - Kalau korang nak tambah kawan² dalam kolony (hantar KFREN ke 25333)
POPP – Ni pula kalau korang berminat nak tinggalkan komen (hantar KPOPP ke 25333)
KHELP - Kalau korang rasa tak tak faham (hantar KHELP ke 25333)

Apa² pun korang memerlukan KOINZ untuk membolehkan korang menyertai aktiviti Kolony seperti di atas itu tadi. Macam mana nak earn KOINZ? Senang jer, korang hanya perlu membuat panggilan ke semua NEW XPAX PLAN! Dengan setiap panggilan akan membolehkan anda mendapat KOINZ untuk sentiasa berhubungan di dalam Kolony.
 
Panggilan 1 – 5 dalam sehari = FREE 10 KOINZ setiap panggilan.
Panggilan ke 6 dan seterusnya dalam sehari = FREE 20 KOINZ setiap panggilan
FREE KOINZ akan diberikan dikeesokkan harinya.

Ataupun korang boleh membeli KOINZ:
RM0.30 = 10Koinz
RM1.50 = 50Koinz
RM3.00 = 100Koinz 

Selain itu juga dengan New Xpax Plan korang akan menerima kadar yang rendah untuk panggilan cuma 28sen/10min (ke rangkaian Celcom) dan 28sen/5min (ke rangkaian lain). SMS pula pada kadar 1sen/SMS (ke rangkaian Celcom) dan 5sen/SMS (ke rangkaian lain).



Apa lagi, cepat² pergi ke mana² cawangan Blue Cube atau Celcom untuk mendapatkan New Xpax Plan dan nikmati kadar penjimatan yang hebat ini. Untuk informasi yang lebih lanjut sila layari http://www.xpax.com.my/new_plan.html .


Hanya satu,


Nak dating dengan @LuthfiMY @eeri_jeremiah @Azfarul @UmarChong dan @innzninety!!!

Salam kawan²..

Hari ini genaplah sebulan dinner treat offer Pojie kat kawan² dan pembaca² semua. Penyertaan sudah ditutup. Walaupun sambutan amat menyedihkan, tapi tak mengapalah memudahkan kerja Pojie sebab 5 pembaca bertuah yang diperlukan dan Pojie hanya menerima 4 penyertaan jer, makanya semua memang sangat² bertuah dan akan menerima belanja makan² dengan Pojie Oh, ini bukanlah contest, tapi kind of giveaway la kot. So, tahniah Pojie ucapkan buat;


"Happy birthday! Saya suka membaca blog Pojiepooh kerana blog Pojiepooh Abdullah ada macam macam cerita personal yang menarik. Berbanding dulu, blog Pojiepooh; Hanya Satu semakin mantap. Keep it up!"


"Saya suka membaca blog Pojiepooh kerana saya x mampu nak buat video yg meletop dan hyperactive mcm pojie dalam video untuk kontest nieh.. dan yang paling penting.. saya rasa saya SANGAT comel dan HOT dalam photo nieh... serta saya menepati syarat2 yang dinyatakan pojie seperti pose paling comel yang berlatarbelakangkan header blog Pojiepooh yang terbaru ini.... sayang pojie!!!!! muah!!!!!"

"sempena ulangtahun penongkahan usia Pojiepooh Abdullah tersayang; "saya suka membaca blog pojiepooh kerana saya jarang melihatnya in personal. mampu menatap blog nya sahaja." *boleh tak slogan camtu?* ;)"



"saya suka membaca blog PojiePooh kerana entri nya yang santai santai macam tengah duduk tepi pantai , tak berat dannnn saya memang dari dulu lagi baca blog ni . haaa kann. walaupun tak hari hari masuk blog ni tapi bila ada update keluar kat dashboard , saya akan terjah . okayy , skema sudahh karangan ku . harap abang pojie terima . eh eh abang pojie ingat innz lagi tak eh ? =)"

Terima kasih banyak² kepada kalian semua yang sudi merendahkan diri join offer Pojie nih. Masih ada yang membaca blog Pojie tatkala Pojie selalu berfikir no one cares. Oh ya, kan ada kosong 1 tempat lagi kan? Tempat ini Pojie khaskan buat pembaca/ follower blog Pojie yang ke 600 iaitu @UmarChong (http://umarchong.blogspot.com), memandangkan beliau teman yang selalu mencarut² kat Twitter dengan Pojie yang payah sangat nak jumpa, sangat #bajetretis maka Pojie mengambil peluang ini untuk bersua muka dengan beliau, itu pun kalau dia sudi menerima perlawaan Pojie tuh. Kalau tidak nak buat macam mana kan kan kann.

Apapun buat pembaca² bertuah di atas, Pojie meminta jasa baik tuan hamba semua untuk DM/ PM Pojie your contact number and email secapat mungkin. Pojie akan cuba untuk arrange masa agar dapat kita makan² tak kisah la breakfast ker, lunch ker, dinner ker bersama². Memandangkan sekarang nih Pojie sangat² busy dengan latihan Citrawarna, ke Sabah, dengan part-time sana sini, I'll try to make it for you guys. Kalau tak dapat jumpa serentak, sorang2 pun jadiklah kan. Candle light dinner pun jadiklah, mau? Haha. Oklah mau bersiap², flight malam kang. Jadi buat kawan² semua...

take care :)

Hanya satu,


Monday, May 9, 2011

Kumar; the funniest stand up comedian ever!

Salam kawan²,

Apa khabar semua... Ada sihat? Amacam weekend baru² nih? Enjoy your weekend? Mesti ramai yang rasa malas nak pergi kerja, monday blues katanya kan. Takpe², kalau korang rasa nak up kan mood korang yang tengah kureng, meh layan video² yang best yang ingin Pojie kongsikan dengan korang semua. Video seorang pelawak terkenal di Singapore bernama Kumar. Korang abaikan sifat transgender, transeksual dan crossdressing beliau, tapi ambil hiburan yang disampaikan. Agak panas dan pedas, tapi mengancam, ala² sambal belacan gituh!









Dah habis loading? Dah habis play video² tuh? Amacam? Sakit perut? Sakit rahang? Ada yang bergelak sampai terkincit, tercirit? Hahah. Pojie layan video nih tak pernah miss tergelak² macam orang gila. Satu opis tengok satu opis macam kat hospital gila. Hahah! Memang tidak dinafikan ia agak pedas apabila dia menyentuh pasal kaum dan Malaysia, tapi dia pukul sama rata, sekadar hiburan. Ada juga kebenaran disebaliknya.

Actually ada banyak lagi video best² dari show Kumar nih. Korang boleh search sendiri kat Youtube. Memang lawak habis. Kalau dia masuk Maharaja Lawak sure kene jentik habis tersungkur peserta² tuh kan! Rasanya kalau dia masuk Malaysia, mesti banyak lawak² dia akan di-sensor-kan, paling menyedihkan kene masuk ISA. Hahah. Apa-apa pun...

Layan!!!

Hanya satu,

Saturday, May 7, 2011

She is my number 1...

When you feel you are alone in the crowd,
When you think no one can understand you,
When your love is rejected by others,
And when you hate your life,
Just close your eyes and see, her face...
Who loves you more than anyone else,
Who care for you in loneliness and dies when you cry.
She is the one, your sweet loving mother...


Love your mom first, always and forever.. 
Happy Mother Day!! ^_^

P/S: I love you and miss you so much Mak Ramlah, Ibu Suzana, Mama Zainab!!!

Love,

Tuesday, May 3, 2011

Mau yang panjang atau yang pendek? Mau yang besar atau yang kecil?? (18SX)

Salam,

Amboi kemain laju lagi korang klik kan dengar panjang pendek, besar kecil segala nih. Dasar pervert! **matila carut readers, ahaks. Actually Pojie tiada apa² idea nak berkongsi dengan kawan. Nak berkongsi rezeki pun dah tiada rezeki. Cuma Pojie nak berkongsi satu video yang selalu Pojie tengok time² tengah bosan atau berduka. Tengok video nih boleh tergelak² sampai terkincitlah kata orang. Ketawa penawar duka katanya kann. Sesuai untuk korang yang dalam mood Monday Blues nih kan, walaupun hari ni Selasa (sebab semalam cuti). Jadi meh saksikan...


Ok, amacam sudah terhibur? Ada yang sudah terkincit? Hahah. Ada banyak lagi video² showgilr yang lawak² di Youtube dan ia hanyalah sekadar hiburan menceriakan hari anda. Janganlah dikeji dan dikutuk "wanita" itu, beliau sekadar menjadi penghibur di kelab malam. At least dia buat semua orang gembira kann kann! Oklah, jangan sedih²..

Happy always!!!

Hanya satu,