Iaitulah ilmu yang memberi faedah
Aku hendak bertutur
Akan gurindam yang beratur"
Pojie xsangka rupa²nya gurindam ni benar² dicipta oleh insan yang berpengaruh dalam sejarah Melayu kita iaitu Raja Ali Haji. Hal ini dikuatkan ngan lagi ngan citer² yang Kasih bgtau Pojie (fyi, dia nih minat sejarah, info tiptop di hujung jari, so tanya jer apa² pada dia mesti leh jwb ngan jayanyer!). So surf la internet, guna kemudahan apa yang ada (since malas wat study kat National Library, hehehe). So inilah antara info yang Pojie nak kongsi ngan kwn² sumer. Uiks, blom apa² sudah ada yang sangap??! Jgn mcm tuh, bacalah gurindam nih slow² dan jadikan pedoman dlm idup, tentu sgt bermakna...
Gurindam I
Ini gurindam pasal yang pertama:
Barang siapa  tiada memegang agama,
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang  siapa mengenal yang empat,
maka ia itulah orang yang ma'rifat
Barang siapa  mengenal Allah,
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa  mengenal diri,
maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri.
Barang siapa  mengenal dunia,
tahulah ia barang yang teperdaya.
Barang siapa mengenal  akhirat,
tahulah Ia dunia mudarat.
Gurindam II
Ini gurindam pasal yang kedua:
Barang siapa  mengenal yang tersebut,
tahulah ia makna takut.
Barang siapa meninggalkan  sembahyang,
seperti rumah tiada bertiang.
Barang siapa meninggalkan  puasa,
tidaklah mendapat dua termasa.
Barang siapa meninggalkan  zakat,
tiadalah hartanya beroleh berkat.
Barang siapa meninggalkan  haji,
tiadalah ia menyempurnakan janji.
Gurindam III
Ini gurindam pasal yang ketiga:
Apabila  terpelihara mata,
sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara  kuping,
khabar yang jahat tiadaiah damping.
Apabila terpelihara  lidah,
niscaya dapat daripadanya paedah.
Bersungguh-sungguh engkau  memeliharakan tangan,
daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut  terlalu penuh,
keluarlah fi'il yang tiada senunuh.
Anggota tengah  hendaklah ingat,
di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah  peliharakan kaki,
daripada berjaian yang membawa rugi.
Gurindam IV
Ini gurindam pasal yang keempat:
Hail kerajaan  di daiam tubuh,
jikalau lalim segala anggotapun rubuh.
Apabila dengki  sudah bertanah,
datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan  memuji hendaklah pikir,
di situlah banyak orang yang  tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
nanti hilang akal di  kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
boleh diumpamakan mulutnya itu  pekong.
Tanda orang yang amat celaka,
aib dirinya tiada ia  sangka.
Bakhil jangan diberi singgah,
itupun perampok yang amat  gagah.
Barang siapa yang sudah besar,
janganlah kelakuannya membuat  kasar.
Barang siapa perkataan kotor,
mulutnya itu umpama ketur2.
Di  mana tahu salah diri,
jika tidak orang lain yang berperi.
Gurindam V
Ini gurindam pasal yang kelima:
Jika hendak  mengenai orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa,
Jika hendak  mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika  hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak  mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika  hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika  hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan  orang ramai.
Gurindam VI
Ini gurindam pasal yang keenam:
Cahari olehmu  akan sahabat,
yang boleh dijadikan obat.
Cahari olehmu akan guru,
yang  boleh tahukan tiap seteru.
Cahari olehmu akan isteri,
yang boleh  dimenyerahkan diri.
Cahari olehmu akan kawan,
pilih segala orang yang  setiawan.
Cahari olehmu akan abdi,
yang ada baik sedikit budi,
Gurindam VII
Ini Gurindam pasal yang ketujuh:
Apabila banyak  berkata-kata,
di situlah jalan masuk dusta.
Apabila banyak  berlebih-lebihan suka,
itulah landa hampirkan duka.
Apabila kita kurang  siasat,
itulah tanda pekerjaan hendak sesat.
Apabila anak tidak  dilatih,
I'ika besar bapanya letih.
Apabila banyak mencela  orang,
itulah tanda dirinya kurang.
Apabila orang yang banyak  tidur,
sia-sia sahajalah umur.
Apabila mendengar akan  khabar,
menerimanya itu hendaklah sabar.
Apabila menengar akan  aduan,
membicarakannya itu hendaklah cemburuan.
Apabila perkataan yang  lemah-lembut,
lekaslah segala orang mengikut.
Apabila perkataan yang amat  kasar,
lekaslah orang sekalian gusar.
Apabila pekerjaan yang amat  benar,
tidak boleh orang berbuat onar.
Gurindam VIII
Ini gurindam pasal yang kedelapan:
Barang siapa  khianat akan dirinya,
apalagi kepada lainnya.
Kepada dirinya ia  aniaya,
orang itu jangan engkau percaya.
Lidah yang suka membenarkan  dirinya,
daripada yang lain dapat kesalahannya.
Daripada memuji diri  hendaklah sabar,
biar dan pada orang datangnya khabar.
Orang yang suka  menampakkan jasa,
setengah daripada syarik mengaku kuasa.
Kejahatan diri  sembunyikan,
kebalikan diri diamkan.
Keaiban orang jangan  dibuka,
keaiban diri hendaklah sangka.
Gurindam IX
Ini gurindam pasal yang kesembilan:
Tahu pekerjaan  tak baik,
tetapi dikerjakan,
bukannya manusia yaituiah  syaitan.
Kejahatan seorang perempuan tua,
itulah iblis punya  penggawa.
Kepada segaia hamba-hamba raja,
di situlah syaitan tempatnya  manja.
Kebanyakan orang yang muda-muda,
di situlah syaitan tempat  berkuda.
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan,
di situlah syaitan punya  jamuan.
Adapun orang tua yang hemat,
syaitan tak suka membuat  sahabat
Jika orang muda kuat berguru,
dengan syaitan jadi  berseteru.
Gurindam X
Ini gurindam pasal yang kesepuluh:
Dengan bapa  jangan durhaka,
supaya Allah tidak murka.
Dengan ibu hendaklah  hormat,
supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
supaya  boleh naik ke tengah balai.
Dengan isteri dan gundik janganlah  alpa,
supaya kemaluan jangan menerpa.
Dengan kawan hendaklah adil supaya  tangannya jadi kafill.
Gurindam XI
Ini gurindam pasal yang kesebelas:
Hendaklah  berjasa,
kepada yang sebangsa.
Hendaklah jadi kepala,
buang perangai  yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat.
Hendak  marah,
dahulukan hajat.
Hendak dimulai,
jangan melalui.
Hendak  ramai,
murahkan perangai.
Gurindam XII
Ini gurindam pasal yang kedua belas:
Raja muafakat  dengan menteri,
seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada  raja,
tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,
tanda raja  beroleh anayat.
Kasihan orang yang berilmu,
tanda rahmat atas  dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
tanda mengenal kasa dan  cindai.
Ingatkan dirinya mati,
itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu  terlalu nyata,
kepada hati yang tidak buta.
Raja Ali Haji merupakan tokoh penting di dunia Melayu kerana pengaruh pemikirannya terhadap perkembangan dunia Melayu melaui karya sastera dan lain-lain yang kini dijadikan bahan rujukan. Beliau juga merupakan ulama yang berpengaruh terhadap wacana dan tradisi pemikiran di dunia Melayu. Beliau merupakan salah satu tokoh Melayu yang pemikiran-pemikirannya baik dalam bidang keagamaan, kebahasaan, kesusasteraan, hukum dan politik sangat berpengaruh terhadap perkembangan peradaban Melayu. Paparan yang berguna untuk menjadikan beliau sebagai manhaj/method dalam berfikir untuk pembangunan peradaban manusia yang lebih baik.
 


 
 
0 bicara yang baik hati...:
Post a Comment