||| Tercari² |||

Tuesday, March 16, 2010

Amarah CTKD (klip video MELETOP)


Hoho, gumbira sungguh hati ini. Sebab apa? Sebab rasanya Pojie adalah insan pertama yang publish klip video Amarah oleh CTKD (selepas seorang teman di FB). Wahahaha, vangga²! Pojie amat suka kannya. For sure guna team Indonesia kan. Tak mengapalah, janji klip video artis kita cantik, bukan caca merba dan tangkap muat. So layan...

 

Apa komen anda?

P/S: Motif DSN diberikan watak soft dan KD agak edgy? Menantikan "Jika Kau Tak Datang", hope lagi attitude!

Love,

Meletop ker Pojie??!

Bak kata Abg eQ, saya bukan sombong, begitu jugalah dengan Pojie. Pojie tak pernah sombong walaupun ramai di antara kalian memang jenis yang sombong dan bangga diri. Dah kenal Pojie pun, berkali² add kamu ignore. Tetapi Pojie bukan seperti itu. Anda yang mengenali Pojie up-close and personal, pasti mengetahui Pojie ni macam mana. Pojie hanya akan sombong dan kekwat kepada orang² yang kekwat sama Pojie. Peduli la apa orang nak kata Pojie lepas tu. Hanya Pojie yang mengerti.


Ini adalah bilangan terkini setelah di-ignore dalam 
7 orang pada 15 Mac 2010, 3.35pm. 
Percaya tak, pernah mencecah 103 friend requests ok!

Tetapi berlainan bagi kes di atas. Orang nak berkawan tetapi Pojie ignore, buat dek jer, kekwat. Maaf yer kawan². Pojie penat la nak mencari kawan² nanti bila dah seribu lebih friends dalam friend list FB tuh. Tatkala itu bukan semuanya Pojie kenal. Ada yang kekwat, so dalam proses nak delete. Siaplah kamu! Tetapi mana yang ada add dan bagi personal mesej, cakap ini readers PoJiePooH ker, kenal masa gathering ker, nak kenal dengan lebih rapat ker, saya ni kawan kepada si Polan ker, surely Pojie akan approve. Sebab dah kenal, dah berborak, bertentang mata dan yang pasti nak add sebab memang niat nak berkawan. Make sense right?


1,078 friends. Kau giler? Kenal pun tidak!

Lagi 1, Pojie tak mau la ramai kawan dalam list, tapi semuanya tak pernah menegur. Mesej di wall pun tak pernah reply. Jumpa kat luar pun buat bodoh. Paling tak boleh blah, bila mereka nak main add²sebab nak compete sama kawan, tengok siapa lagi cool sebab ramai kawan dalam FB. Blah la woi!!! Ko ingat ini pertandingan kira kacang dalam botol ker woi??! Ker ko ingat ini permainan lawan² pemadam ker, siapa menang dia banyak pemadam??! Sigh.

Lagi pun Pojie bukan artis, tak la popular pun, meletop apatah lagi. Hot tu ada lah (uweekkk). Jadi motif nak add Pojie? Paling pelik lagi kalau memaparkan pic Pojie yang tak berapa nak hensem tuh, berduyun yang mau add. Nak letak pic lubang hidung jela boleh tak? Yang pasti Pojie akan cuba approve mereka semua, sebab mungkin ada di antara mereka yang memang ikhlas nak berkawan sama Pojie, why not? Tapi Pojie akan bagi warning, "Thanks for the add. Keep in touch dan jangan sombong², Pojie delete nanti!". Zalim tak? Nope! Dah warning awal² ok! Pojie tak mahulah jadi sesetengah orang sampai ada 2nd account, sebab apa? Sebab 1st account dah sampai friend limit dia, 5k! Ko giler? Tatkala itu, kawan² komen dan mesej², haram ko nak reply kan. Hak tuih!!! One more thing, I won't add any of the request yang letak pic bukan². Pic lucah la, pic artis la, pic kucing la, pendek kata bukan pic wajah sendiri. Memang Pojie ignore terus, kalau takut sangat Pojie akan block. Unless Pojie kenal siapa orang itu.

P/S: Sila tinggalkan mesej anda semasa mau add jika anda benar² berniat mahu mengenali dan berkawan sama Pojie. If not, IGNORE sajalah. Malas fikir.

Love,

Bila Gomen Sibuk Nak Online!


Alahai macam mana ni kawan².. Setelah KPLI, now Pojie ingin mencuba nasib untuk apply DPLI pulak. Tapi kan since Pojie beli pin no dia kat BSN, sampai sekarang Pojie masih tak boleh nak apply. Macam mana nih? Dah la hari nih last day! 





Tak ker kamu hangen kalau terpaksa mengulang step dia atas tetapi dia boleh keluar error bodoh macam tu? Sekali dua tak mengapa, tetapi berkali². Buta sangat ker mata aku nih sampai dah tak reti nak masukkan "capctha" dengan betul? Last week dapat buat 1 page, dia kembali ke page asal, then key in balik details² tuh semua. Cam lahanat kan!!

Itulah, gomen. Serba serbi lembap! Service lembap, wajah pegawai² dan kerani cabuk cam spender lembap, la nih kunun² nak advance jugak la buat application online segala, lembap jugak aku tengok! Server dia orang tua² yang jaga ker? Tahun bila nih? Tatkala call talian dia yang "hubungi kami", umpama main basket ball, main pas² line, hujung² hang up, kannn!!! Naik hantu betul aku.

Anyone can advise me? Ada yang suruh try tengah² malam or pagi² buta. Sama jer sengal dia! Hai, lah! Bila orang cakap oang² gomen serta service cam siput, mau melenting. 

Lu pikir la sendiri!!!

Love,


Monday, March 15, 2010

Bukan Tak Sudi, Tetapi Tak Minat!



Masih berkisar kisah sombong dan kekwat. Pojie tak marah pun, cuma nak membetulkan keadaan yang sebenar. Pojie tak terkilan andai ada yang menganggap Pojie sedemikian rupa. Mungkin kerana pembawaan diri Pojie juga, maafkanlah Pojie. Ada beberapa orang komen, Pojie tak pernah nak follow blog mereka yang telah follow Pojie. Macam yang pernah blogger² lain pernah kompangkan sebelum ini, kita tak boleh paksa orang follow blog kita. Bak kata Melz, jadi follower untuk apa? Tak perlu sentap kalau orang tak follow blog kita. 

Apabila seseorang berminat untuk mengikuti perkembangan blog itu, pasti dia akan follow, jika tak berminat, maaflah yer. Bukan semua content yang dicatatkan dalam blog setiap blogger digemari oleh semua orang. Macam Pojie, ada follow beberapa blog ini, tetapi memandangkan content dia Pojie kurang berminat, apatah lagi menambah dosa mengumpat, Pojie remove dari following list Pojie. Ada juga yang Pojie follow blog seorang blogger ini, suka baca tulisan dia, tetapi isi kandungan PoJiePooH tidak berapa mantap, dia tak jadi follower Pojie, tak mengapa Pojie mengerti. Yang penting di sini, kita perlulah mengambil inisiatif untuk membuat entri kita digemari pembaca, bukan syok sendiri jer. Jadi, sekali gus mereka akan berminat untuk follow dan mengikuti perkembangan blog kita..

Peace NO War ('_')V

P/S: Terima kasih banyak² atas follower PoJiePooH yang betul² follow kisah Pojie dan komen², terharu sangat! Tapi ada juga konsep follow² tapi never nak update dengan story Pojie, what can I say...

Love,

Kisah MTeST dan Teater Bangsawan

Salam Isnin buat semua..

Apa macam hari ni? Monday Blues? Pojie hari ni tak tau nak kategorikan sebagai Monday Blues atau tidak. Sepatutnya minggu ini masuk kerja syif petang, tapi datang pagi². Sangat gigih kan. Itu bukan gigih yer adik², itu TINTONG namanya! Tak mengapalah, ada la kesempatan untuk Pojie update blog Pojie sekejap nih. Hehe..

Hujung minggu yang lalu, hari Sabtu, Pojie pergi la menghadiri ujian KPLI iaitu MTeST. Agak terlambat, tetapi penampilan harus tetap perlu dijaga (Hajat di hati nak jadi cikgu kan. Kawan² doa²kanlah Pojie yer untuk menjadi seorang pendidik). Ada sesiapa yang ambil? Apa macam? Ada yang nak nangis tak? Especially untuk soalan analitikal. Sangat kritikal. Huhu. Apa² pun all the best untuk kalian dan juga Pojie.

Muka bakal cikgu. InsyAllah..
 Cerita kedua, hari Ahad, Pojie join kanda² Pojie pergi KLSentral untuk ke ujibakat Worldstar Champion, Joruney to Hollywood. Yang pernah Deja Moss menang tuh. Kami tak mengambil bahagian pun. Pojie?!! Tak kuasalah, zaman² gila nak jadi artis sudah berlalu. Pojie hanya join kanda² Pojie bagi moral support kat teman² artis dia. Pojie bukan kenal pun, tak reti lah nak berkawan sama² artis nih. Kekwat tak??! Haha. Bukan kekwat, tapi Pojie segan la nak tergedik² bersalam n bergambar sana sini dengan artis. Silap² artis tuh pun rasa rimas dengan ko. Macam sorang nih, saper tak tahu!

Tengok ada budak kekwat di sana. Cantik ker? Haha!
Malas la cerita pasal ini banyak². Cuma Pojie nak mengucapkan tahniah buat seorang blogger; Iena Rihana dan team² bangsawan beliau, Melati Pujaan Tumasek, yang telah tamat semalam. Beliau memegang watak Mak Inang. Alahai kecik jer Mak Inang dia. Bunga dah besor kepala. Yang pasti part melatah itu original, bukan lakonan, kan Iena! Best cerita tuh walaupun Pojie tengok dah tak penuh panggung macam dulu². Adakah sebab cerita ini tak pernah di dengar sebelum ini? Atau tiada pelakon² popular? Atau pun sebab dikenakan bayaran RM5 yang akan disumbangkan ke badan² bangsawan? Ntah la. 

Iena Rihana; Mak Inang cinonet!
Yang pasti, tahun ini Pojie dapat rasakan kesuraman itu memandang tahun ini pengisian dia agak kurang. Bukan kurang dari segi kuantiti persembahan, tetapi dari segi cerita² dan pelakon² yang akan menghiasi Panggung Bandaraya. Lihat sajalah persembahan yang akan berlangsung sepanjang tahun ini. Pojie akan cuba dapatkan copy yang lebih jelas. Apa² pun, Pojie akan tetap meneruskan aktiviti ini.

Semarak Bangsawan 2010

Love,