||| Tercari² |||

Monday, August 15, 2011

Orang berbudi, kita berbahasa...

Salam,

Halo halo halo... Hari tok Kak Lehot mok inggar!!!


Eh, silap siaran. Kak Lehot, turn kau belum keluar nanti aku bagi ko enterprem nanti² kang. Sabor yer. Arini Pojie nak story dengan kawan² pasal budi bahasa. Yer tau kan pasal budi bahasa? Semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama mesti tahu apa itu budi bahasa. Penat jer Mak Iti (read: Siti Nurhaliza) ko merakamkan lagu terpekik terlolong nak menyanyikan lagu ciptaan Pak Ngah nih, bukan saja². Bersama² dengan kementerian nak memupuk sifat berbudi bahasa di kalangan rakyat Malaysia. Beratus ribu kementerian melabur membuat Kempen Budi Bahasa korang tau tak? Tapi masih ada yang masih tak reti nak berbudi bahasa. Kalau menyanyi lagu bukan main lagi, berjoget² bagai, nak mengamalnya adoo! Kenapa Pojie cakap macam tuh? Meh sini Pojie memberikan sedikit cerita dan situasi untuk dikongsikan bersama² anda.


1. Senyum, "Terima Kasih" dan "Maaf".

Yer, senyum. Simple jer  yer senyum tuh. Tak guna kalau kau keluar duit beribu² nak kasi suntik bibir nampak cantik cam Angelina Jolie, ataupun Kilafairy tapi senyuman haram ko tak reti memberikan kepada orang. Lebih² lagi kepada orang yang berkerja di kaunter², tak kisah la kaunter tol ker, kaunter bayaran ker, kaunter saman ker. Usah kata nak cakap terima kasih, nak senyum pun muka ketat macam muka cekodok basi. Time² puasa lagilah pulak. Penat kononnya, masam mencuka. Kalau kaunter² agnesi kerajaan lagilah pulak. Dia fikir dia keje gomen, ada elaun berlambak, ada pencen, ada duit raya segala nak kerek la. Selalunya staff² kertu, dia feeling diva sikit, perasan tak? Penat jer si Najwa dengan Malique buat lagu Senyum tuh, harammm! Tak kene bayar pun senyum tuh, tak kene tax pun, murah rezeki adalah! Senyum itukan sedekah. Sambil tuh cakaplah, terima kasih. Tak ke sejuk hati orang mendengarnya. Andai ada yang kurang berkenan, cakap baik² dan dimulakan dengan perkataan "maaf", tak salah kan..

2. Yang tua dihormati, yang muda disayangi.


Pernah dengar kan ayat di atas. Yer uols, kalau dengan orang tua tak kisah la mak bapak sendiri ker, pakcik, hatta abang² dan senior² di sekolah dan tempat kerja wajarlah kita hormati. Kalau ada sebarang percanggahan pendapat, kita cakap molek² dengan sesopan mungkin. Yang tua pulak janganlah nak kekwat² sangat dengan budak² muda. Budak² muda biasalah darah panas. Kalau ada salah silap janganlah nak dimaki hamun, nasihat baik², ajak dia ke arah kebaikan bukan disisihkan. Kita hidup berkeluarga, bermasyarakat betul tak? Kalau dengan ibubapa tuh memang wajib kita hormati. Kita kasari ke neraka jahanamlah tempat kita di akhirat nanti. Yang tua pun, janganlah fikir selalunya betul, kadang² perlu juga fikirkan idea dan komen orang² muda nih.


3. Menjaga lidah dan perangai.
Yelah kita sebagai manusia kadang² tidak lepas dari berkata² yang tidak berfaedah. Kalau di Facebook dan Twitter tuh luah saja segala perasaan tak puas hati tuh tanpa melihat kiri kanan. Memang kita ada hak untuk bersuara, nak berkata² biarlah berpada², jangan sampai ada yang terasa. Nasihat untuk diri sendiri juga, selalu cakap lepas sampai ada yang menjeruk hati. Tak salah kalau kita nak melepaskan apa yang terbuku di dalam hati kita, tapi biarlah dengan kata² yang lebih sopan dan berhemah. Orang baca dan mendengar pun dia terpukul dan sedar diri. Kata orang ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak. Kita luahkanlah apa yang terpendam, tapi dalam masa yang sama mesej kita sampai tanpa melukai hati sesiapa. Perangai kita pun perlulah molek. tak kisah la siapa kita, apa darjat, status dan kedudukan kita, dari keturunan mana kita, kita perlu sentiasa beringat, kita hanyalah manusia biasa, lebih² lagi di sisi Allah. Ditoreh tangan, merah juga darah yang keluar. Jangan nak feeling² Mahsuri. Hanya iman dan takwa saja membezakan kita pada-Nya. Jadi perangai tuh biarlah rupa orang, jangan buat perkara² yang tidak senonoh. Kalau nak buat juga cover² sikit, jangan sampai orang mengata. Fikir dulu sebelum bicara dan berbuat sesuatu perkara dari menyesal di kemudian hari.

"Diam itu lebih baik dari berkata²"

 4. Harta awam dan persendirian.


Pernah dengar tak orang cakap, "jangan buat harta macam mak bapak kau yang punya!"? Mungkin kedengaran agak kasar di situ, tapi itulah untuk kita fikirkan. Tak payah lihat jauh², pandang kiri kanan jer, kerajaan sediakan kemudahan sana sini ada jer yang gatal tangan nak mencontenglah, menampak iklan ah long la. Please! Itu semua perbuatan biadap ok. Orang beri kemudahan, tapi kita merosakkannya. Samalah juga kalau ada harta benda kita yang kita pinjamkan dengan kawan², kadang kala dibuatnya macam harta sendiri. Dipulangkan dengan keadaan yang tidak sesempuran yang diberi. Sentap! Lepas tu kalau kene carut balik jangan nak marah yer. Tapi berbalik kepada item no. 3 tuh, cara berhemah. Dan yang menggunakan tuh perlulah berbuat item no. 1 tuh, jangan lupa. Kalau meminjam baju ker, kereta orang ker, janganlah dilenjan macam harta sendiri. Ingat tuh!

5. Menumpang dan meminta bantuan

Kalau anda mempunyai masalah dan terpaksa mencari rumah baru, anda terpaksa meminta bantuan teman untuk menumpang di rumah teman anda, apakah jangkamasa yang seelok²nya untuk anda menumpang di rumah teman anda itu? Sehari? Seminggu? Sebulan? Melampaulah kan sampai lebih sebulan. For me, kalau nak menumpang tuh, cuba untuk seminggu jer. Paling tidak 2 minggu, dapatkan rumah baru dan chow! Jangan nak nyusahkan hidup teman tuh, lebih² lagi kalau dia sendiri pun susah. Tapi kalau dia dok senyap jer janganlah sampai 2 3 bulan yer. Memang senyap sebab dia taknak melukakan hatikamu. Faham²lah sendiri. Dia ada privasi dia sendiri. Dan kalau dah memang terpaksa menumpang sampai 2 3 bulan tuh, tak reti² membayar sewa rumah sekali? Paling² tidak pun bayarkan bill letrik dan air. Memanglah menumpang, tapi adalah penting untuk anda berbahasa yer selepas orang berbudi sama kita. Baru orang tak serik nak menghulurkan bantuan kepada kita lagi. Dan kalau meminjam duit pula, pastikan anda membayar dengan segera, kesianlah kat teman tuh. Mesti dia nak gunakan duit tuh juga. Tapi kalau tak dapat, inform secara baik² ok, insyallah dia faham punyalah!


Itu adalah sedikit sebanyak Pojie berkongsi pengalaman peribadi dan juga teman² rapat. Ada juga yang menempelak diri sendiri. Sesungguhnya kita manusia perlulah saling ingat-mengingati, sesama sendiri dan tak lupa diri sendiri. Semoga kita semua hidup bahagia aman ceria, semurni kasih :)


Orang memberi kita merasa!

Hanya satu,

5 bicara yang baik hati...:

mr.syazwan said... Reply To This Comment

SEKALI JE BERBAHASA

da byk kali x fhm2

carut je...

;p

CEOMesinTaip said... Reply To This Comment

yang ucap tq atau maaf tu...iva sokong...kadang2 tu dalam phone pon sama...sentap tau...rasa macam nak call balik nak cakap ngan org yang sama...macam xde adab...huhuhu...

Abu Uwais said... Reply To This Comment

budi bahasa budaya kita

Encik Psychopath said... Reply To This Comment

kita cukup berbudi tak dengan pojie?

shandye. said... Reply To This Comment

tak faham dengan konsep tarik-tarik muka para peniaga kat pasar ramadhan.

tahu lah penat berniaga bawah khemah panas, tapi sekurang-kurangnya senyum la dan promote benda yg diniagakan supaya pengunjung terpanggil untuk singgah.

dah muka macam bontot pasu sape nak singgah, ye tak?