||| Tercari² |||

Tuesday, August 10, 2010

Pojie Kembali & Salam Ramadhan

Salam buat teman,

Sudah sekian lama Pojie menyepikan diri dari arena blog ini atas kekangan masa dan beberapa lagi masalah lain yang tidak dapat dielakkan. Tetapi Pojie amat menghargai beberapa teman yang kerap bertanya khabar berita PoJiePooH ini dan bertanyakan bilakah akan ada update di sini. Malah tidak jemu² menjengah blog ini demi memastikan ada entri terbaru. Terima kasih Pojie ucapkan. Dan sekarang, atas permintaan ramai (cewah), kini Pojie kembali. Kembali dengan imej yang lebih segar dan bersih. Sedaya upaya Pojie akan cuba berkongsi kepada kalian seperti sediakala, cuba untuk tidak meninggalkan kalian di dalam seribu persoalan.

Sepeninggalan Pojie lebih kurang sebulan, terlalu banyak perkara yang menarik yang tidak sabar Pojie ingin kongsikan bersama pembaca sekalian. Ya, kamulah pengarang jantung hatiku. Tanpa kamu, tiadalah daya diri ini untuk terus bertarung menghadapai onak badai di dunia blogging ini. InsyAllah, akan Pojie cuba untuk kongsikan satu persatu biarpun ceritanya agak layu. Biarlah apapun ingin yang dikatakan, Pojie percaya ada yang masih sudi mendengar cerita diri ini.

Oh ya, memandangkan bermula hari esok, sekalian umat Islam seluruh dunia akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan, maka Pojie dengan kerendahan hati ingin memohon ampun dan maaf, demi mendapat keberkatan Ramadhan bersama².



Dan oleh sebab berpuasa nih setahun sekali, meh Pojie kongsikan kepada kalian niat berpuasa. Dinasihatkan untuk pasang niat puasa sebulan malam nanti selepas maghrib just in case la kan. Especially bujang² terlajak macam Pojie nih kadang² terlupa nak niat hari², tak pun tak bangun sahur. Hehehe...






Ohh ya, jangan lupa juga yer kawan² andai benar dan sahih esok kita berpuasa, malam nih jangan lupa bersolat terawih tau. Azam Pojie macam tahun lepas nak khatam al-Quran dan tak mau miss solat terawih. Hope Allah permudahkan perjalan Pojie dalam menuju keberkatan di bulan Ramadhan nih. Dan bagi sesiapa mau refresh semula ibadat puasa nih, kelebihan, niat dan macam² lagi boleh la baca Ramadhan Handbook di sini dan sini. Nak jadual berbuka puasa dan imsak? Boleh gak dapat kat sini dan sini. Semoga kita sama² mendapat keberkatan dan hidayah dari yang Esa.




Kelebihan Solat Tarawih - Malam Pertama;
"Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan".

Wassalam,

8 bicara yang baik hati...:

diraja22 said... Reply To This Comment

sama2 lah kita mengimarahkan bulan ramadhan dengan amalan..

x-po said... Reply To This Comment

selamat berpuasa ye bro..pastikan penuh tahun ni..hehe

Rasuah polis atau tak? RM300 atau RM50? Pilihan anda?

xuhaily said... Reply To This Comment

selamat ramadhan fauzi (:

Afzainizam said... Reply To This Comment

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°
رمضان مبار… رمضان كريم… رمضان مبار…
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°

Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ramadan bulan yg mulia..
Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.

yup baru lah nampak entri si pojie ni... haiiii lama sangat tak nampak kelibat ni

Hazzy Ishak said... Reply To This Comment

moga semua urusan dimudahkan. salam ramadhan pojie

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply To This Comment

Salam,

Selamat berpuase pojie ,
Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna ..........

boyoteen said... Reply To This Comment

selamat beposa ye pojie

Call me, Eyka said... Reply To This Comment

apeapepun, pojie dah berblogging balik! YEY!!! btw selamat berpuasa pojie pooh! aww..comel! hee