||| Tercari² |||

Wednesday, August 11, 2010

Puasa Oh Puasa (Day 1); Mahu berbuka apa ek?

Salam,

Jadi bagaimana puasa untuk hari yang pertama ini? Masih bertahan? Ishhh, budak² sangat kalau tak leh tahan. Adik² Pojie dulu umur 5 6 tahun lagi dah puasa penuh tau. Pojie juga yang tak tahan hari ni uols, pagi tadi tak terjaga nak sahur, dah la last makan semalam pukul 8pm, mengigil dah nih. Dengan mengantuk dan tak bertenaga dah nih. Hehehe. So semalam pergi solat terawih tak? Kalau pergi, alhamdulilah... Kalau tak, malam nih dan malam² seterusnya pergi tau. Peringatan buat diri sendiri gak nih.

Erm, so since hari nih kira 1st berpuasa untuk tahun nih, maka ramai la yang ambil kesempatan mahu berbuka bersama² keluarga tercinta. Oii, nikmatnya. Bahagia sungguh. Pojie? Usah ditanya. Warga Selangor dan KL takde cuti yer kawan². Kalau dulu duduk kat Johor, best la juga kan, dapat cuti, dapat bersama family. Nih nangis jela rindukan masakan mak di kampung. Ishh, tak boleh jadi nih, minggu ni mesti balik. Hehehe.

Bagi yang agak² tengah kering tengah² bulan, lebih² lagi masih dalam proses berdiet macam Pojie, eloklah kalau berbuka sekadar yang termampu. Dengan susu dan kurma pun ok apa. Nak kenyang dan sihat letak la cornflakes ker, nestum ker, oat ker. Dan bagi yang berkemampuan dan gemarkan suasana yang meriah di bazaar Ramadhan, leh la singgah mana² bgerai yang membuka selera anda. Kalau Pojie? Semua membuka selera, better not to go, bahay woooo... Kalau ada di kalangan teman² Pojie yang terlebih² duit tuh, tak reti² nak sedekah anak² yatim, bleh juga sedekah kat hotel². Banyak Ramadhan buffet yang ditawarkan macam di sini dan sini. Oh, nih pun Pojie tak leh handle, sebab for sure kene makan banyak² kalau tidak membazir. Bila makan banyak, diet pun hancur. So this year around, no more makan hotel, unless orang invite, so leh makan sikit² tanpa merasa kerugian yang amat. Hahaha...

Oiit², kalau semua dah ready, dah prepare for berbuka puasa, kita kenelah baca doa berbuka puasa dulu. Ingat lagi tak? Cehhh, aku tanya orang, sendiri pun sudah lupa. Kikiki. So, meh sini refresh semula niat berbuka puasa...



So amacam? Boleh? Kalau tak boleh bahasa Arab, bahasa Melayu pun jalanlah.. Tapi tak malu ker, Upin dan Ipin pun dah pandai baca niat berbuka puasa. Hehehe..



Apa² pun, di mana anda berpuasa dan berbuka puasa, ingatlah semua ini kita niatkan kepada Allah SWT, dalam kita menginsafi kekurangan saudara² kita yang lain di luar sana. Jadi...

Selamat berbuka puasa :)

“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar² bpuasa dan ibadah malamku, ibadah org benar² mengerjakan ibadah. Jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa.”

Kelebihan Solat Tarawih - Malam Ke-2;
"Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya".

Wassalam,

9 bicara yang baik hati...:

Hazzy Ishak said... Reply To This Comment

jangan makan byk2 pojie tau, nanti baju raya tak leh pakai.

hazzy nak makan sikit je pose ni, takut baju tak muat.hehe

Anonymous said... Reply To This Comment

Nice brief and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Thank you as your information.

QieFLy si Dolce said... Reply To This Comment

selamat berpuasa uolssss....

BLOG PUTERA YUSOFF said... Reply To This Comment

selamat berbuka puasa bang.... bila lg jk buka sama2

Muhammad Fakhrul Rozi Abd Rahman said... Reply To This Comment

comelnya budak dua ekor tu..hohoho

CikLilyPutih said... Reply To This Comment

klu ada org belanje buka kat hotel barulah k lily pi, tak duit sendiri jawabnya tak payah lah

afzainizam said... Reply To This Comment

♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯)¸.•' ´¯)♥
♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸**¸.•'´¯)¸.•'´ ¯)♥♥
----==--Ramadan Mubarak---==----
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥♥♥*`'•.¸_)`'• .¸_)
♥(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_)`'•. ¸_)♥
Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ramadan bulan yg mulia..
Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.
Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..

Hezesuze said... Reply To This Comment

selamat berbuka pose pojie...

CrewFathi said... Reply To This Comment

Selamat berpuasa!!

korang sila follow blog movie ini jap.. ---> http://terbarumovie.blogspot.com/ [sambil korang follow.. korang leh download movie terbaru.. Movie Tekken & Ong Bak 3 pon dah keluar dah.. =) ]