||| Tercari² |||

Thursday, November 25, 2010

Movie Review; AKU TAK BODOH

Salam,

Oklah straight to the point, last 2 nights Pojie dijemput untuk menyaksikan preview filem baru berjudul Aku Tak Bodoh. Filem adaptasi dari sebuah filem Jack Neo "I Not Stupid Too" yang pernah popular suatu ketika dulu di Singapura, dan kali ini diberikan garapan baru di Malaysia dengan menampilkan pelakon² baru dan lama yang berbakat. Seperti Riezman Khuzaimi, Amy Mastura, Adibah Noor, Namron dan ramai lagilah.



Filem yang bergenre family comedy ini mengisahkan tentang bagaimana ibubapa tidak cuba untuk memahami masalah anak² yang sedang meningkat dewasa. Tanpa kawalan dan perhatian dari ibubapa, mereka mudah untuk rapuh dan merosakkan diri sendiri. Apabila seseuatu kebrukan yang berlaku, maka anak² juga yang akan dipersalahkan tanpa mereka memikirkan dari mana kesilapan itu berakar umbi. Untuk sinopsis filem ini boleh refer kat Budiey.

Pada Pojie, filem ini bagus sekali dengan garapan dan acuan Malaysia. Unsur² humor dan emosi di dalam filem ini agak seimbang dan sekata. Kiranya dalam gelak, membuatkan kita banyak berfikir untuk memperbaiki diri sendiri, terutamanya ibubapa dalam membentuk anak². Anak² perlu dilihat dan dinilai selayaknya, diberi peluang untuk bersuara tanpa diskrimisi. Orang tua sering memikirkan bahawa anak² muda tidak cukup ilmu atau bodoh, maka anak² ini akan cuba membukatikan bahawa mereka tidak bodoh. Apa² pun Pojie terhibur sangat² dengan cerita ini, dan tak mustahil pojie akan mengajak famili Pojie untuk menyaksikan filem ini bersama², memandangkan ia berat mengenai kisah kekeluargaan. So far Pojie beri 4 bintang untuk filem ini. Mana pergi lagi 1 bintang? Sebab kurang originaliti. Apa² pun jom layan kedua² trailer filem Aku Tak Bodoh dan I Not Stupid Too...


Fun kan! Ingat nak cari pula filem I Not Stupid Too la pulak. Apa² pun terima kasih banyak² kepada CikHel, kerana sudi menjemput Pojie dan Jojo meyaksikan filem yang best ini. Kalau ada jemputlah lagi yer. Yang paling best siap dapat makan² percuma lagi. Hahah, biasalah blogger jakun 1st time dijemput buat movie review. Kira Qarl dah biasa dah dia. Apa² pun bangga sempat bertemu dengan KakInaKL, RedLinda, AusMelankolik, AnakPerak, Sumijelly dan Khaizarien. Maaflah ya, Pojie nak juga join korang berbual² tapi since Pojie nih penyegan, Pojie hanya mampu senyum² jer. Segan berada di kalangan blogger² hebat. Lain kali kita jumpa lagi ok. Oh ya, citer nih pun ada berkaitan dengan blogger juga tau! Kalau rasa² nak tengok wajah² mereka beramah mesra dengan artis² yang hadir, boleh la terjah ke blog mereka ok... Apa² pun filem nih paling meninggalkan kesan buat Pojie lebih² lagi dengan maksud...

F.A.M.I.L.Y
Father And Mother I Love You

Hanya satu,

Monday, November 22, 2010

Entri MUNGKIR JANJI

Salam,

Baiklah, agak sedih hari ini sebab hari Isnin minggu ini is not a good start for me. Bangun pagi² ke tempat kerja dengan harapan tak nak tempuh jam, nak duduk depan cam dan siapkan vlog yang tertangguh. Tetapi, pagi² lagi ada yenna sudah kena maki hamun sebab park motor cabuk dia sebelah kereta Pojie kat driver side, nak masuk kena masuk dari passanger side. Kangkang punya kangkang, jeans yang baru beli terkoyak lagi. Damn it! Naik rumah balik tukar seluar. Drive sampai pintu ofis baru sedar kunci ofis dan kad akses ada dalam beg 1 lagi. Cool. Balik umah, datang balik ofis sudah jam. Amik masa sejam lebih kesemuanya dengan kerugian minyak lagi. Shit!

Masuk² ofis lampu dalam ofis sudah macam lampu disko, lantak. Malas amik port, suruh orang tukarkan je. Lepas tuh on PC, on cam segala, tetapi Youcam sudah tamat subscription pulak. Ok fine... Kesimpulannya, Pojie tak dapat nak buat vlog seperti yang telah Pojie janjikan sebelum ini. Dah consider mungkir janji la kan. Shit! Tak suka. Nak buat vlog yang seciput ala² pun tak dapat, dan seterusnya pun tak boleh juga la membebel depan cam selagi lom renew. Damn it! Okla, tak mahu hampakan korang yang susah² payah bertanya, kini Pojie menjawab dengan copy paste sajor kat sini...








Sorry guys!!!

Hanya satu,

Saturday, November 20, 2010

Saya BANGGA!!!

Salam kawan²,

Ohhh maaf ya buat sesiapa yang masih menantikan kemunculan vlog Pojie. Debor gak kan macam mana Pojie nak membebel kali nih. Hahaha. Maaflah yer, ada masalah teknikal kat sini. Pekat jer pose², hafal skrip tup² tak leh nak upload plak. Tapi takpe, tunggu jer Isnin nanti ok, korang tatap la puas². Meanwhile, korang tataplah vlog protege Pojie di sini, comel orangnya. Nama dia P3tani.

Dah tengok? Puas ati? Suka? Taste? Sila jumpa mak hayam dia ni, boleh? Kidding! So, Pojie just nak story kat korang Pojie berbangga selama lebih 2 tahun bergelar seorang blogger Malaysia dari Johor (walaupun menetap di Lembah Klang). Ok, cukuplah kan Pojie cakap Pojie bangga? Jadi untuk meluahkan kebanggaan Pojie itu, maka Pojie telah letakkan badge di kanan atas blog ini. Jika sebelum ini hanya memaparkan Jalur Gemilang, tetapi pojie telah menggantikannya dengan badge "Malaysia Blogger" dan "Johor Blogger", ihsan dari BigHandDesign. Terima kasih ya :)

Cun tak??!

Kalau rasa² nak yang lain dari yang lain, leh gak dapatkan Tag Bendera Negeri dan Parti kegemaran korang. Bloggernita yang comel², boleh gak cari kat Nyetok.com ini! Ada 1 tuh sebijik cam Jojobdina yang tengah gigih menjalankan contest. Sila terjah dengan segera kalau nak dapat tiket wayang free dari beliau. Sekian saja bebelan Pojie kali ini. Sekarang mahu bersiap² bergegas ke Shout Award. See ya!!!

Hanya satu,

Thursday, November 18, 2010

1st time HISAP!

Apa khabar semua.. Assalamualaikum!

Nih nak tanya ni korang pernah hisap tak? Pojie tak pernah hisap sebelum nih, tapi haritu kan ada sorang kawan Pojie yang comel soh Pojie hisap dia punya. Dia taklah paksa tapi Pojie yang rela. Sebab bila hisap rasa cam syok, member pun seronok jer. Layanlah. Lagipun bukan besar pun, kecik jer. 1st time hisap macam nak lagi. Sedap jer rasa! Tengok wajah² kesedapan korang agak² Pojie tengah syok hisap apa agak²nya???


Woiiitttt!!! Otak tuh kasi clear sikit jangan fikir Pojie hisap anggota badan kawan Pojie yang comel tuh, no no no! Hisap dia punya rokok pun tidak, no no no, membahayakan kesihatan ok. Tapi Pojie hisap dia punya SHISHA!!! Iaitu sejenis benda yang dihisap oleh kebanyakan orang di Timur Tengah...


Wahhhh, layan habis siot. Syok gak. Rasa ala² cam hisap rokok tapi lebih syok sebab berbau harum. Katanya ada perasa epal, straberry, dewberry dan macam² lagilah walaupun tak rasa apa² pun, just rasa sedap hisap asapnya dan menyemburkan semua ke udara dengan haruman dari asap itu. Ceh, bajet cool la! Yela, tak berani nak hisap rokok, nanti kena balun sama mak, so isap jela shisha. Lagipun kawan cakap shisha ni takde nikotin macam rokok² biasa.Iya ke? Make sense, tapi tak puas hati. Google punya google maka barulah Pojie tahu bahawa shisha 400 kali lebih bahaya daripada rokok. Fikir logik, kalau rokok ada tembakau, dan asap dari tembakau, tetapi shisha ini kita akan sedut asap terus dari arang yang dibakar dan boleh menyebabkan kanser. Walaupun shisha vs rokok dan shisha menunjukkan tahap merbahaya yang lebih tinggi, tetapi itu tidak bermaksud korang yang smoker² nih boleh hisap rokok lebih kerap, jangan... Peratusan merbahaya tuh tetap ada, lebih² lagi kepada perokok sekunder. SAY NO TO HISAP ROKOK & SHISHA. Pilihlah untuk hidup dan tidak kuat hisap!

Hahahaha!!!

Hanya satu,

Wednesday, November 17, 2010

1st time masuk Dewan Filharmonik Petronas (DFP)

Salam buat semua..

Mula² sekali pojie nak ucapkan Salam Aidiladha buat semua teman² pembaca sekalian. Selamat bercuti. Pojie tak dapat pulang ke Johor memandangkan hanya dibenarkan ercuti 1 hari jer, so malas la nak balik. Hope mak n abah mengerti. Jadi sesiapa yang ada buat sambutan, nak bagi daging tuh, jangan lupa ya, Pojie masih di Lembah Klang :)

Okla, kita teruskan dengan misi utama, iaitu berkongsi pengalaman pertama Pojie memasuki Dewan Filharmonik Petronas untuk menyaksikan persembahan The Magical Show dari Malaysian Philharmonic Orchestra di bawah bimbingan Carl Davis. Pojie bersama teman2 sepejabat mengambil peluang ini memandangkan kami punya projek pun dah 80% selesai. Kira treat untuk kami jugalah.


Di saat kami melangkah masuk, kami sudah mula terpegun dan terpesona dengan keindahan di dalam DFP nih. Yela ini merupakan pengalaman pertama kami. Korang mesti dah berkali2 kan. Jadi bila 1st time tu kira teruja jugalah. Selepas kami mengambil tiket di Box Office, kami di bawa ke Upper Circle di aras 3, di mana kami akan ditempatkan di Rebana Suite yang dikhaskan buat VIP di kalangan pemilik BMW seperti kami sahaja. Hebat bukan!


Bukan itu sahaja, tatkala kami dijemput masuk ke dalam Rebana Suite itu, kami dihidangkan dengan canapes (makanan yang kecil2) dan minuman. Wahhh, kami merasakan ibarat keluarga di raja kerana diberikan layanan sedemian rupa. Rasa sangat berpuas hati dengan layanan di dalam suite itu dengan harga RM218/suite sahaja. 1 suite untuk 6 orang, kira seorang tak sampai pun RM50 tau. Affordable apa. Siapa cakap show kat DFP  mahal? Berbaloi-baloi apa!




Selepas menggalas perut dengan hidangan yang telah disediakan, kamu cuma hanya perlu ke pintu 1 lagi untuk mengambil tempat di dalam dewan persembahan. Sesungguhnya tempat kami memang sangat istimewa, berada di kawasan golongan2 atasan dan kami dapat melihat persembahan orkestra yang diselangselikan dengan persembahan silap mata dengan jelas sekali. Persembahan yang mengambil masa lebih kurang sejam lebih sangat menghiburkan dengan alunan muzik dari filem2 terhebat Hollywood dan luar negara seperti Aladdin, Pirates of Carribena dan sebagainya. Cuma maaf, tiada gambar ketika persembahan kerana segala bentuk rakaman adalah dilarang. Apa yang boleh dikatakan di sini, kami sangat berpuas hati dengan keseluruhan layanan dan persembahan. Insyallah ada rezeki mesti nak menyaksikan lagi persembahan2 di DFP nih. Sila layari laman web Dewan Filharmonik Petronas dan Malaysian Philharmonic Orchestra untuk mengetahui maklumat lanjut.


WE LOVE IT!

P/S: Pojie masih lagi berhutang vlog sama korang semua. Nanti yer, berikan Pojie sedikit masa untuk upload video ke dalam Youtube kerana durasi yang agak panjang, hampir setengah jam. Insyallah, tak by end of this week, Pojie akan cuba post on Monday next week ok :)

Hanya satu,