Salam semua!!! Bagaimana hari kalian hari ini? Sebagaimana kalian maklum kalau hari tu Pojie tak tahu yang mana 1 nak pilih untuk pergi ke gathering pada hujung Februari ini, sekarang Pojie dah jumpa penyelesaiannya. Terima kasih atas bantuan teman² dan pihak penyelaras program.
Untuk Big! Gathering War Pain(t) Ball anjuran Melz dan blogger² otai yang lain yang akan berlangsung pada 27 Februari di Taman Melawati. Wow, ini best seh lain daripada yang lain. Siap ada aktiviti sukan ekstrem lagi. You should try Pojie. Eh, kalian semua pun tau!
Dan keesokkan harinya iaitu pada hari Ahad bersamaan 28 Februari, di Taman Tasik Perdana, suatu gathering anjurang blogger² mama yang diketuai oleh MomGuess iaitu Blogger's Family Day 2010 akan menutup tirai aktiviti blogger² pada bulan ini. Yang pasti ada makan² dan macam² permainan. Dan jangan main² yer, anda rugi kalau tak join, mana tau muka anda masuk Kosmo macam gathering mereka yang lepas². Hehehe.
Anda semua dijemput hadir!!!
Sila bawa teman² dan saudara mara untuk memeriahkan acara!
Sila bawa teman² dan saudara mara untuk memeriahkan acara!
P/S: Mood excited giler. Tak sabar rasanya!
Love,









