||| Tercari² |||

Wednesday, July 16, 2014

Tips Kalau Berlaku Kemalangan

Salam,

Beberapa hari nih kecoh pasal seorang wanita bertudung yang mengamuk dengan seorang warga tua hanya kerana keretanya dilanggar sikit. Malas nak share lagi sebab dah sedia maklum berlambak orang post kat FB dan blog. Nak tengok jugak jengah blog Jumie dia ada share. Tak tahu apa masalah dia berlagak samseng sedemikian rupa, tapi nih zaman IT, pengaruh media sosial begitu kuat sehinggakan segala maklumat wanita berkenaan boleh dicari dan disebarkan. Malu yer, lebih-lebih lagi nak raya ni, sure beraya dalam rumah jela.


Tapi Pojie bukan nak cakap pasal kes tu, biarlah dia selesaikan sendiri. Bende simple boleh settle cara baik dia dah buat macam tuh, nasibla. Cuma Pojie nak share sedikit tips yang Pojie dapat dari FB Dr Tengku Asmadi yang Pojie copy paste kat bawah nih;

Jika berlaku, tenang, istghfar dan ingat musibah itu berlaku atas kita semuanya bersebab. Adalah tu Allah nak kifarahkan dosa-dosa lampau atau nak uji iman kita.
Lakukan perkara berikut:
1. Kalau kemalangan itu tidak serius, gerakkan kereta dan berhenti di tepi jalan agar tidak mengganggu lalu lintas. (ini penting ye, lebih-lebih lagi Malaysia nih memang hazab dengan kesesakan lalulintas sepanjang masa, dan sikap pengguna jalan raya yang kepochi nih)
2. Buat catatan tentang bagaimana peristiwa berlaku, lokasi, nama jalan, masa kejadian, no kenderaan yang terlibat dan nama serta nombor telefon orang yang terlibat. Apabila diberi nombor telefon, terus 'miss call' orang itu di situ sebab ada yang bagi nombor telefon tipu.
3. Ambil gambar kereta, road tax pada cermin orang itu, dan kalau boleh gambar orang itu sekali.
4. Bertukar-tukar maklumat dan maklumkan padanya kita akan ke Balai Polis yang mana untuk buat laporan. Ini memudahkan orang yang terlibat pergi dan buat laporan di balai yang sama. 
5. Laporan polis perlu dibuat dalam masa 24 jam. Laporan polis ini perlu untuk tuntutan insuran, tetapi kalau rasanya tak perlu nk tuntut insuran, selesaikan sahaja di situ. Biasanya kalau tercalar, RM200 - RM300 dah cukup. Tapi kalau kemek terus, eloklah buat tuntutan insuran. (mengikut pengalaman my mom in law, beliau tidak membuat laporan polis dalam masa 24 jam, kene bayar saman)
6. Kita boleh tuntut insuran orang yang langgar kita itu, kalau dia yang bersalah. Dengan cara ini ia tidak menjejaskan NCD (Non Claim Discount) insuran kita nanti. Sebab kalau kita tuntut insuran kita, masa nak renew Cukai Jalan, kita kena bayar insuran penuh 100%, tiada diskaun. Rugi.
7. Kadang-kadang melalui kemalangan ada seribu hikmah. Allah berikan kita kemalangan kecil bagi elak musibah besar. Ada yang bertemu jodoh dari insiden. Ada yang menjadi kawan dan ada yang dapat peluang bisnes. Yang penting, tidak perlu stres, mengamuk dan memaki hamun. Keep calm! 

Yup! Betul kata beliau. Yang penting tak perlu stres dan mengamuk. Keep calm, jangan kalut-kalut nak panic segala. Kalau perempuan rasa unsecure, telefon la suami ka, ayah ka, abang ka soh datang dan slow talk, bukan soh pukul pulak yer. Benda-benda macam nih semua boleh settle. Ok :)

Adios!

Xoxo,

0 bicara yang baik hati...: