Salam,
Baru-baru ni Pojie tersentuh melihat post IG FaizdickieVP berkenaan dengan adik Arshad Imanshah yang menghidap Biliary Atresia tahap 3 dan memerlukan bantuan kewangan sebanyak SGD220k bagi menjalani pembedahan pemindahan hati di Singapura. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan adik ini, bolehlah pergi ke FB Donate and Save Arshad Imanshah.
"Kelahiran Arshad ke dunia diuji dengan demam kuning yang berlanjutan. Arshad Imanshah disahkan menghadapi Biliary Atresia tahap 3 atau barah hati ketika usianya 2 setengah bulan. Arshad dinasihatkan oleh pakar perubatan PPUM untuk menjalani pembedahan bagi membuang hempedu tersumbat yang mengakibatkan Arshad mengalami komplikasi pada hati. Alhamdulilah pembedahan berjaya dan Arshad kembali ceria.
Namun, setelah 10 bulan selepas pembedahan Kasai, fizikal Arshad masih tetap kuning dan kesihatan hatinya semakin merosot. Arshad kerap dimasukkan ke hospital untuk tempoh yang lama kerana mudah terkena jangkitan kuman pada hatinya. Arshad mendapat rawatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya dan pakar mencadangkan untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di Singapura bagi membolehkan Arshad untuk meneruskan kehidupan.
Namun sedemikian, kos pembedahan pemindahan hati Arshad dan rawatan susulan memakan belanja yang amat mahal. Berikut adalah rumusan anggaran kos:
Pemeriksaan sebelum pemindahan hati: 15-20k Sing dolar
Pemindahan hati: 200k Sing dolar
Rawatan susulan sebulan: 2k Sing dolar
Dengan rasa rendah hati, semoga anda dapat membantu sebanyak mungkin agar Arshad Imanshah dapat menjalani pembedahan pemindahan hati dan diberi kekuatan untuk berjuang dalam meneruskan hidup. Secebis hati merintih untuk diselamatkan."
Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan bolehlah disalurkan ke:
No. Akaun Maybank: 5628 4350 6388
Nama Pemilik Akaun: Antashah Mohd Nor (Bapa Arshad Imanshah)
Semoga dengan sedikit pertolongan kita di bulan yang mulia ini, bisa menyelamatkan seorang khalifah Allah demi meneruskan kehidupan ini. Semoga adik Arshad dan keluarga diberikan kemudahan demi menempuh dugaan ini. InsyaAllah...
Xoxo,
0 bicara yang baik hati...:
Post a Comment