||| Tercari² |||

Friday, September 23, 2011

Alahai Rosmah

Salam kawan²,

Ya Allah rasanya lama sangat Pojie tak menulis di sini. Almost sebulan. Walaupun jangkamasa kali ini bukanlah yang paling lama, tapi rasa memang lama dan rasa bersalah sangat kepada blog ini yang semakin terabai. Kesian kat pembaca² di luar sana. Maaf la yer, terlalu banyak perkara yang menghimpit, tambahan pula idea terputus² sejak kebelakangan nih gara² terlalu banyak makan ketupat dan rendang sepanjang raya, huhu.

Oklah, lupakan kisah ketupat dan rendang. Semua blogger dah bercerita, jadi Pojie malas nak bercerita kisah yang sama. Cuma Pojie nak berbicara tentang Datin Sri Rosmah, wanita pertama Malaysia ini. Jika berbicara tentang beliau, banyak sangat perkara negatif yang kita dengar, terlalu banyak ok. Pojie tak tahu mana yang betul mana yang salah, dan Pojie tak berapa gemar nak berkongsi dosa menyampaikan perkara2 yang shubhah dan tak pasti. Ini urusan Allah. 

Yang menarik perhatian Pojie untuk berbicara tentang beliau kerana beliau begitu popular di laman² sosial terutamanya Twitter. Rasanya suami beliau, PM kita sendiri kalah popularitinya berbanding beliau. Pelbagai hashtag berkaitan dengan Rosmah diperkenalkan sehingga menjadi trending di Twitter semalam ok! Gilalah. Bukan calang² orang sampai trending. #Pojiepooh pun tak pernah jadi trending inikan pula beliau. Hebat tak hebat...





Pojie mengikuti jugak, tergelak² juga baca, ada juga tweet sikit², tapi bila fikir² balik, ish tak baik tau kita buat macam nih. Apa perasaan PM kita bila kita mempersendakan isteri beliau? Macam budak² pulak bila kita umpama main ejek² pasal Rosmah, don't you think that? Memanglah it's for fun, tapi making fun about other people is very very very in appropriate ok! Macam takde manners. Tak kisah la dari parti mana, kumpulan mana, kerajaan ke pembangkang tapi sangat takde manners. Kita mesti sakit hati bila ada orang kutuk pasangan kita, mak bapak kita, anak² kita dan lebih sakit hati kalau sampai trending kat Twitter. Betul tak? Lebih mengharukan jika orang luar melihat rakyat Malaysia yang bersikap keanak-anakan ini.





Pojie lebih terpukul apabila salah seorang teman Pojie di Twitter yang merupakan seorang berketurunan Cina dari Sarawak mempertikaikan kita sebagai umat Islam, menghina dan menjatuhkan maruah orang lain, malah menjadikannya sebagai bahan lawak. 


Thanks to him yang telah membuka mata Pojie dan teman² lain. Pojie tak pasti status beliau dah convert belum sebab pada tweet² yang lalu ada menunjukkan niat beliau ke arah Islam. Semoga perjalanannya bertemu dengan Allah dipermudahkan insyaAllah. Semoga kita menginsafi perbuatan kita. Kalau beliau tak maafkan perbuatan, kutukan kita, bagaimanakah kita di akhirat kelak? Lagipun mengutuk, mengumpat orang kalau mengikut pembacaan Pojie dulu, dosa² orang yang teraniaya itu akan diberikan kepada orang yang menganiaya. Dan sesudah habis dosa, pahala orang menganiaya pula akan diberikan kepada yang teraniaya (betulkan Pojie andai tersilap). Maka mahukah anda memikul dosa beliau? Tak sayangkah anda kepada pahala² anda? Segeralah meminta maaf kepada beliau dan bertaubat kepada Allah. Lebih² lagi di hari Jumaat yang mulia ini.

Renung² kan dan selamat beramal!

Hanya satu,

12 bicara yang baik hati...:

Jaws said... Reply To This Comment

menantu rosmah, Fazley Yaakob pun join hashtag ni.. dia tulis.. Rosmah Mertuaku.. hahaha..

Afendi Othman said... Reply To This Comment

setuju point ko pojie.
biarlah sape dan ape yang dia buat..tu salah dia dengan tuhan,,
kita ni nk tambah dosa sendiri watpe..
kutuk orang berdosa tu..ish2..

Edy Ramanov said... Reply To This Comment

aduyai, rosmah pun leh nak dijadikan fenomena ke? huhuhu =)

RinnAzrinah said... Reply To This Comment

Dakjaat nih non-muslim eh?... baru tau...

intanurlemsha said... Reply To This Comment

setiap orang ade baik buruk, biarlah dier nak wat pe.. cube org permainkan nama kite camne? konpem marah kan?..kite buat keje kite sudahh huhuhuu tul tak pojie?

KiFli MaLLy said... Reply To This Comment

pernah ternampak dan tak nak amik tahu langsung seumpama mcm i sendiri bersubahat...

Izz Latif said... Reply To This Comment

~hurm~

sama lah! xkesah lah pembangkang ke kerajaan ke tp kalo bab mcm ni kena kat satu pihak nnt dikata nak memfitnah semua...

tapi kalau jadi kat satu lagi pihak diorang akan claim itu hak kebebasan media utk bersuara...

agak jijik bila ada artis yg sgt educated boleh terikut sama....

cuba kalau bab video,liwat bagai terus kata FITNAH porno berleluasa!!

Anak Pak Amran & Makcik Hasmah said... Reply To This Comment

huhu. T_______T

asliner said... Reply To This Comment

itulah..
sekarang bukan di tweet je yang kecoh pasal aktiviti suka memburuk-burukkan orang nie..
dekat kampus pun sama..
biarpun si polan dan polan buruk perangai sekali pun..
yang berhak menghukum hanya Allah s.w.t sahaja..
minta supaya mereka semua berubah..amin~

ayie said... Reply To This Comment

twitter tempat melepas kemarahan..haha

Unknown said... Reply To This Comment

yup...setuju dengan pojie...seriusly, semalam nampak sgt org malaysia nie suka main kutuk2...sgt2 kebudak2kan lah...ada jugak tertweet join diorg sekali..but, stop bila pikir balik kalaula dia nie mak ak...hohohoho....anyway...gud entry dude...^^

Anonymous said... Reply To This Comment

aku innocent lagi bab twitter ni....hahahha