||| Tercari² |||

Friday, August 13, 2010

Pose Oh Puasa (Day 3); Aktiviti ketika lunch break

Salam buat teman²..

Apa khabar semua? Bagaimana dengan puasa hari ke-3 hari ini? Ada yang sudah terkucil? Kalau ada memang nak kene cubit dengan Pojie. Klo pompuan tak mengapa ada valid reason, kalau lelaki memang la nak kene. Hehe. So, hari nih hari Jumaat kan, kepada yang berjantina lelaki, silalah jangan buat² lupa solat Jumaat di masjid² yang berhampiran. Dan buat wanita² di luar sana, kalau time² lunch break nih tak tahu nak buat apa selain tidur kat surau atau store room, lebih baik kalian menambahkan pahala dengan membaca al-Quran. Kalau rasa² al-Quran itu besar macam dictionary, payah nak dibawa ke sana sini, anda boleh dapatkannya secara online di QuranFlash.

Kelebihan QuranFlash ini anda boleh membacanya di PC, kalau agak² tak jelas boleh guna kanta pembesar yang disediakan. Interface dia pun rupa macam senaskah al-Quran, siap dengan tanda tajwid segala. di sini juga kalian boleh download maksud ayat, juga al-Quran ke dalam iPhone anda, bukankah itu menakjubkan? Agak² kebosanan tunggu LRT, tersekat dalam jam, boleh buka² dan baca. Kalau tak dapat sejuzuk dua setiap hari, dapat sebaris dua pun dah memadai. Tambah pahala di bulan yang mulia nih. Betul tak. Ada 1 lagi website al-Quran, siap dengan suara dan sebutan yang betul tetapi Pojie lupa pula di mana. Kalau teman² ada info, kongsi²kanlah di sini yer.

By the way, informasi ini bukan untuk wanita saja, untu lelaki juga. Kalau dah siap solat Zuhur, masa² lunch yang terbuang, sambil² melayan FB, boleh juga baca. InsyAllah azam Pojie untuk Ramadhan kali ini, nak khatam al-Quran sekali lagi. Lama tak khatam, baca pun dah lama. Buat malu jer kan, bekas qari wakil sekolah pun dah merangkak² baca kalamullah nih. Tak mengapalah, apa² pun amalan dan kebaikan yang kita lakukan pada bulan ini adalah berganda pahalanya...




Kelebihan Solat Tarawih - Malam Ke-4;
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Wassalam,

18 bicara yang baik hati...:

attyfir said... Reply To This Comment

selamat berpuasa pojie..
thanks sharing.info .mmg tgh mencari2

Hezesuze said... Reply To This Comment

wah gud infor lorr...
selamat berpuasa & berbuka pose tuk adik manja ku ini..hehe

Matjoe said... Reply To This Comment

slmt berpuasa bro pojie

Oong-ong said... Reply To This Comment

nice info~

hamzah ian said... Reply To This Comment

hehe.. pose pose ni jom la cari baju raye ke..

JMR said... Reply To This Comment

peringatan yg bagus..teruskn beribadat bro..;-)

joegrimjow said... Reply To This Comment

jom baca quran!

Blog Eazy Izzuddin said... Reply To This Comment

selamat berpuasa...
;)

cengkodok said... Reply To This Comment

Pooh,
dah bc Quran skang
takooot la camni

Encik Psychopath said... Reply To This Comment

sejuk hati saya pojie bace quranflash :)

Call me, Eyka said... Reply To This Comment

paling best masuk blog pojie sbb pojie byk share ilmu duniawi ngan akhirat :) thnks 4 sharing!

Unknown said... Reply To This Comment

salam dan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia..ooo lama gak ek menyepikan diri.

kecian tenguk makanan kamu berbuka tu..tapi bagus jugak kan ..untuk kesihatan

Natasha said... Reply To This Comment

salam...Jom tinggalkan link kat cni http://www.onetasha.com/p/links-exchanged_13.html

Nurulbadiah Lai said... Reply To This Comment

happy fasting pojie..thanks 4 de info..
yup..have to agree ur blog is superb like blog2 yang dah otai..i selalu gak singgah sini but just as silent reader je la..btw..i do folo u..keep post interesting entry yea

regard
nurul..happy fasting dari sahabat kepada sahabat

Menderas said... Reply To This Comment

Alhamdulillah, boleh jugak jenguk-jenguk baca Quran kat internet ni kan.

NJ said... Reply To This Comment

Salam kenal dan ziarah dari kak N dtg lalu umah kak ina KL..komen pasal loghat org johor tu...
kak N dah follow pojie yer..

Anonymous said... Reply To This Comment

mal baca dalam Majalah Al-Islam edisi ogos bgtau hadis pasal hikmat solat terawih ni palsu belaka......

Unknown said... Reply To This Comment

oo pojie..apasal tak update ni..zzzz ker?