||| Tercari² |||

Thursday, August 12, 2010

Pose Oh Puasa (Day 2); Menu bersahur dan berbuka orang diet

Salam,

Bertemu lagi kita pada Ramadhan yang ke-2 nih. So bagaimana? Semalam sahur apa? Hari ini plan berbuka apa? Meriah jer kan memasing. Ada dengan family, ada dengan kawan². Pojie? Usah kau tanya, berbuka seorang diri, bersahur seorang diri. Dah la jauh diperantauan, anak dagang jauh dari keluarga, duduk rumah sewa dengan kawan² pun macam menyewa sorang². Harammm tak lekat rumah. Yela, ada kawan² pun memasing meriah kawan²nya, ajak berbuka sana sini, berbuka bersama², Pojie nih siapalah orang nak invite segala kan. Sorang² jela nak buat lagu mana. Dah biasa dah. Tak payah nak nangis dengar kisah nih.

So, Pojie sajer jer nak share menu berbuka Pojie semalam (mungkin juga hari ini). Seperti yang Pojie pernah bilang sebelum ini, Pojie mahu kelihatan meletop di pagi Syawal, orang ajak pi bazaar n buffet Ramadhan pun Pojie tolak, so terpaksa la berbuka lite². So semalam Pojie berbuka koko crunch sama low fat milk. Air minum 100Plus untuk refill semula tenaga..



Lepas tuh pergi terawih dan melepak tengok TV. Pagi² pula ada teman kejutkan, so cepat² la masak air segala sebab menu bersahur pun simple jer iaitu quaker oat sama susu juga. Cuma kali ini nak tambah perisa dan meriah, Pojie letakkan buah pear dan epal yang dipotong dadu. Erm, sedappp, walaupun dah rupa makanan bayi. Kenyang pun kenyang. Lepas tuh minum air banyak².



Doa²kan misi Pojie kali ini berjaya yer. Dan kalian di luar sana, makan jangan ikut nafsu ok. Nanti kenyang sangat tak boleh nak bersolat dengan selesa sebab perut dah penuh. Ahaaa, nak share doa berbuka puasa, kalau agak² berbuka dengan family or teman serumah, boleh buat versi koir. Hahaha, dengarkan ia dari Gita Gutawa :)



Kelebihan Solat Tarawih - Malam Ke-3;
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Wassalam,

17 bicara yang baik hati...:

hamzah ian said... Reply To This Comment

haha.. jumpe jugak ko eyh.. sori la tak tegor kat event sony eyh..

Abu Uwais said... Reply To This Comment

wah kali ni memang kuyus nye la. hehehe

FIFIEY LYCHEE MARATION said... Reply To This Comment

selamat berpuasa:)) dan semoga dengan puasa dapat menurunkan berat badan seperti yang dicita2kan:)

JMR said... Reply To This Comment

wah..diet yg baikpunyer..

selamat berpose pojie!

Hezesuze said... Reply To This Comment

uiks just makan koko crunch jeke...alaa bleh jek ikut stail akak

berbuka ngan air + kuih pelita jek...sahur baru makan nasi...

tapi pojie dah nmpak very the kurus...huhu

JAI said... Reply To This Comment

Pojie..dah kurus tuhhh...

.:|kamaryeah|:. said... Reply To This Comment

all d best k~

KiFli MaLLy said... Reply To This Comment

go pojie chayok2...nanti klu berhasil berat u turun jgn lupa kongsi2 erk...selamat berblogging kembali....

Nas said... Reply To This Comment

maak aii..
takkan berbuka puase ngan koko krunch berserta susu jerk pooh???
ko ok la bersahur..
aku pagi buta tadi xbersahur sebab sumer isi rumah aku tido mampos..hahahhaa

xuhaily said... Reply To This Comment

kombinasi pear and apple dalam quaker oat (!)

owh sangat baru.

sekian komen saya.

iyllienaz said... Reply To This Comment

wah..pear and apple with oat..macam sedap je..kena try nanti..hehe

afzainizam said... Reply To This Comment

♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯)¸.•' ´¯)♥
♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸**¸.•'´¯)¸.•'´ ¯)♥♥
----==--Ramadan Mubarak---==----
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥♥♥*`'•.¸_)`'• .¸_)
♥(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_)`'•. ¸_)♥
Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ramadan bulan yg mulia..
Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.
Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..

adoiii kalau aku sahur quaker tu aje sama susu esok tengah hari aku cari nasi bungkus plak... eehhh tak puasa plak...

Sumijelly said... Reply To This Comment

Pojie....

kurus tapi badan sihat tak per tau...
jangna pulak tak sihat..
nanti sakit lagi susah.......

selamat berpuasa yek dik non......

Sumijelly.com

Encik Psychopath said... Reply To This Comment

nak kokokrunch !

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply To This Comment

wa...macam sedap je menu pojie ...mawar nak try gak la berbuke macam pojie .... :)


semoga misi poojie berjaya ~

Call me, Eyka said... Reply To This Comment

OMG! pojie nak diet apa nya??!!!!!! alahaiii.... makan nasi pun leh diet apa. cuma kurg kan kuantiti nasi tu je..n lebih kan sayur sayuran...
btw...semoga misi anda berjaya :D

psttt pojie, mcm sedap la epal tu..! nk buat gak la!

pangyau said... Reply To This Comment

salam pojie.
sori nak tegur psl diet rutin pojie ni.not healthy ok.mmg boleh kurus tp klu kurus tak sihat,lemah,sng sakit takde makna gak kan.
menu sahur tu boleh accept tp yg berbuka tu tak sesuai.

koko krunch is a bad choice of cereal.patut beli cereal yg jenis whole grain atau paling baik try cari MUESLI.very good for dieting and also good for improving health.

minuman pulak paling perlu dijauhkan adalah air bergas!

sebenarnya makan nasi berlauk mcm biasa pun boleh kurus.yg penting seimbang, just need to watch on the portion.sbb badan kita perlu semua sumber nutriens spt carbs,protein dan fibre.

sy just share pandangan je sbb pojie kan nak look vogue raya nnt cuma risau nnt badan sakit tak dapat melawa lak di pagi raya :)