||| Tercari² |||

Wednesday, August 25, 2010

Cerita Lagi, Lagi dan Lagi...

Salam,

Hari ini Pojie mahu bercerita dengan konsep lagi². Kenapa lagi²? Sebab cerita ini kerap berulang², lagi dan lagi umpama tiada kesudahan, tiada keinsafan, tiada kesedaran. Pojie tak mengerti kenapa perkara sebegini berulang kembali. Penat, rimas, muak dah dengan cerita² sebegini. Muhasabah juga buat diri kita sekalian...



Seperti kisah pertama ini pasal mercun. Tak pernah la bulan puasa dan sambutan hari raya ni sepi tanpa berita kanak² cedera kena mercun. Hari tuh pasal murid hampir putus jari, lepas tuh pasal bapa buat pondok stor mercun sampai mengorbankan anak sendiri (dan kemudian bapa ditahan), lepas tuh murid tadika parah di muka kena mercun botol. Ya Allah, Pojie sangat² tak faham. Setiap tahun ada jer cerita seperti ini. Disekat mercun sana sini, ehhh ada juga. Yang peliknya bangsa Cina yang main mercun tidaklah sampai putus jari, cedera sana sini. Depa beryaa happy jer. Orang kita nih nak tunjuk pandai dan hebat tak bertempat. Ibu bapa pula 1 hal, dibiarkan jer anak² mereka membeli dan bermain mercun. Tak tahu apa nak kata. Apakah tindakan yang perlu diambil untuk menangani masalah ini yang saban tahun mencemarkan kemuliaan bulan Ramadhan.

Kes kedua pula berkenaan dengan sensitiviti agama. Jika semalam kisah Sing Yee Chin, kali ini Pojie dapat info dari seorang teman berkenaan dengan seorang yang bernama Benjamin Stephen, yang dikatakan menyampaikan ceramah Kristian di salah sebuah gereja dengan unsur² menghina Islam, Nabi Muhammad dan al-Quran. Dikatakan dia adalah murtad Islam dari Johor. Wallahualam. Kenapalah tak sudah² nak menghina agama orang lain, Islam juga jadi bahan ejekan. Bukankah di dalam al-Quran sudah menyebut; ‎"Bagi kamu agama kamu dan bagi aku agama aku". Anda boleh saksikan 1 daripada 8 video di YouTube berserta jawapan dari seorang ahli ulama.





Nauzubillah... Lepas tuh kisah Malaysia berterus-terusan menjadi mangsa tindakan manusia² tidak berakal dari seberang iaitu Indonesia... Mereka baru sahaja meraikan Hari Indonesia pada 17hb lalu dan masih bersikap jahil dan biadap pada jiran sendiri dengan menginjak najis pada Jalur Gemilang. Eiii sudah²lah. Semoga kita rakyat Malaysia yang akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 53 tidak lama lagi, tidak mencontohi sikap biadap ini. Biarlah kita dihina, dicerca, namun adab sopan tetap terjaga. Usahlah dibalas dengan caci maki, kelak kita juga sekeji mereka. Apa² pun tahniah kepada negaraku yang tercinta kerana mendapat tempat ke 37 dalam negara terbaik untuk didiami di dunia dan ke 3 di Asia.

Malaysia hebat!!!

Wassalam,

6 bicara yang baik hati...:

Call me, Eyka said... Reply To This Comment

1st!

eee. mmg eyka geramm oh!! lagi2 ngn org2 dekat indon yg mmg kurang asam JAWA! tak sedar kot dorang ni ! tak belajar sejarah MAYBE.. kalau pojie tengok utube..lagi byk kot dorang ni hina MALAYSIA ku yg tercinta ni. em semoga mereka sedar dan insaf. dan semoga ALLAH tetap kan iman kita semua dan jauh kan kita dari semua tu..amin :')

Mah@mahu said... Reply To This Comment

Jom pojie sertai contest ni dpt duit byk senang, mudah and byk hadiah...

Hezesuze said... Reply To This Comment

akak pun tgh geram nie...baik mesia buat jek undang2 supaya sume org indon xleh dtg mesia...nk dtg buat undang2 cop jari...seminggu jek bleh berada di mesia..lebih hari kene tangkap..huh

attyfir said... Reply To This Comment

itu lah psl mercun ..org melayu je main mercun putus jari bagai .
tapi kaum lain raya ..tade pulak ..

pasal agama nie ..seriau dgr ..mcm2 ..harap malaysia terus aman makmur.

Encik Psychopath said... Reply To This Comment

indon2.

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said... Reply To This Comment

salam,

Tu la...tiap tahin ade je yang putus sana sini, terbakar sini sinun...huhu..tal serik2..cipta mercun yang mcm2 dah elok macam tu nak ubahsuai plak..kalau dah nak ubahsuai sgt besar nanti jadi ke saintis ...huhuhu

pasal indon tu rase cam geram gak, kita layan diorang kat sini o.k je ape hal nak biadap plak ?