||| Tercari² |||

Thursday, July 10, 2014

#Donate4ArshadImanshah

Salam,

Baru-baru ni Pojie tersentuh melihat post IG FaizdickieVP berkenaan dengan adik Arshad Imanshah yang menghidap Biliary Atresia tahap 3 dan memerlukan bantuan kewangan sebanyak SGD220k bagi menjalani pembedahan pemindahan hati di Singapura. Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan adik ini, bolehlah pergi ke FB Donate and Save Arshad Imanshah.


"Kelahiran Arshad ke dunia diuji dengan demam kuning yang berlanjutan. Arshad Imanshah disahkan menghadapi Biliary Atresia tahap 3 atau barah hati ketika usianya 2 setengah bulan. Arshad dinasihatkan oleh pakar perubatan PPUM untuk menjalani pembedahan bagi membuang hempedu tersumbat yang mengakibatkan Arshad mengalami komplikasi pada hati. Alhamdulilah pembedahan berjaya dan Arshad kembali ceria.

Namun, setelah 10 bulan selepas pembedahan Kasai, fizikal Arshad masih tetap kuning dan kesihatan hatinya semakin merosot. Arshad kerap dimasukkan ke hospital untuk tempoh yang lama kerana mudah terkena jangkitan kuman pada hatinya. Arshad mendapat rawatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya dan pakar mencadangkan untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di Singapura bagi membolehkan Arshad untuk meneruskan kehidupan.

Namun sedemikian, kos pembedahan pemindahan hati Arshad dan rawatan susulan memakan belanja yang amat mahal. Berikut adalah rumusan anggaran kos:

Pemeriksaan sebelum pemindahan hati: 15-20k Sing dolar
Pemindahan hati: 200k Sing dolar
Rawatan susulan sebulan: 2k Sing dolar

Dengan rasa rendah hati, semoga anda dapat membantu sebanyak mungkin agar Arshad Imanshah dapat menjalani pembedahan pemindahan hati dan diberi kekuatan untuk berjuang dalam meneruskan hidup. Secebis hati merintih untuk diselamatkan."

Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan bolehlah disalurkan ke:
No. Akaun Maybank: 5628 4350 6388 
Nama Pemilik Akaun: Antashah Mohd Nor (Bapa Arshad Imanshah)

Semoga dengan sedikit pertolongan kita di bulan yang mulia ini, bisa menyelamatkan seorang khalifah Allah demi meneruskan kehidupan ini. Semoga adik Arshad dan keluarga diberikan kemudahan demi menempuh dugaan ini. InsyaAllah...

Xoxo,

Wednesday, July 9, 2014

TERGEMPAR: Adik Angeline dalam Temptation of Wife, Selain Leo Ditemui Di Malaysia!

Salam,

Aku tau korang hari-hari tak lepas menyaksikan series dari Filipina yang tengah hangat ditayangkan di TV3, Temptation of Wife. Mesti korang dah kenal watak-watak dalam tu kan. Tetapi korang mesti tak tahu yang Angeline ada seorang lagi adik selain Leo, anak kepada Minda iaitu...


Kini ditemui di Malaysia!
Kbai.

Xoxo,

Tuesday, July 8, 2014

Pojie KEMBALI!

Salam guys,

Ada yang masih mengingati Pojie tak? Takpe tak marah pun kalau korang lupakan aku, selayaknyalah sebab dah 2 tahun lebih tinggalkan dunia blog. Yer, sebab busy berkeluarga memang macam nih. Last update masa tuh tengah busy-busy dengan persiapan kahwin, la nih dah kahwin dah, almost jadi babah dah pun. Hehe. Apa cerita? Takde apa cerita yang best sangat selain bergelar suami kepada Zaihazra Sulaiman :)

Maybe banyak yang Pojie nak kongsikan kepada korang semua. Yer, TERLALU BANYAK ya. Tapi insyaAllah doa-doakan Pojie masih tabah dan gigih nak berblogging, kata orang tak serancak macam dulu, tapi adalah juga update-update yang menarik, yang boleh dikongsikan di sini.

Apa-apa pun, masih tidak terlambat untuk Pojie wish Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat teman-teman sekalian. Hari ni dah masuk hari ke 10 kita berpuasa. Sekejap je kan. Takpe, masih berkesempatan untuk kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadat, mengumpul pahala dan menikmati bulan yang penuh barakah ini. Nanti Pojie update lagi ya.



Stay tune!

Xoxo,

Wednesday, February 29, 2012

#WW Wordless Wednesday #31


You're invited, so drop your mailing address here or to our FB.
Find here http://on.fb.me/y3sNqh for more info.
@pojiepooh + @nemomimosh =

#KahwinPojieNemo

Hanya satu,

Wednesday, February 22, 2012

#WW Wordless Wednesday #30


Padan muka sendiri!
Muahahah!!!

P/S: Menghitung hari. Practice hari². Practise makes perfect aite ;p

Hanya satu,