||| Tercari² |||

Monday, February 22, 2010

Blogger VS Wordpress



Sebagaimana yang anda sedia maklum, Blogger dan Wordpress adalah 2 jenis portal berbeza tetapi mempunya fungsi yang sama, iaitu aplikasi online dalam memberikan ruang untuk menulis blog. Kedua²nya mempunyai kelebihan dan kekurangan masing². Obviously Pojie sekarang gunakan Blogger seperti pada URL blog pojie ada dicatatkan sebagai "blogspot.com" jika dibandingkan dengan Wordpress yang akan menggunakan "wordpress.com" sebagai URL. Pojie ada kedua² akaun blog di kedua² portal ini, tetapi hanya menggunakan Wordpress sebagai backup kepada blog Pojie di Blogger ini.

Kenapa Pojie sibuk² nak timbulkan isu pasal Blogger dan Wordpress? Ini kerana, Pojie sedang cuba untuk mendapatkan khidmat dari seorang web designer, untuk menukarkan layout blog Pojie ini kepada layout yang lebih cantik dan menarik. Yang pasti jenis personalized layout siap ada gambar Pojie dan sudah pasti, Pooh! Tetapi beliau menasihati Pojie agar menggunakan Wordpress instead kerana lebih canggih berbanding Blogger. Tetapi Pojie lebih senang dan mudah dengan Blogger, sebab kalau Wordpress cam sengal² ubi sikit untuk Pojie memahaminya.

Jadi sekarang, Pojie ingin meminta pendapat kawan², manakah yang perlu Pojie pilih, untuk kebaikan Pojie sendiri juga layout yang akan di-create tak lama lagi. Please², I need your help!!! Sila tinggalkan idea dan komen anda sekalian di ruangan komen eh, really appreciate it :)

Thank you.

Love,

Saturday, February 20, 2010

Twitter & Churp Churp???



Jika sebelum ini orang terlalu kecoh pasal FaceBook, Twitter pun apa kurangnya. Cuma bezanya Twitter tak sepopular FaceBook. Kenapa ek? Ramai yang masih belum ada akaun Twitter nih. Malah yang ada yang dah ada pun masih blur² nak menggunakannya, macam Pojie nih. Anyone can teach me on how to use it? Apa fungsi utama dia? Sebab nampak cam untuk update status jer. Pojie tak mahu la ketinggalan kan...



Lepas tuh ada pulak burung pipit biru yang kiut miut nih yang dikatakan ala² Nuffnang la. Bezanya Nuffnang advertisement di blog untuk tambah duit poket kan, tetapi Churp² nih untuk advertisement di Twitter sahaja. Kak Farenova yang bagitau leh buat dapat duit. Pojie main join jer demi nak dapat duit banyak kan selain Nuffnang dan Ads4Bucks. Kata orang side income kan, demi menyara hidup diperantauan. Tapi masalahnya, macam mana nak guna dan kaedah dia pun Pojie kurang jelas. Yela kan, dia tulis omputih mana la Pojie nih nak faham.

Jadi ada sesiapa yang bijak pandai yang boleh memberikan penerangan serba sedikit kepada Pojie berkenaan dengan 2 bende nih, silalah yer. Sambil2 berkongsi ilmu tu, dapat la jua pembaca2 lain menimba pengalaman serta ilmu baru. Bak kata omputih (dan juga tagline MelzRomeo), "Sharing is Caring" kan... Jadi sila...

P/S: Nak dapat duit tak? Sila [KLIK]. Tak salahkan membaca untuk menambahkan ilmu di dada :)

Love,

Friday, February 19, 2010

Tak Tahu Yang Mana 1!!!

Yang di sini merindu, yang itu pun merayu,
tak tahu yang mana satu!

Anda ingat lagi lagu itu? Yang pernah di popularkan oleh Juliana Banos. Apa citer la minah tu sekarang. Tapi yang pasti Pasti dia dah chubby dan masih cantik, tinggal kat JB, umah dia besor! Tapi Pojie bukanlah nak story pasal dia, tetapi pasal dilema Pojie untuk 28 Februari 2010 nih nanti.


"Apa pasal mau pening² sama itu tarikh kawan?". Sebab pada tarikh berkenaan akan diadakan 2 blogger gathering. Dua² jemputan dari blogger yang hebat dan rapat sama Pojie iaitu Blogger Hezesuze dan Blogger Melromeo. Dua² best, ada kelebihan dan kekurangan masing². Dua² Pojie belum pernah join dan sangat berhajat untuk join kali ini. Tetapi kenapalah perlu jatuh pada hari yang sama, tempat berbeza? Kawan², bagi cadangan boleh?

P/S: Kalaulah boleh aku klon kan diri sendiri...

Love,

Thursday, February 18, 2010

Clap.. Clap.. Clap..



Tu dia! Masuk² tepuk tangan dulu na.. Awat? Pasai apa? Pasai hari ini 18 Februari 2010, genap setahun seorang insan comel bernama Mohd Fauzi Abdullah (which is me la!), bekerja sebagai Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan di salah sebuah syarikat automobil terbesar di dunia. Jika setahun dulu Pojie dilanda badai, ribut taufan, tsunami segala, nah, now I can be proud of myself! Berjaya menempuh liku² kerjaya yang penuh cabaran dan rintangan. Segala masalah dapat juga diatasi dengan semanis senyuman dan ketabahan yang tiada penghujung. Berkat doa dari keluarga, dan kalian, teman² Pojie semua. Terima kasih :)

Tahniah buat diri sendiri!
Teruskan usaha anda untuk maju!

Love,

Honeymoon @ Cameron Highlands



Last week semua orang pergi bercuti. Begitulah dengan Pojie. Mentang² la Chinese New Year kan, yang bukan Cina pun berduyun balik bercuti, yang Melayu dan India juga bangsa² lain pun sama. Majmuk katakann, 1 Malaysia yer dak? Kebetulan pula jatuh dengan Hari Kekasih (a.k.a. Valentine's Day), so Pojie mengambil kesempatan la untuk honeymoon bersama kekasih² hati Pojie di Cameron Highlands. Apa barang celebrate dalam hotel murah n kat tasik bai! Dapat dosa lagi. Bodoh! "Eh, Pojie dengan kekasih², ramai tuh, tak dosa ker?". Oh, tak pun sebab mereka inilah kekasih² hati Pojie...



My family! Pojie pergi sama Mak, Abah dan adik² (kecuali Angah). Oh, tidak dilupakan sepupu Pojie sekeluarga. Kira 2 famili la yang join honeymoon trip nih. So, siapa bilang sambut Valentine's Day tuh haram? For me, andai cara pengisian itu betul, secara halal dan diredhai Allah, tak salah kan? Cuma tak perlulah kita menyambut mengikut hari², kan lebih molek kalau kita menyayangi insan² yang kita kasihi 365-24/7. Pahala dan sejahtera sentiasa berkekalan...

Eh, Pojie bukan nak berkhutbah di sini, cuma nak berkongsi saat² gembira dalam hidup Pojie. Memang setiap tahun kami sekeluarga akan mengambil peluang cuti tahun baru Cina ini untuk berjalan². Sebab apa? Sebab time² tahun baru Cina jela cuti agak panjang jika dibandingkan sama cuti² perayaan lain. Kalau hari raya tuh dah sah² la kita nak beraya kan. Jadi setiap kali bersama keluarga adalah antara saat yang sangat indah dalam hidup Pojie selain saat nak tidur dan sesudah melepas. Haha. Yela time² nih dapat manja² dengan Mak n adik².

Jadi kami bertolak pada hari Ahad, 14 Februari lepas² dalam pukul 3pm. Dengan 3 buah kereta kami masuk highway dan keluar di Tapah. Nah, amik kau jalan cam ular kene palu. Dengan menaiki tanah tinggi lagi. Aiyoo, penat uols. Nasib baik masing² kereta auto, kalau manual tercabut lutut kami! Mencari penginapan lagi. Nasib baik ada instruction daripada pengurus penginapan kami. Jadi kami sampai dalam pukul 6pm jugalah. Hazab kan.



Inilah rumah penginapan kami. Penthouse dengan 3 bilik tidur dan 3 bilik air dengan harga RM430/malam. Peak day tuh. Kalau tidak lagi murah. Kami hanya stay semalam jer sebab nak tambah lagi 1 malam dah ada orang book. Tempat lain pun sama. Takde rezeki nak stay lama². Lain kali jela. Yang pasti, kat sana tak payah pakai aircond atau kipas segala, dah sejuk. Heater dalam bilik air pulak tak berfungsi dengan baik, rasakan masing² macam mandi guna air sejuk dari dalam peti ais. Hahaha. Tidur berselubung masing². Pagi² bangun mulut berasap, cool ok! Dan tak lengkap kalau pergi Cameron Highlands tak singgah ke kebun bunga, ladang teh dan ladang strawberry.



Kannn, masuk² strawberry kami anak beranak, adik beradik gila memetik buah yang comel merah² tuh. Makan sket². Dikira RM20 utk setengah kilo. Hambek kau berkilo² kami amik. Tapi best giler ok, sebab dapat petik sendiri strawberry, hidu aroma dia yang segar, sampai sekarang masih terasa. Kebun bunga? Ko jangan cakaplah, memang tempat favourite mak² nih! Mak Pojie borong bunga berpasu², paling banyak bunga orkid la. Orkid hutan la, orkid kampung la. Yang fresh² tuh dia tak beli sebab tak tahan. Pojie? Beli kaktus jer buat teman² rapat...



Oh, ladang teh kami tak sempat singgah sebab kesuntukan masa, lain kali jela! Blogger Rhuddy ada juga di situ bercuti bersama keluarga beliau, tetapi tak sempat jumpa pun. Takde rezeki gak, memasing sibuk dengan family masing². Oleh sebab dah berhabis naik ker sana, nak beli souvenir untuk kawan² memang takde rezeki. Buah strawberry dalam peti ais pun dah nak habis. Tak mengapalah, Pojie pergi lagi lain kali Pojie beli souvenir dan strawberry banyak² buat kawan² semua yer. Sila [KLIK] untuk melihat lagi gambar² kami di sana...

Love,