||| Tercari² |||

Saturday, February 13, 2010

Siapa nama dia SARAH??! Jaga kau!!!

Apa kes pepagi Sabtu yang hening nih tetiba Pojie mengamuk nak cari insan bersama Sarah? Siapa Sarah? Siti Sarah? Sarah Raisuddin (eh, orang yang sama)? Sarah Sandha (eh, silap eja)? Ohhh, Sarah yang ada blog la! Awat marah sama dia? Sebab ini yer adik²...



Anda nampak? Jelas? Tak nampak 3 Jumaat lagi tuh! Hahaha! Pojie tak marah pun, cuma nak tergelak. Agak si Sarah ni celah mana dia nampak Pojie nih muka perempuan sampai sanggup dia panggil Pojie dengan panggilan "sis"? Nama pun dah Pojie. Pooh pulak jantan. Dah sah² la PojiePooh ni lelaki kan! Cik Sarah sila jawab...

*mode gelak guling²*

Love,

Friday, February 12, 2010

Jaga-jaga Cik Salmah!



Nampak atas tuh? Sokmo la kawan² Pojie berbual di YM dengan bahasa² antarabangsa sekarang nih! Pojie pasti kawan² anda di YM pun macam tuh jugak kann. Keluar Tagalog la, Burmese la, Tamil segala bahasa juga keluar. Ha... Jaga² yer kawan². Bukan hanya kepada Cik Salmah, tetapi kepada semua teman² Pojie, usah la korang sibuk² nak klik² link yang ada. Itu adalah VIRUS! Ada faham??!

Apa yang boleh anda lakukan adalah, alert kawan (yang send mesej) tuh, bagitahu dia pasal keadaan ini (bagi mengelakkan dia blur² keledek) dan nasihat beliau untuk;
  1. Scan PC, or format terus.
  2. Change password.

InsyAllah tiada lagi kelas bahasa antarabangsa di YM anda. Kalau kawan² yang kene tegur tuh, usah la buat blur². Anda memang tidak menyedari keadaan ini, di mana YM anda yang telah dijangkiti virus akan menghantar mesej "keamanan dunia" ini kepada kawan² yang lain, tetapi cepat² la buat tindakan seperti di atas.

Peace no war :)


Love,

Thursday, February 11, 2010

I'm Waiting...

I'm waiting...
Keep on waiting...
Waiting for you...



Can't wait for you,
Coming in my life!!!

P/S: Haishh, cepatler sampai...

Love,

Wednesday, February 10, 2010

Double Date??! Wah!!!

Last week, pas keje hari Sabtu, Pojie jumpa seorang member rapat di FaceBook iaitu Are Piez dan Faris Ris. Oh, tidak dilupakan juga Zull. Erm, kami dinner double date sesama. Wah!!! Kenapa double date?


Zulkifli Zaini, Pojiepooh Abdullah, Are Piez & Faris Ris.

Ha! Nak gosip la tuh! Bukan apa² uols, Zull tuh kawan baik Pojie. Faris plak kawan baik Apiez. Dan Pojie plak kawan baik sama Apiz. So kebetulan Pojie nak dinner sama² dengan Zul, Faris plak datang KL nak jumpa Apiez sekali, so Pojie ajak la diorang join dinner kami. Kira double date juga la tu kan! Hehe..

Apiez ni budak Melaka yang baru berpindah keje di KL dan Faris nih pula memang budak JB, datang bercuti di KL. Jadi, Pojie ajak la mereka ini berjalan² melihat kota metropolitan Kuala Lumpur, macam biasalah kan, Pojie dan Zull akan jadi tourist guide untuk orang yang ingin melihat² KL nih. Haha. Tips dia, persahabatan sepanjang hayat. Wah!!! Buat Apiez dan Faris,

Thank you!!!
Sampai bertemu lagi!

Love,

Tuesday, February 9, 2010

Jom bantu Baby Ammar!

Salam sejahtera,

Teman² sihat arini? Harapnya begitulah ye. Pojie pun alhamdulillah. Tapi kan, ada juga di antara kita yang tidak ditakdirkan Allah untuk sihat sejahtera sepanjang masa. Begitulah juga yang dihadapai oleh baby Ammar Danish ini. Baby comel ini memerlukan sejumlah yang besar untuk membolehkan dia menjalani pembedahan yang berkaitan dengan jantungnya.



Comel kan baby ni. Bila dilihat kepada keceriaan baby ini, kita tak pernah terlintas untuk berfikir bahawa beliau akan menjalani pembedahan pada 22 Februari ini. Jadi keluarga baby ini memerlukan wang sejumlah RM12,000. Diharapkan ada di kalangan teman² yang sudi membantu keluarga si kecil ini bagi membolehkan si kecil ini menjalani pembedahan dan pulih seperti sediakal, insyAllah... Anda boleh jengah ke blog ibu si kecil ini untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut berkenaan dengan pembedahan ini [KLIK].

Jika ada yang terlintas untuk memberikan sedikit sumbangan, silalah berbuat demikian dengan menyalurkan bantuan ke akaun ibu si kecil ini;

Azmaniza Mohamad Kamal
514093114912 (Maybank)

Sumber:
  1. FcuCommunity.net
  2. Hezesuze
  3. Farenova
  4. Nuffnang.com
  5. Hydir.com

Love,