Macam biasa di hari Jumaat, penghulu segala hari yang mulia ini, Pojie akan berkongsi serba sedikit ilmu berkaitan dengan akhirat dan keagamaan ini. Kali ini Pojie mau share tentang ayat² Al-Quran yang boleh diamalkan dan merupakan petua kebahagiaan di dalam keluarga. Amalkanlah selalu, insyAllah keluarga aman dan tenteram;
Untuk elak suami/ isteri dan anak² bergaduh: Surah Al Baqarah (ayat 102)
Anak² pandai belajar: Surah Al Anbiyaa' (ayat 79)
Anak² lembut hati/ elak panas baran: Surah Al Anbiyaa (ayat 69) & Surah Al Hasyr (ayat 22-24)
Anak² malas sekolah: Surah Toha (ayat 1-5)
Supaya suami tak kawin lain: Surah Toha (ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil)
Ayat pendinding: At Taubah (ayat akhir)
Bagi anak² yang suka keluar malam: Surah Ar Ruum (ayat 31, baca 33x)
Untuk jadi pendinding rumah: Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air, dan spray keliling rumah
Sekian untuk kali ini. "Sampaikanlah ilmu biarpun sepotong ayat". Semoga setiap amalan kita diberkati oleh-Nya. InsyAllah...
Sejak hujung tahun yang lalu, ada beberapa orang budak² kelas Pojie masa di matrik dan universiti yang mencadangkan kepada Pojie untuk membuat reunion. Dan oleh sebab masing² dah kahwin beranak pinak, maka kita akan buat sekali family day. Mana yang belum berkeluarga macam Pojie ni makan ati la yer, orang lain bawa laki bini siap anak² kita bawa anak tekak jer. Hahaha! Takpelah, leh songlap anak² diorang feeling² anak sendiri.
Berbalik pasal kisah tadi, so far masih dalam peringkat perancangan. Pojie jugalah kepala yang memerah otak untuk semua² ini. Ish, tak boleh jadi nih, kene wujudkan juga AJK beserta pengarah projek. Budak² nih pastinya akan menuding jari kat Pojie sebagai pengarah projek, biasa dah. Hujung² aku yang buat keje itu ini juga kan. Tak boleh jadi..
So, untuk reunion budak² kos Biologi Marin batch 2003-2006 dari KUSTEM (now UMT), kami merancang untuk mengadakan aktiviti ini di Pulau Perhentian. Kenapa Pulau Perhentian? Sebab kami kan budak² Biologi Marin, jadi kami ingin mengimbau semula kenangan² indah kami snorkeling bersama², mencandat sotong, menghidu aroma pasir pantai dan naik bot sampai mabuk² laut. Hahaha! Lagipun kami dah rindu sangat nak kembali ke Kuala Terengganu. Pojie sangat mengidam keropok lekor di Batu Rakit dan Air Buah. Sedapnyer!!!
Cuma sekarang ini Pojie sedang survey² harga pakej yang berpatutan untuk aktiviti 3D2N di sana. Kalau ada teman² di luar sana yang mengetahui pakej yang best², leh la usul pasa Pojie yer. Then kami akan membuat perbincangan untuk menentukan AJK dan bajet segala. Andai reunion kali ini berjaya, maka tahun hadapan kita akan proceed ke tempat lain yang lebih jauh lagi, Pulau Sipadan atau Bali mungkin. InsyaAllah...
Lagi 1 yang agak memeningkan kepala adalah reunion untuk budak² kelas Hayat 12, 1st batch dari Kolej Matrikulasi Johor (KMJ). Geng yang ini lama gila kami tak berjumpa. Bayangkan kami meninggalkan KMJ pada tahun 2003, berjanji untuk kembali 5 tahun kemudian, tetapi sampai dah masuk ke tahun 2010, belum ada rezeki untuk berjumpa.
Yang ini rasanya tak perlu Pojie pening kepala sangat kot sebab kami tak ramai sangat. Lagipun Pojie bercadang untuk membaca mereka kembali ke Gunung Ledang, berhampiran dengan KMJ. Jadi kami boleh singgah membuat lawatan ke dalam kolej yang semakin cantik itu. Lagipun kami ada menanam kapsul masa dekat area padang permainan. Harap masih ada lagi la kapsul masa tuh. Debor nih sebab apa yang Pojie tulis itu kelak memalukan diri sendiri yang hanya berusia 19 tahun tatkala menulis surat, untuk diletakkan ke dalam kapsul masa itu. Huhuhu.
Apa² pun untuk kedua² reunion (dan family day) ini Pojie akan cuba untuk mendapatkan semula contact² mereka yang dah lost contact dan membuat perancangan dengan teliti tentang tarikh, bajet dan aktiviti agar segala²nya berjalan dengan lancar. Dan Pojie berharap agar kawan² Pojie boleh memberikan kerjasama dalam menjayakan misi ini. InsyaAllah...
Do you guys miss me? Nope??! Alah shy² cat kunun! Tak nak ngaku! Dah dekat sebulan Pojie tak update blog nih, setiap hari ada jer orang marah² soh update blog cepat². Kat chatbox, la kat komen la. Tak jalan terus email kat FaceBook. Apa kes? Tak lain tak bukan rindu sama Pojie la kan, nak dengar celoteh Pojie lagi!!! Hahah, sungguh perasan. Now Pojie sudah kembali dengan pelbagai rencana yang masih dalam perancangan. How??!
Biasalah deknon, kalau dah tak ada idea nak update dengan kesibukan lagi, lau dibiarkan berkurun tak update blog sampai dah bersawang bagai. Pastu datang pula masalah kiri kanan, atas bawah, depan belakang **oops!Hujung² sekarang dah datang kembali virus M. Nih Pojie sedang melawan la virus M nih, hiyarkhh, hiyarkhh!!! Nyah kau dari sini! Maka dapatlah entri pemanis muka dari Pojie yang tengah kelat² nih demi menjaga hati pembaca² sekalian. Wah gittew!!! Kerana korang la PoJiePooH ini kembali bernyawa!
Clap³.. Standing ovation Pojie berikan buat kalian semua! Terima kasih banyak². Terharu rasanya. Malah ada juga yang gigih melawat blog yang bersawang dan berkulapuk ini siap klik nuff segala. Jasa anda tidak dapat Pojie balas. Tak sangka kutipan nuff Pojie agak lumayan dan boleh cashout sekarang nih! Terima kasih.. Maaf tak dapat membuat kunjunagn balas sambil klik² nuff kamu semua. Tak mengapa, insyAllah apabila mood blogging nih sudah kembali, Pojie akan teruskan aktivit ziarah menziarahi sambil klik² nuff kamu. Pojie masih memerlukan sokongan dari anda semua. Tapi jangan terkejut, bahawa kadangkala Pojie membuat lawatan hendap ke blog kawan² semua, ada nuff, Pojie klik. Diam² sudah, malas nak kecoh² kan..
Buat teman² blogger yang melawat PoJiePooH ini seterusnya menjadi follower PoJiePooH, terima kasih la sekali lagi. Tak sangka ada juga la yang sudi menjengah² blog yang terbiar ini. Yang bagi komen kat chatbox, nanti Pojie akan jengah balik membalas kunjungan ok. Berikan Pojie sedikit masa untuk bangun semula dari lena yang panjang ini. Agak mamai² sikit di sini. Ngee.. Apa² pun terima kasih semua atas sokongan padu anda kepada Pojie, akan Pojie ingat sampai mati *terharu*.
P/S: Mencari idea untuk entri seterusnya. Any suggestion??!
Sorry for starting the year 2010 with a continuous silence from me. Apologize for the inconvenience. There's a lot of things I need to settle down 1st before I'm starting back my writing with a lot of stories. Give me a little bit time to find some space and idea for me to share my life with you guys but for now I remain silent for a moment.
Wish to get back my passion to write in PoJiePooH. Keep supporting me and my blog. Can't wait to share to joy.
Happy New Year to all my readers, friends and family. Wish all ur dreams come true for the next 265 days!!! Forget the pass, looking forward to be the best! Bye²...