||| Tercari² |||

Friday, November 25, 2011

@pu3mawar @nisa_kay jumpa anda di #TeaWithPojie!!!

Holaaa Pojiepeeps!!!

First of all terima kasih banyak² kepada kalian semua yang tweet #TeaWithPojie baru² nih. Walaupun Pojie menjangkakan penyertaan lebih ramai dari semua teman² Pojie di twitter, tapi tak mengapa. Sekurang² nya ada yang masih rajin menyokong Pojie dalam aktiviti santai bersama teman² ini. Thanks buat kalian semua yang menyokong secara langsung dan tidak langsung dalam setiap aktiviti yang Pojie jalankan. Pojie sayang semua!

Apa² pun tahniah Pojie ucapkan kepada @pu3mawar dan @nisa_kay kerana terpilih sebagai the lucky 2 person untuk bersama Pojie minum petang di atas Mines Cruise sambil menikmati pemandangan di petang hari bersama² dengan seorang artis jemputan khas esok. Siapa dia? Tunggu...


Venue: Mines Cruise, MINES Resort City
Date: 26 November 2011 (Saturday)
Time: 4.30 pm

A very big THANK YOU to @enydiamond @syazwantahir @liyanaLunia @ivasaionji @EazyIzzuddin @HazimieGLPT and @myredfinger for tweeting #TeaWithPojie. Jangan sedih², walaupun anda tidak dapat minum petang bersama² Pojie di Mines Cruise, tetapi anda akan menerima cenderamata eksklusif dari Pojie. Anda boleh buat date dengan Pojie untuk berjumpa personally untuk mendapatkan cenderamata itu atau pun boleh DM @pojiepooh dan Pojie akan cuba untuk poskan cenderamata tersebut. Tapi better arrange masa boleh jumpa, minum² ker kan :)

See ya!!!


Hanya satu,

Thursday, November 24, 2011

Photoshoot PERCUMA bersama Hafizudin Hamdan!!!

Hi Pojiepeeps,

Bagaimana hari anda? Hebat semua? Alhamdulillah. Entri kali ini khas buat korang di luar sana yang gemarkan aktiviti fotografi nih. Pojie nak berkongsi kepada anda hasil seni dari fotografer muda yang kreatif bernama Hafizudin Hamdan yang menarik dan istimewa pada pandangan mata Pojie. Tak tahu pula korang macam mana kan. Terlalu banyak gambar yang menarik di blog Hafizudin Hamdan ini tetapi Pojie hanya bisa berkongsi 3 gambar yang mungkin bukan terbaik, tetapi menarik antaranya adalah...

MUZAME & DURRA // RECEPTION

Menarik gambar ini pada pandangan Pojie adalah kerana beliau mengambil gambar dari sudut orang ketiga, yang jika dilihat turut dapat merasakan debaran dan kegembiraan tatkala melihat kejelitaan pengantin perempuan, ketika di hari yang berbahagia. Menarik bukan. Dengan shot di sudut bahu, sudah dapat melahirkan kecantikan dan keindahan pengantin yang cantik umpama bidadari, yang sedang menanti kedatangan putera raja. Cewah!

DAMIYA & FAZLI // POTRAITURE

Bagi gambar ini pula, kita dapat melihat bagaimana keadaan latar tempat dan masa yang terlahir di dalam gambar ini. Sebuah taman yang cantik menghijau, di waktu pagi yang segar dan ceria. Keadaan yang sesuai untuk pasangan bercinta menghabisi masa bersama², menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Malah pencahayaan yang cantik, menimbulkan mood ceria pasangan ini, terlahir melalui gambar. "A picture is worth a thousand words".

TAJUL AND FRIENDS CONVOCATION // UIA

Ini lagi satu. Pojie sangat fanatik dengan sesebuah gambar yang bukan sahaja cantik dari segi shot dan pencahayaan, malahan juga ekspresi yang terlahir melalui gambar tersebut. Gambar di atas jelas membayangkan betapa gembiranya sekumpulan teman dari UIA ini di hari convocation mereka. Setelah penat lelah berhempas pulas menimba ilmu, kini saat yang paling gembira sudah tiba, jelas terpancar wajah² teruja dan gembira di dalam gambar ini. Shot yang menarik, ekspresi terbaik!

So far, itu sahaja yang dapat Pojie kongsika di sini. Kalau korang nak melihat lagi hasil kerja seni beliau bolehlah melawat blog beliau [KLIK] dan Facebook. Dan kalau berminat untuk mengabadikan saat² bahagia anda melalui gambar² yang hebat, bersama fotografer yang hebat ini boleh hubungi beliau;

Email : hafizudin.hamdan(at)gmail.com
Facebook : sukasukaphoto
YM : kopisecheywan
Twitter : @akukopi
BB pin : 20CB059D

Anda yang sukakan bergambar, photoshoot sana sini mesti teruja kan. Ramai blogger² di luar sana ada DSLR, selalu bereksperimentasi dengan teman², upload di FB dan blog, #untunglaa korang ada banyak peluang. Gambar pun menarik. Korang yang takde kelebihan macam macam Pojie ni jangan risau. Anda juga berpeluang menghasilkan gambar yang menarik dengan khidmat Hafizudin Hamdan secara PERCUMA! Yup, Pojie tak silap taip, memang percuma. Hadiahnya? Sesi fotografi bersama Hafizudin Hamdan selama 2 jam dan 1 frame size A3.

Cool bukan??! So apa lagi, cepat² baca peluang tersebut [KLIK] dan mulakan langkah anda untuk membuat entri dengan mengambil beberapa hasil seni beliau. Cepat tau, contest terbuka sehingga 5 Disember 2011.

All the best!!!

Hanya satu,



Wednesday, November 23, 2011

Yanmieonline.com nak bagi macaron paling sedap uols!!!

Hi Pojiepeeps,

“Inilah masanya untuk merasai makanan paling sedap dari negara Perancis, makanan yang menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini di Malaysia, iaitu Macaron, Yanmieonline.com dengan berbesar hati ingin memberikan kepada 5 orang pemenang bertuah untuk merasai keenakan Macaron tersebut, tunggu apa lagi?, sertainya sekarang, secara tidak langsung membantu beliau untuk untuk mendapatkan gadget idamannya!!!!”


Kalau nak minum petang di Mines Cruise pula jom [KLIK], 
Pojie belanja!

Hanya satu,

#WW Wordless Wednesday #27

Gambar ihsan: Mines Cruise
[KLIK] for more info.

Hanya satu,

Tuesday, November 22, 2011

Tweet and #TeaWithPojie at Mines Cruise!

Hi Pojiepeeps,

Finally after been thinking for quite some times, now I am inviting you guys to have a tea-time with me. Yeah, It's my treat, at Mines Cruise. It gonna be awesome!



You guys exciting about this? Can't wait to have a view of Mines Lake while having a tea? Imagine a cruise surrounded by water; enjoy the splendor of tranquil setting lakes and green forests on quick nimble vessels. It’s truly a paradise in the heart of the city. So, no worries. What you have to do is very simple, just copy the statement below and tweet! That's all;


Just tweet #TeaWithPojie, like on.fb.me/spJqAX & follow @pojiepooh 
a chance to have a tea-time at Mines Cruise. bit.ly/sNpOR6

10 lucky friends who tweets, follows my twitter and fb page will get an exclusive merchandise and the luckiest 2 of them will get the invitation for the #TeaWithPojie. You can tweet how many times you want but the chance will be just once. I will select the lucky friends randomly right after the I close this offer on Thursday, 11.59 pm. So hurry up, you have less than 3 days. 

Copy and tweet now!

One and only,

Saturday, November 12, 2011

Love You Like A Love Song (Malay version) #KarokWithPojie

Hi Pojiepeeps,

Hari ini Pojie rasa excited sangat kerana buat pertama kalinya setelah sekian lama perancangan berbulan², maka Pojie akan menemui teman² yang telah menyertai jemputan makan bersama Pojie sebelum ini. Siapakah mereka? Nantikan sahaja. Tetapi lebih teruja lagi kerana ia turut dihadiri oleh beberapa teman blogger dan twitter yang lain dalam aktiviti #KarokWithPojie ini. Di mana? Di Redbox Sogo sekejap lagi. Buat yang dah berjanji tuh, jangan lupa yer. Dan lagu target Pojie pada hari ini adalah lagu Selena Gomez. Nantikan. Apa² pun layanlah dulu lagu Malay version nih. Sangat nice...


Lagu Yang Kudendangkan...

Hanya satu,

Thursday, November 10, 2011

Nuffnang Premiere Screening; The Adventures of Tintin

Salam Pojiepeeps,

Dah 3 minggu berturut² Pojie tengok movie free kat GSC Midalley atas tajaan Nuffnang dan ChurpChurp. Ada juga yang tak dapat directly to me, tapi tengok on behalf of my friends. Haha baik hati kan. Setelah Paranormal Activity, Don't Be Afraid Of The Dark, kini diberi kesempatan sekali lagi, cuma genre yang berbeza iaitu The Adventures of Tintin [KLIK]. Tengok versi 3D lagi ok! Bertuah diberi peluang menyaksikan filem arahan pengarah hebat Steven Spielberg ni seminggu lebih awal dari tarikh tayangannya. Terima kasih sekali lagi kepada Syafiq Ahadin.


So far, filem yang diadaptasi dari komik bersiri oleh Hergé, a Belgian artist ini, pernah juga disiarkan sebagai rancangan kartun sekitar pertengahan 90an dulu [KLIK]. Ia mengisahkan tentang pengembaraan seorang budak lelaki yang obses dengan kapal² antik juga seorang penyiasat persendirian bernama Tintin, yang telah membeli sebuah kapal antik yang menjadi rebutan seorang penjahat yang menginginkannya kerana sebuah rahsia. Maka pengembaraan pun bermula sehingga menemukan kepada seorang kapten kapal yang kaki botol, kunci segala rahsia yang dicari² selama ini [KLIK] . 



Apa² pun Pojie sangat teruja menyaksikan filem ini memandangkan jalan cerita serta adventure yang ada di terkandung di dalam filem ini. Malahan juga figura manusia di dalam filem ini kelihatan hampir real dan sempurna. Lebih² dalam versi 3D kan. So far rasanya mesti ada sambungan bagi filem ini. Jadi buat anda yang meminati filem bergenre adventure, bolehlah menyaksikan filem ini yang akan keluar di pawagam pada 10 November 2011 nanti. Hari ini lah kan?! Cepat!!!

Selamat menonton!!!

Hanya satu,

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha buat semua Pojiepeeps!

Bila ayam dah tak selera makan,
kambing pula resah,
lembu pura2 buat gila,
unta jer nampak cool,
tu tandanya raya korban dah dekat.


SELAMAT HARI RAYA KORBAN


Hanya satu,