||| Tercari² |||

Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53

Salam,

Maaf dah lama tak update blog. Mesti masing² dah bosan dengan alasan yang sama kan? Huhu, terimalah seadanya. Ada buat draft pun tak autopublish sebab macam tak ada idea jer nak tamatkan entri macam mana sekarang. Dah hilang skil. Huhu. Hari² cuti pun Pojie keje. Alahai. So, tak mahu membebel banyak, Pojie just mahu ucapkan...



Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!

Wassalam,

Wednesday, August 25, 2010

Cerita Lagi, Lagi dan Lagi...

Salam,

Hari ini Pojie mahu bercerita dengan konsep lagi². Kenapa lagi²? Sebab cerita ini kerap berulang², lagi dan lagi umpama tiada kesudahan, tiada keinsafan, tiada kesedaran. Pojie tak mengerti kenapa perkara sebegini berulang kembali. Penat, rimas, muak dah dengan cerita² sebegini. Muhasabah juga buat diri kita sekalian...



Seperti kisah pertama ini pasal mercun. Tak pernah la bulan puasa dan sambutan hari raya ni sepi tanpa berita kanak² cedera kena mercun. Hari tuh pasal murid hampir putus jari, lepas tuh pasal bapa buat pondok stor mercun sampai mengorbankan anak sendiri (dan kemudian bapa ditahan), lepas tuh murid tadika parah di muka kena mercun botol. Ya Allah, Pojie sangat² tak faham. Setiap tahun ada jer cerita seperti ini. Disekat mercun sana sini, ehhh ada juga. Yang peliknya bangsa Cina yang main mercun tidaklah sampai putus jari, cedera sana sini. Depa beryaa happy jer. Orang kita nih nak tunjuk pandai dan hebat tak bertempat. Ibu bapa pula 1 hal, dibiarkan jer anak² mereka membeli dan bermain mercun. Tak tahu apa nak kata. Apakah tindakan yang perlu diambil untuk menangani masalah ini yang saban tahun mencemarkan kemuliaan bulan Ramadhan.

Kes kedua pula berkenaan dengan sensitiviti agama. Jika semalam kisah Sing Yee Chin, kali ini Pojie dapat info dari seorang teman berkenaan dengan seorang yang bernama Benjamin Stephen, yang dikatakan menyampaikan ceramah Kristian di salah sebuah gereja dengan unsur² menghina Islam, Nabi Muhammad dan al-Quran. Dikatakan dia adalah murtad Islam dari Johor. Wallahualam. Kenapalah tak sudah² nak menghina agama orang lain, Islam juga jadi bahan ejekan. Bukankah di dalam al-Quran sudah menyebut; ‎"Bagi kamu agama kamu dan bagi aku agama aku". Anda boleh saksikan 1 daripada 8 video di YouTube berserta jawapan dari seorang ahli ulama.





Nauzubillah... Lepas tuh kisah Malaysia berterus-terusan menjadi mangsa tindakan manusia² tidak berakal dari seberang iaitu Indonesia... Mereka baru sahaja meraikan Hari Indonesia pada 17hb lalu dan masih bersikap jahil dan biadap pada jiran sendiri dengan menginjak najis pada Jalur Gemilang. Eiii sudah²lah. Semoga kita rakyat Malaysia yang akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 53 tidak lama lagi, tidak mencontohi sikap biadap ini. Biarlah kita dihina, dicerca, namun adab sopan tetap terjaga. Usahlah dibalas dengan caci maki, kelak kita juga sekeji mereka. Apa² pun tahniah kepada negaraku yang tercinta kerana mendapat tempat ke 37 dalam negara terbaik untuk didiami di dunia dan ke 3 di Asia.

Malaysia hebat!!!

Wassalam,

Tuesday, August 24, 2010

Sudah-sudah la...

Salam,

Pagi² semalam Pojie sudah dikejutkan dengan 1 isu yang agak kurang menyenangkan melalui Twitter. Sekali lagi berkenaan isu perkauman dan keagamaan. Masjid tempat beribadat umat Islam dikeji oleh seorang insan bernama Sing Yee Chee. .



Maka dalam masa 17jam selepas post itu dikeluarkan di FB minah tuh (yang sekarang sudah di-delete), berduyun² lah komentar yang menyusul sehingga 1k++. Hebat bukan? Kalau dia boleh pasang Nuffnang di FB dia, pasti dah boleh kaya. Kaya selepas kena caci maki semula akibat keterlanjuran kata²nya. Bak kata orang, "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". Cuma yang Pojie kurang gemar dengan sikap segelintir masyarakat kita, pantang dicuit, melatah bukan main. Orang tuh baru mengeluarkan kan 4 patah perkataan; "Malaysia... Nothing but MOSQUE", kita sudah berbakul² maki dia... Bukan itu sahaja, siaplah ada fanpage segala di FB; Sing Yee Chin Hina Malaysia, Islam & Masjid. Dalam hati Pojie berbisik, "Perlu ker???". Siap wajahnya diedit dengan hidung serupa khinzir.



Pada Pojie, bukankah kalau kita berkata dengan lebih baik, memberi teguran secara berhemah tanpa caci maki itu kan lebih baik. Contohilah sifat Rasulullah. Biar dibaling najis sekalipun, sifat terpuji tetap ditonjolkan. Usahlah kita jadi 2x5. Usahlah kita menjadi racist dengan tidak sengaja. Mereka² ini sengaja menguji kesabaran kita di bulan Ramadhan ini. Mahu menguji sikap umat Islam. Berdoalah semoga insan ini mendapat kebahagiaan dgn cara yg tersendiri tanpa menyinggung mana² bangsa...

By the way, selamat berpuasa buat semua muslimin dan muslimat.
Ohh, non-muslim juga yg join berpuasa, selamat diucapkan. You are sooo sweet...

Wassalam,

Monday, August 23, 2010

Keganasan Terhadap Wanita

Salam,

Mungkin entri ini agak berunsur 18SG. Tetapi dengan entri kali ini pada Pojie cukup untuk membuatkan kalian, terutamanya wanita panas hati. Yup, Pojie tidak terkecuali. Lebih² lagi yag sering melakukan keganasan terhadap kaun hawa yang lemah ini adalah golongan adam. Pojie rasa sangat malu dengan kelakuan manusia² seperti ini, menunjukkan hero kepada insan² yang lemah. Apa yang pojie boleh katakan, orang² seperti ini adalah DAYUS. Termasuk la kes baru² ini yang menyimbah anak bini dengan asid getah. Helloooo, mereka bukan anak patung yang boleh disakiti sewenang²nya.



Oklah, kita mulakan dengan Video 1. Tak pasti dari mana asalnya rakaman ini, tapi Pojie dapatnya dari Facebook. Tak tahu apakah salah wanita itu, diheret, ditampar, ditumbuk dan diterajang tanpa ada perasaan kasihan. Video 2 pula adalah difahamkan dari sebuah sekolah di Singapura. Yang melakukannya adalah seorang hadek² yang marah kepada seorang teman dan menggunakan kata² kesat. Oklah, yang ini sah² kita tahu dia sangat bukan lelaki. Bagaimana jika lawan mereka adalah lelaki juga? Berani mereka nak buat macam tuh? I don't think so.

Jika memandang kepada situasi begini, dalam benak Pojie terfikir dua perkara;
  1. Siapakah orang yang merakamkan video ini? Kawan ke? Sampai hati tengok jer tak tolong?
  2. Kenapa mangsa tidak membalas balik?

Wallahualam. Cuma apa yang pasti, wanita² di luar sana anda sewajarnya mempertahankan diri. Tak kisah la dari suami yang bengis, teman lelaki yang panas baran, kawan yang pemarah, JANGAN BIARKAN DIRI DISAKITI. Kalau Pojie jadi mangsa dalam video tuh, jangan ditanya apa yang akan Pojie buat demi mempertahankan diri. ada 2 kemungkinan, samada cacat kekal atau mati. Oklah, maybe ada yang berkata yang Pojie berani sebab Pojie ada taekwondo dan memilii talipinggang hitam, tetapi pada Pojie anda semua perlu berani. Ada talipinggang hitam hatta rainbow color atau tidak bukan persoalan utama. Persoalannya, apakah yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa keganasan ini.

Oleh itu Pojie ingin berkongsi kepada teman² semua bagaimana untuk mempertahankan diri dari sebarang serangan. InsyAllah Pojie akan cuba compile untuk anda praktik kan sendiri di rumah dengan bantaun teman. Make sure ciri² keselamatan perlu diutamakan. Ini juga tidak bermaksud anda boleh gunakan ilmu untuk serang orang atau bergaduh sesuka hati. No no no. Ia ilmu yang sangat² bermanfaat ketika dalam kecemasan. Yang penting jangan panik. Dan kalau ada peluang utuk lari dan mencari pertolongan, itu yang sebaik²nya...



Mudah saja kan. Itu teknik yang paling simple, paling asas. Ada juga teknik yang di mana anda boleh menjatuhkan penyerang anda dan memberikan peluang untuk anda melarikan diri. InsyAllah Pojie akan kongsikan kemudian. Diharapkan dengan adanya ilmu macam ini, dapat mengelakkan diri anda, bukan untuk wanita saja, tetapi juga untuk kanak² dan lelaki² di luar sana. Jadi tidaklah menjadi mangsa ragut, rogol, pukul dan sebagainya. Oh ya, sebelum berundur, izinkan Pojie berkongsi sebuah lagi video yang merupakan parody kepada salah 1 video di atas tadi itu. Kelakar juga. Tapi Pojie suka tips anger management yang cuba disampaikan itu. Semoga sesiapa yang selalu marah² tu, dapat sejuk hati sempena bulan Ramadhan nih. Insyallah...



Wassalam,

Friday, August 13, 2010

Pose Oh Puasa (Day 3); Aktiviti ketika lunch break

Salam buat teman²..

Apa khabar semua? Bagaimana dengan puasa hari ke-3 hari ini? Ada yang sudah terkucil? Kalau ada memang nak kene cubit dengan Pojie. Klo pompuan tak mengapa ada valid reason, kalau lelaki memang la nak kene. Hehe. So, hari nih hari Jumaat kan, kepada yang berjantina lelaki, silalah jangan buat² lupa solat Jumaat di masjid² yang berhampiran. Dan buat wanita² di luar sana, kalau time² lunch break nih tak tahu nak buat apa selain tidur kat surau atau store room, lebih baik kalian menambahkan pahala dengan membaca al-Quran. Kalau rasa² al-Quran itu besar macam dictionary, payah nak dibawa ke sana sini, anda boleh dapatkannya secara online di QuranFlash.

Kelebihan QuranFlash ini anda boleh membacanya di PC, kalau agak² tak jelas boleh guna kanta pembesar yang disediakan. Interface dia pun rupa macam senaskah al-Quran, siap dengan tanda tajwid segala. di sini juga kalian boleh download maksud ayat, juga al-Quran ke dalam iPhone anda, bukankah itu menakjubkan? Agak² kebosanan tunggu LRT, tersekat dalam jam, boleh buka² dan baca. Kalau tak dapat sejuzuk dua setiap hari, dapat sebaris dua pun dah memadai. Tambah pahala di bulan yang mulia nih. Betul tak. Ada 1 lagi website al-Quran, siap dengan suara dan sebutan yang betul tetapi Pojie lupa pula di mana. Kalau teman² ada info, kongsi²kanlah di sini yer.

By the way, informasi ini bukan untuk wanita saja, untu lelaki juga. Kalau dah siap solat Zuhur, masa² lunch yang terbuang, sambil² melayan FB, boleh juga baca. InsyAllah azam Pojie untuk Ramadhan kali ini, nak khatam al-Quran sekali lagi. Lama tak khatam, baca pun dah lama. Buat malu jer kan, bekas qari wakil sekolah pun dah merangkak² baca kalamullah nih. Tak mengapalah, apa² pun amalan dan kebaikan yang kita lakukan pada bulan ini adalah berganda pahalanya...




Kelebihan Solat Tarawih - Malam Ke-4;
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Wassalam,

Thursday, August 12, 2010

Pose Oh Puasa (Day 2); Menu bersahur dan berbuka orang diet

Salam,

Bertemu lagi kita pada Ramadhan yang ke-2 nih. So bagaimana? Semalam sahur apa? Hari ini plan berbuka apa? Meriah jer kan memasing. Ada dengan family, ada dengan kawan². Pojie? Usah kau tanya, berbuka seorang diri, bersahur seorang diri. Dah la jauh diperantauan, anak dagang jauh dari keluarga, duduk rumah sewa dengan kawan² pun macam menyewa sorang². Harammm tak lekat rumah. Yela, ada kawan² pun memasing meriah kawan²nya, ajak berbuka sana sini, berbuka bersama², Pojie nih siapalah orang nak invite segala kan. Sorang² jela nak buat lagu mana. Dah biasa dah. Tak payah nak nangis dengar kisah nih.

So, Pojie sajer jer nak share menu berbuka Pojie semalam (mungkin juga hari ini). Seperti yang Pojie pernah bilang sebelum ini, Pojie mahu kelihatan meletop di pagi Syawal, orang ajak pi bazaar n buffet Ramadhan pun Pojie tolak, so terpaksa la berbuka lite². So semalam Pojie berbuka koko crunch sama low fat milk. Air minum 100Plus untuk refill semula tenaga..



Lepas tuh pergi terawih dan melepak tengok TV. Pagi² pula ada teman kejutkan, so cepat² la masak air segala sebab menu bersahur pun simple jer iaitu quaker oat sama susu juga. Cuma kali ini nak tambah perisa dan meriah, Pojie letakkan buah pear dan epal yang dipotong dadu. Erm, sedappp, walaupun dah rupa makanan bayi. Kenyang pun kenyang. Lepas tuh minum air banyak².



Doa²kan misi Pojie kali ini berjaya yer. Dan kalian di luar sana, makan jangan ikut nafsu ok. Nanti kenyang sangat tak boleh nak bersolat dengan selesa sebab perut dah penuh. Ahaaa, nak share doa berbuka puasa, kalau agak² berbuka dengan family or teman serumah, boleh buat versi koir. Hahaha, dengarkan ia dari Gita Gutawa :)



Kelebihan Solat Tarawih - Malam Ke-3;
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Wassalam,

Wednesday, August 11, 2010

Puasa Oh Puasa (Day 1); Mahu berbuka apa ek?

Salam,

Jadi bagaimana puasa untuk hari yang pertama ini? Masih bertahan? Ishhh, budak² sangat kalau tak leh tahan. Adik² Pojie dulu umur 5 6 tahun lagi dah puasa penuh tau. Pojie juga yang tak tahan hari ni uols, pagi tadi tak terjaga nak sahur, dah la last makan semalam pukul 8pm, mengigil dah nih. Dengan mengantuk dan tak bertenaga dah nih. Hehehe. So semalam pergi solat terawih tak? Kalau pergi, alhamdulilah... Kalau tak, malam nih dan malam² seterusnya pergi tau. Peringatan buat diri sendiri gak nih.

Erm, so since hari nih kira 1st berpuasa untuk tahun nih, maka ramai la yang ambil kesempatan mahu berbuka bersama² keluarga tercinta. Oii, nikmatnya. Bahagia sungguh. Pojie? Usah ditanya. Warga Selangor dan KL takde cuti yer kawan². Kalau dulu duduk kat Johor, best la juga kan, dapat cuti, dapat bersama family. Nih nangis jela rindukan masakan mak di kampung. Ishh, tak boleh jadi nih, minggu ni mesti balik. Hehehe.

Bagi yang agak² tengah kering tengah² bulan, lebih² lagi masih dalam proses berdiet macam Pojie, eloklah kalau berbuka sekadar yang termampu. Dengan susu dan kurma pun ok apa. Nak kenyang dan sihat letak la cornflakes ker, nestum ker, oat ker. Dan bagi yang berkemampuan dan gemarkan suasana yang meriah di bazaar Ramadhan, leh la singgah mana² bgerai yang membuka selera anda. Kalau Pojie? Semua membuka selera, better not to go, bahay woooo... Kalau ada di kalangan teman² Pojie yang terlebih² duit tuh, tak reti² nak sedekah anak² yatim, bleh juga sedekah kat hotel². Banyak Ramadhan buffet yang ditawarkan macam di sini dan sini. Oh, nih pun Pojie tak leh handle, sebab for sure kene makan banyak² kalau tidak membazir. Bila makan banyak, diet pun hancur. So this year around, no more makan hotel, unless orang invite, so leh makan sikit² tanpa merasa kerugian yang amat. Hahaha...

Oiit², kalau semua dah ready, dah prepare for berbuka puasa, kita kenelah baca doa berbuka puasa dulu. Ingat lagi tak? Cehhh, aku tanya orang, sendiri pun sudah lupa. Kikiki. So, meh sini refresh semula niat berbuka puasa...



So amacam? Boleh? Kalau tak boleh bahasa Arab, bahasa Melayu pun jalanlah.. Tapi tak malu ker, Upin dan Ipin pun dah pandai baca niat berbuka puasa. Hehehe..



Apa² pun, di mana anda berpuasa dan berbuka puasa, ingatlah semua ini kita niatkan kepada Allah SWT, dalam kita menginsafi kekurangan saudara² kita yang lain di luar sana. Jadi...

Selamat berbuka puasa :)

“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar² bpuasa dan ibadah malamku, ibadah org benar² mengerjakan ibadah. Jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa.”

Kelebihan Solat Tarawih - Malam Ke-2;
"Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya".

Wassalam,

Tuesday, August 10, 2010

Pojie Kembali & Salam Ramadhan

Salam buat teman,

Sudah sekian lama Pojie menyepikan diri dari arena blog ini atas kekangan masa dan beberapa lagi masalah lain yang tidak dapat dielakkan. Tetapi Pojie amat menghargai beberapa teman yang kerap bertanya khabar berita PoJiePooH ini dan bertanyakan bilakah akan ada update di sini. Malah tidak jemu² menjengah blog ini demi memastikan ada entri terbaru. Terima kasih Pojie ucapkan. Dan sekarang, atas permintaan ramai (cewah), kini Pojie kembali. Kembali dengan imej yang lebih segar dan bersih. Sedaya upaya Pojie akan cuba berkongsi kepada kalian seperti sediakala, cuba untuk tidak meninggalkan kalian di dalam seribu persoalan.

Sepeninggalan Pojie lebih kurang sebulan, terlalu banyak perkara yang menarik yang tidak sabar Pojie ingin kongsikan bersama pembaca sekalian. Ya, kamulah pengarang jantung hatiku. Tanpa kamu, tiadalah daya diri ini untuk terus bertarung menghadapai onak badai di dunia blogging ini. InsyAllah, akan Pojie cuba untuk kongsikan satu persatu biarpun ceritanya agak layu. Biarlah apapun ingin yang dikatakan, Pojie percaya ada yang masih sudi mendengar cerita diri ini.

Oh ya, memandangkan bermula hari esok, sekalian umat Islam seluruh dunia akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan, maka Pojie dengan kerendahan hati ingin memohon ampun dan maaf, demi mendapat keberkatan Ramadhan bersama².



Dan oleh sebab berpuasa nih setahun sekali, meh Pojie kongsikan kepada kalian niat berpuasa. Dinasihatkan untuk pasang niat puasa sebulan malam nanti selepas maghrib just in case la kan. Especially bujang² terlajak macam Pojie nih kadang² terlupa nak niat hari², tak pun tak bangun sahur. Hehehe...






Ohh ya, jangan lupa juga yer kawan² andai benar dan sahih esok kita berpuasa, malam nih jangan lupa bersolat terawih tau. Azam Pojie macam tahun lepas nak khatam al-Quran dan tak mau miss solat terawih. Hope Allah permudahkan perjalan Pojie dalam menuju keberkatan di bulan Ramadhan nih. Dan bagi sesiapa mau refresh semula ibadat puasa nih, kelebihan, niat dan macam² lagi boleh la baca Ramadhan Handbook di sini dan sini. Nak jadual berbuka puasa dan imsak? Boleh gak dapat kat sini dan sini. Semoga kita sama² mendapat keberkatan dan hidayah dari yang Esa.




Kelebihan Solat Tarawih - Malam Pertama;
"Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan".

Wassalam,