||| Tercari² |||

Thursday, April 28, 2011

Tutorial subscribe Twitter SMS (Maxis)

Salam geng!

Dah lama rasanya Pojie tak keluarkan tutorial kan kan. Yela ko kenapa dah sah² la blog aku nih blog banyak mencarut dan more to personal, motif la nak bagi tutorial sokmo. **matila angin gila dah mai carut readers lagi. Hahah. Actually Pojie nih bukan banyak sangat ilmunya kalau nak compare dengan korang semua. Tapi ada sikit² nih kata orang meh la kita kongsikan bersama. Selepas Tutorial Membuat Facebook Fanpage yang mendapat sambutan ramai dengan kaedah tutorial video ala² TV pendidikan tuh, itu di Facebook dan kali ini timbul pula idea khas buat anda yang ada Twitter dan #tahitwitter macam @pojiepooh tuh.

Maafkan Pojie kerana kali ini tutorial versi back to nature, menggunakan ayat² dan gambar untuk pemahaman anda memandangkan perisian webcam video capture Pojie tuh ada masalah sikit. Trial jer kan, dah abes trial tak mampulah nak membayornya. Haha. Oklah, jadi buat kalian yang takde hanfon canggih manggih, takde blackberry, iphone segala, entri ini khas buat kalian semua. Applicable to all kind of phone janji boleh SMS, jangan korang nak try kat telefon rumah, aku tampo licin muka korang kang. Huhu. Oh, by the way Pojie tekankan ini untuk pengguna Maxis sahaja. Yang Celcom, Digi dan lain² korang boleh tanya provider korang macam mana yer. So let's go (Perhatian: Sila klik untuk tumbesaran yang lebih jelas)!


Mula² sekali pi tengok penjuru atas kanan Twitter tuh ada letak avatar comel korang kan? Cecuba klik kasi keluar dropdown list tuh, sila klik pada Settings.


Ate dah keluar page kaler biru rupa ini, korang klik pada submenu Mobile dan sila;
1. Pilih Country/region: Malaysia. Kalau duduk Melesia ler, kalau duduk Monggolia, letak ler Monggolia.
2. Masukkan no henfon korang. Jangan letak no telefon rumah aku bantai korang kang!
3. Choose your carrier, ini kira pilih provider. Yang ada dalam list ni Maxis dan Tunetalk jer. Pojie pilih Maxis. Kalau dah sudah klik Start.
4. Akan ada tertera no henfon korang di atas tuh. Pada henfon korang cuba hantar SMS dengan menaip "GO".
5. Hantar ker 28933
6. Korang akan terima SMS berupa "verification code"dan masukkan kod itu di ruangan yang disediakan.Dan tadaaa!
7. Sekarang korang sudah berjaya subscribe Twitter SMS, cuma sekarang korang boleh pilih notification/ tweet mana yang kurang nak terima kat henfon nanti.
8. Ini boleh setting bila masa korang nak receive notification/ tweet nanti.
9. Save! Dah selamat... 

Amacam? Taklah susah mana kan, senang sangat. Ikut jer instruction dalam tuh. So, bagi korang yang pakai henfon zaman purba macam Pojie, korang juga boleh berkicau tanpa sempadan sampai nak kene limit seploh kali sehari pun boleh gara² dapat title #tahitwitter ataupun matsaleh cakap #twitterholic. Tweetlah sepuas hati jiwa dan raga. Tapi perlu diingat, twitter nih bisa membuatkan korang addicted, dah subscribe Twitter SMS nih lagi bertambah addicted, Pojie tak bertanggungjawab ek, dah pesan. 


Bagi yang tiada twitter, atau tak reti lagi guna twitter, korang sangat kerugian kerana banyak kelebihan twitter nih sebenarnya. Paling best lebih² lagi buat korang yang subscribe Twitter SMS macam Pojie, korang leh mesej kawan² korang dengan hanya RM1/week. Ko taiplah, mesej la sebanyak mana pun RM1/week adalah kadar rata. But make sure kawan korang tuh ada twitter dan follow korang juga yer. Takde kredit pun boleh jugak tweet2, mesej kawan :)

Oh, bagi yang bertanyakan Pojie pakai henfon apa, memandangkan Pojie takde blackberry dan iphone, Pojie masih boleh keep in touch dengan member² twitter, jawapannya...



Eh, Nokia3310??? #larilajulaju. Haha, #oktipu actually ini...


Hahaha, kalau tidak masakan Pojie boleh snap pic dan post dekat Twitpic kan kan! Eh, kalau Nokia3310 tuh pun boleh guna juga apa as long as boleh SMS. Boleh dibanggakan juga apabila henfon tahap² masuk muzium tuh boleh main twitter. Kalau orang pandang² leh carut balik...

Kao mampooo?!!

P/S: Nak reply komen korang sekarang sangat mudah lepas dapat tutorial dari Wamozuwaha. Thx buddy!

Hanya satu,

Tuesday, April 26, 2011

Kisah seorang janda. Jeng jeng jeng!

Salam kawan²...

Hai, bosanlah hari nih. Gaji pun belum masuk lagi tak dapat nak berjimba². Alah bukan berjimba² apa, nak buat facial, nak pergi spa, nak basuh kete, nak sign up fitness, nak belikan mak hadiah Hari Ibu dan nak belanja makan kawan². Memandangkan perlawaan Pojie nak belanja makan ramai yang tak sudi, offer pun dah tutup insyAllah rasanya Pojie akan belanja semua yang perticipate kot. Eh, belum decide lagi, nantikan ok. Pening kepala dok mengenang nasib diri nih. Apa² pun lupakan rintihan si duda nih, meh layan kisah seorang janda ni pulak...


Hahaha, funny kan! Hah, nih video dah lama, "wanita" tuh pun just an entertainer, usahlah dibangkitkan citer² lama macam kisah Miss Pahang tuh. Citer lamalah deknon. Janganlah sokmo berfikiran negatif. Anggaplah ia sekadar hiburan semata² macam kita tengok HyppTV. Dah jangan tension² jom join Pojie berlumba lari ayuh!!!

"Macam mana kita nak tarik orang ke jalan yang benar
selagi kita menghina dan mengherdik mereka..."

Hanya satu,

Monday, April 25, 2011

Pojie nak belanja makan nih tak sudi ker???

Salam,

Erm, bukan nak merintih, bukan nak mengeluh, cuma agak terasa hati jer bila mana Pojie buat contest ker, giveaway ker jarang sekali dapat sambutan. Nih baru² nih Pojie nak belanja makan pun macam tak dapat sambutan jer, sebak rasanya dalam dada nih. 

Eh, Pojie nak belanja makan nih tak nak ker?!!

Pojie perhatikan kalau blogger2 meletop buat, tak sampai 24 jam berpuluh yang join lebih² lagi kalau blogger baru muda bergetah, tapi bila tiba turn Pojie, macam² pulak alasan Pojie dengar. Dah dekat 2 minggu peluang nih dibuka, tapi 3 orang jer yang menunjukkan minat. Thanks to Luthfi, Azfarul dan Eeri (boleh lihat aksi mereka di sini). Pojie tak buat contest pun, buat giveaway je. Tak mintak buat entri, letak banner kat sidebar, tag kawan² lain pun, cuma minta snap pic korang, upload kat Pojiepooh dan letakkan slogan, tu jer. Tak mengapalah, Pojie sedar diri. It's ok. Jadi lepas² nih Pojie rasa nak belanja makan, nak bagi hadiah, bagi jela kat siapa² yang sudi. Tak sudi Pojie tak boleh paksa kann kann :)

Anyway buat sesiapa yang nak try your luck, mana tau terpilih nak merasa belanja Pojie yang bukan selalu datang nih, boleh [KLIK]. Cepat tau, kurang dari 48 jer dari saat anda membaca entri nih. Pojie takmo paksa² lagi dah, penat nak shout², nanti orang annoyed pulak. Terpulang dan terbuka buat yang sudi jer. Tak kisah la di mana anda berada, Pojie boleh usahakan, janji korang sudi. Buat yang dah join, dan akan join Pojie ucapkan...

Terima kasih!!!

P/S I: Ada readers komen blog Pojie susah nak komen. Laporkan kepada Pojie di email, fb atau twitter. No Pojie pun ada kan call/ sms jer. Inform me ok kalau ada masalah.
P/S II: Kalau rasa² susah nak komen, join jer. Paling afdhal share kat FB n Twitter. Memang Pojie sayang korang!

Hanya satu,

Friday, April 22, 2011

Teater Bangsawan Tasik Dayang

Salam kawan²...

Seperti mana yang pernah Pojie warwarkan, program Semarak Bangsawan kini kembali dan pada bulan, pada minggu ini akan berlangsung sebuah lagi pementasan di Panggung Bandaraya. Pementasan dari Persatuan Seni Bangsawan Bintang Timur Kuala Lumpur ini bertajuk...


Tarikh: 22 - 24 April 2011 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Panggung Bandaraya, KL
Tiket: RM5/orang
Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi 
03-26176303/6289/6305 (DBKL) / 03-20523600 (JKKN)

Sinopsis:
Datuk Kumajaya dititah ke Langkapuri bersama isterinya, Cik Mahura dan anaknya, Dayang untuk menjadi ketua di sana. Dalam perjalanan Dayang berkenalan dengan juragan kapal, Nakhoda Malim yang tinggi ilmu agama.

Di Langkapuri, Dayang belajar agama dengan Nakhoda Malim. Suatu hari mereka pergi berkelah di tepi tasik di Pantai Kerang. Sewaktu berkelah Dayang hanya duduk menyendiri untuk beramal di sebuah dangau. Putera Raja Bunian yang lalu di situ telah jatuh hati kepada Dayang.

Sejak pulang dari tasik, Dayang suka mandi malam. Putera Raja Bunian datang dan berlaku perkara yang tidak diketahui ketika Dayang mandi. Sejak itu juga berlaku perubahan terhadap Dayang yang kelihatan seolah-olah telah berbadan dua sehingga merisaukan kedua ibu bapanya. Datuk Kumajaya menuduh Nakhoda Malim punya angkara kerana Dayang rapat dengannya. Nakhoda Malim yang tidak mengaku salah telah dihukum pasung.

Suatu malam Dayang hilang dari biliknya walaupun dikawal rapi. Putera Raja Bunian datang memberitahu bahawa Dayang boleh ditemui di tepi tasik tetapi Dayang hanya boleh dipandang kerana telah bersama-sama dengan orang bunian di Tasik Dayang.

Insyallah Pojie mungkin akan menyaksikan pementasan ini pada malam ini atau hari Ahad nanti memandangkan hari Sabtu esok Pojie ada pementasan makyong. Jadi kalau sesiapa yang pergi terjumpa² Pojie, say hi to me ok. See ya!!!

Sumber;

Hanya satu,

Thursday, April 21, 2011

Blogging Dulu VS Blogging Sekarang.

Salam geng!

Terima kasih kepada teman² yang sudi mereply tweet² Pojie di Twitter, setiap hari. I love you guys! Tanda korang tak kekwat sama Pojie, best sangat. Semalam tengah borak² tetiba come out dengan satu topik menarik iaitu pasal menariknya blogging dulu berbanding sekarang;


Korang setuju tak dengan pernyataan di atas? Mesti ramai yang setuju kan. Lebih² lagi kalau blogger tuh yang dah berada lama di dalam industri nih lebih 2 tahun. Semua perbincangan ini timbul gara² soalan seorang blogger - @cikepal;


Yelah memandangkan Pojie baru realize Pojie dah 5 tahun bertapak dalam dunia blogging nih since Februari 2006 tetapi bukan dari dengan platform blogspot atau wordpress tetapi dari platform salah satu laman sosial yang popular pada waktu itu; MySpace. September 2008 baru officially menulis di blogspot. Kalau dibaca diteliti penulisan Pojie pada waktu tuh sangatlah telus, jujur dan ikhlas. Pojie menulis dari hati Pojie, selamba dan santai walaupun di zaman jahiliyyah masa tuh (maafkan Pojie). Jawapan Pojie kepada soalan beliau;

"Dunia blog dulu? Erm, for me penulisan setiap orang 
lebih ikhlas dan telus tanpa memikirkan 
populariti dan trafik."

That's true bebeh! Zaman² 5 years back mana ada nak kejar trafik, kejar earning, Alexa, SEO, BE, UV natang haram segala tuh. Nak kejar populariti? Lagilah takde. Ada yang mengenali pun ia datang dengan sendiri. Bak kata Fara Fauzana; "Biarkan populariti mengejar kita, jangan kita mengejar populariti". So gitulah konsep blogger² di zaman Pojie. Malah jauh sekali nak tengok blogger² keluar majalah segala macam AdmiralHafiz. Bak kata @pijapijot; "Dulu blogging is about writting, now blogging is about earning moneyyy."


Tak dinafikan, Pojie pun masa gelombang blogging menyerang sekitar tahun 2010, Pojie juga turut hanyut dengan Nuffnang dan syarikat pengiklanan yang lain. Kejarkan sangat trafik dan follower, kejarkan UV dan bila sampai 1 tahap Pojie rasa Pojie tak larat, target tak kesampaian, Pojie frust. Keriangan menulis semakin pudar. Maka timbullah penyakit M, maka jelaslah kelihatan ada sela masa yang terlalu lama Pojie tak update sebarang entri di dalam blog ini, berbulan-bulan lamanya. Sememangnya blogging hari nih dah tak best, dah kurang ummphh! Bak kata Lizarazak; "Pandangan peribadi saya tentang dunia blogging hari ini. Sudah tak best!"


@Qarl_Haiqal - Artis baru kejar populariti, artis lama kekalkan kualiti & populariti. Merujuk pada bloggers la. Tp xsemua laa. Most of them.

@adiluqman - Ya betolll! Kurang, those yg hypocrite nk nama je...

Hahaha, to be honest Pojie sangat tercabar dengan blogger² yang meningkat naik sekarang nih. Sudah pasti kene overshadow all the time. Yang Pojie perhatikan paling mendadak kenaikan itu adalah Yuyu Zulaikha. Kaooo mampoo dulu jumpa gadis genit nih dulu takde blog masa mula² jumpa kat Sahabat Blogger Gathering, ada blog dah tutup, la nih mencanak² orang komen blog dia, follow blog dia, ingat Pojie lagi ntah idak, demi selepas diturunkan ilmu dari sifu abang sayang beliau si Ben Ashaari tuh. Aku tak mampoo deknon! Bukan beliau seorang jer, Eman dan Daus yang tiba² melonjak naik nama mereka, sering menjadi sebutan. Ada ramai lagi tapi tak cukup ruang Pojie nak senaraikan nanti blogger² muda bergetah yang hebat!

Boleh dikatakan Pojie antara blogger kertu yang tak survive dan tenggelam timbul dek arus pembangunan blogging masa kini. Gittew! Apa² pun Pojie salute gila babi sama blogger² kertu yang boleh dikira otai, yang masih mampu berdiri teguh di hentam dengan gelombang raksasa seperti Kujie, Broframestone, Jai, Eyriqazz, Redmummy, DD dan ramai lagilah (sekadar menyebut beberapa nama). Mereka bukan setakat masih teguh berdiri malahan mampu mendapat income ribuan ringgit lantas menjadi pujaan blogger² di luar sana untuk menjadi seperti mereka. Maka terhasillah lambakan blogger masa kini... 

Memetik kata² NukeRude;

"Zaman-zaman aku berblogging; kuasa 'alternative media' itu sangat terasa dan berkesan. Dan oh, bukan sahaja dari segi politik negara, tetapi juga environment dan pengaruh di kalangan sahabat2 belajar. Blog memang menjadi medan perang dan perdebatan berkenaan sesuatu isu.But now; since everyone seems to be a 'blogger', keistimewaan tu dah makin malap."

Apa² pun, walaupun Pojie cuba untuk menjadi blogger yang berjaya dan membuka mata blogger² yang lain seperti blogger² yang hebat lakukan, Pojie masih tidak tercapai, Pojie berjanji akan meneruskan coretan, bebelan dan penulisan di sini. Menulis kerana minat, kalau rasa nak datang baca silah baca, kalau tidak tak mengapa. Nak belanja makan pun tak sudi nak buat macam mana...

@TheCeddy - Well said, I used to worry what my readers will think but now, if u wanna read just read, if u don't, it's okay.

Adios!!!

P/S: Dah officially remove IntenseDebate since memasing komen tak dapat nak komen entri Pojie. Kata @moimori takde back up komen, betul gak. @jumiejumie pun hangat. Thanks for the feedback. So happy commenting uols!!!

Hanya satu,