||| Tercari² |||

Saturday, September 24, 2011

#SayaGenerasi

Salam, 

Bagi yang ada Twitter, mesti rasa happening sangat bila layan hashtag sana sini, kawan pun ramai kan. Semalam hebat juga penangan hashtag #SayaGenerasi dari @faliqfahmie @AidaSue sehingga menjadi worldwide trending uols, kaoo mampooo??!


Banyak juga #SayaGenerasi yang lalu dalam TL sampai Pojie yang join nih beberapa kali juga kene limit. Memang happening abes la semalam, sampai dah tengah malam pun masih juga ada yang main hashtag tuh, haha. Memperlihatkan kepada #SayaGenerasi ini menunjukkan ramai juga yang usia lebih kurang dengan Pojie. Kira aku nih taklah sekertu mana kan. Best mengimbau semula kenangan dulu². Pojie pun join la bukan sekaki dua tapi berkaki lipan rasanya. Hahah..


Apa pun kesimpulan yang dapat Pojie simpulakn di sini, #SayaGenerasi yang dulu tiada Facebook, Twitter komputer, blackberry, iPhone, iPad bagai, dengan kemakmuran, tanpa pertelagahan, fitnah segala macam, sangat bahagia. Tenang sangat hidup di zaman 80an, 90an dulu tau. Tak pening kepala. Takde rasuah, takde orang Melayu dan Islam bergaduh sesama sendiri. Now apa dah jadi? Fikir²kanlah. By the way, pilihanraya dah semakin hampir, korang dah daftar belum? Jangan lupa mengundi tau! 


"Malaysia perlukan kita semua!"


Update 26 September 2011:
Kaooo mampooo @AidaSue siap kene interview lagi dengan @Era_fm sampaikan PM kita @NajibRazak siap wish Happy Birthday kat dia semalam ok! Meh kita dengarkan interview beliau di sini;




Kaoooo mampooooo???!

Hanya satu,

Friday, September 23, 2011

Alahai Rosmah

Salam kawan²,

Ya Allah rasanya lama sangat Pojie tak menulis di sini. Almost sebulan. Walaupun jangkamasa kali ini bukanlah yang paling lama, tapi rasa memang lama dan rasa bersalah sangat kepada blog ini yang semakin terabai. Kesian kat pembaca² di luar sana. Maaf la yer, terlalu banyak perkara yang menghimpit, tambahan pula idea terputus² sejak kebelakangan nih gara² terlalu banyak makan ketupat dan rendang sepanjang raya, huhu.

Oklah, lupakan kisah ketupat dan rendang. Semua blogger dah bercerita, jadi Pojie malas nak bercerita kisah yang sama. Cuma Pojie nak berbicara tentang Datin Sri Rosmah, wanita pertama Malaysia ini. Jika berbicara tentang beliau, banyak sangat perkara negatif yang kita dengar, terlalu banyak ok. Pojie tak tahu mana yang betul mana yang salah, dan Pojie tak berapa gemar nak berkongsi dosa menyampaikan perkara2 yang shubhah dan tak pasti. Ini urusan Allah. 

Yang menarik perhatian Pojie untuk berbicara tentang beliau kerana beliau begitu popular di laman² sosial terutamanya Twitter. Rasanya suami beliau, PM kita sendiri kalah popularitinya berbanding beliau. Pelbagai hashtag berkaitan dengan Rosmah diperkenalkan sehingga menjadi trending di Twitter semalam ok! Gilalah. Bukan calang² orang sampai trending. #Pojiepooh pun tak pernah jadi trending inikan pula beliau. Hebat tak hebat...





Pojie mengikuti jugak, tergelak² juga baca, ada juga tweet sikit², tapi bila fikir² balik, ish tak baik tau kita buat macam nih. Apa perasaan PM kita bila kita mempersendakan isteri beliau? Macam budak² pulak bila kita umpama main ejek² pasal Rosmah, don't you think that? Memanglah it's for fun, tapi making fun about other people is very very very in appropriate ok! Macam takde manners. Tak kisah la dari parti mana, kumpulan mana, kerajaan ke pembangkang tapi sangat takde manners. Kita mesti sakit hati bila ada orang kutuk pasangan kita, mak bapak kita, anak² kita dan lebih sakit hati kalau sampai trending kat Twitter. Betul tak? Lebih mengharukan jika orang luar melihat rakyat Malaysia yang bersikap keanak-anakan ini.





Pojie lebih terpukul apabila salah seorang teman Pojie di Twitter yang merupakan seorang berketurunan Cina dari Sarawak mempertikaikan kita sebagai umat Islam, menghina dan menjatuhkan maruah orang lain, malah menjadikannya sebagai bahan lawak. 


Thanks to him yang telah membuka mata Pojie dan teman² lain. Pojie tak pasti status beliau dah convert belum sebab pada tweet² yang lalu ada menunjukkan niat beliau ke arah Islam. Semoga perjalanannya bertemu dengan Allah dipermudahkan insyaAllah. Semoga kita menginsafi perbuatan kita. Kalau beliau tak maafkan perbuatan, kutukan kita, bagaimanakah kita di akhirat kelak? Lagipun mengutuk, mengumpat orang kalau mengikut pembacaan Pojie dulu, dosa² orang yang teraniaya itu akan diberikan kepada orang yang menganiaya. Dan sesudah habis dosa, pahala orang menganiaya pula akan diberikan kepada yang teraniaya (betulkan Pojie andai tersilap). Maka mahukah anda memikul dosa beliau? Tak sayangkah anda kepada pahala² anda? Segeralah meminta maaf kepada beliau dan bertaubat kepada Allah. Lebih² lagi di hari Jumaat yang mulia ini.

Renung² kan dan selamat beramal!

Hanya satu,