||| Tercari² |||

Tuesday, November 16, 2010

IF I HAD RAPUNZEL’S HAIR

Salam buat semua...

Mungkin agak kelewatan untuk Pojie share tentang impian Pojie berkenaan dengan rambut,tetapi masih berharap agar ia masih tetap dinilai untuk tontonan filem yang comel ini, ihsan dari Nuffnang..

Korang tau tak apa yang Pojie selalu impikan andai Pojie Pojie memili rambut yang panjang? Ohh, bukan setakat panjan paras bahu atau pun pinggul tetapi sepanjang 70 kaki macam Rapunzel. Wow, pastinya sukar untuk menjaga kan? Tetapi seandainya  Pojie memiliki rambut Rapunzel itu, pastinya Pojie dapat...

1) Membuat baju;
Seperti yang pernah dilakukan oleh Iona Cioanca dan Lady Gaga, pastinya peminat² fesyen tanah air akan berpusu² untuk mendapatkan koleksi pakaian dari rambut yang lembut berwana keemasan ini. Pastinya Pojie akan membuat koleksi baju panas dan gown. Apabila digayakan ke mana sahaja, pasti ia akan bersinar dan menambat hati setiap mata yang memandang. Tetapi tidak semudah itu kerana ianya akan menjadi koleksi peribadi sehingga mati. Kalau nak beli, lelongan akan dibuka dan duitnya akan disalurkan ke dana² kebajikan. Bagus bukan! Dengan rambut sehebat itu, bukan sahaja dapat berfesyen, malahan juga beramal.


2) Membuat buaian;
Kalau dah rambut panjang sangat, maka bolehlah menyangkutkan rambut itu pada pokok dan membuat buaian dan bsantai², lebih² lagi ketika bercuti di tepi pantai. Wah, nyaman sekali. Boleh la juga nyanyi feeling² Bawang Putih yang untuk mendapatkan putera raja...



Pohon beringin, daunnya rendang,
Akar menjalar jejak ke bumi...

3) Membuat bantal tidur dan selimut;
Oleh sebab rambut yang terlalu panjang pastinya akan menyebabkan ia akan bertaburan ketika tidur. Apa salahnya mempergunakan rambut itu untuk dibuat "bun" dan dijadikan bantal tidur. Ada lebih lagi kan? Buatlah selimut, tutup badan ketika kesejukan di malam hari. Jimat bukan? Selesa pun selesa...



4) Menakut² kan musuh dan penjahat juga senjata;
Ohhh, ini part yang paling best bila memiliki rambut yang panjang mengurai. Apabila merasakan diri terancam, cubalah buat rambut tuh ke depan semua, menutupi keseluruhan wajah dan tubuh sambil mengilai. Pastinya penjahat² itu tak cukup tanah untuk berlari. Selain itu, rambut yang basah boleh dilibas libasan kepada musuh dan pastinya kulit badan akan berasa pedih seperti dilibas rotan. Haha, smart kan!



5) Menjadi tali;
Rambut yang sepanjang 70 kaki bukan saja boleh dijadikan tali untuk turun daripada menara, tetapi juga boleh menarik kapal, memanjat gunung dan mengikat harta benda daripada hilang. Kalau rambut yang dianyam sebagai tali temali pastinya kukuh. Amacam? Cun tak???



So far itu antara kelebihan yang Pojie perolehi if I had Rapunzel's hair. Tetapi itu hanyalah impian dan kahayalan semata². Sesungguhnya Pojie adalah seorang yang tidak suka membela rambut panjang. Hajat nak buat Korean style pun masih belum berkesempatan. Mana tidaknya, apabila rambut tuh mula panjang sikit melepas telinga, mulut dan kolar, maka bertambah rimaslah Pojie. Rimas dengan keadaan yang serabut, nak jaga pun payah, nak buat kerja pun rasa terganggu. Maka, potong kepada yang lebih pendek adalah penyelesaiannya...


See, walaupun rambut sebelum ini tidaklah sepanjang mana, tapi Pojie sudah mulai rimas. Maka macam biasa akan ke salon kegemaran dan meminta stylist Pojie untuk menatarias rambut Pojie kepada yang lebih pendek dan kemas. So far this is my best hairstyle n ever. Lebih simple dan mudah diuruskan dan dalam masa yang sama membuatkan wajah Pojie lebih runcing dan kurus. Yang pastinya, rambut seperti ini sudah memadai bagi Pojie rasa sangat selesa dan yang pasti Pojie kelihatan lebih comel, muda dan remaja walaupun usia hampir menjengah 30an.


Ok tak?!!

Hanya satu,
 

Friday, November 12, 2010

Ingat saya lagi tak?

Salam semua,

Entri untuk hari Jumaat ini. Kira hari terakhir untuk korang semua bertanyakan soalan buat Pojie. Entri ini mungkin juga ada sedikit kaitan dengan entri blogger kekwat. Kira kesinambungan la jugak kot. Lately I'm getting annoyed with a few bloggers, tweeples and facebookers. Kenapa? Sebab Pojie rasa rimas apabila kita follow (dan di-follow), tetapi it just as FOLLOWER. Nothing more than that. Lebih² di Facebook. Beriya add kita nih, tapi ada kau nak komen² status aku, like pada link aku dsb? Takde kan? Aku pula yang beriya say "hi" kat wall kau segala tanda aku menghargi kau, tapi kau? Jadi buat insan² sebegitu rupa, yang hanya menumpang nama di dalam friend list Pojie akan Pojie berikan mesej; "Ingat saya lagi tak?" Dan apabila Pojie memberikan soalan itu, ketahuilah oleh dikau bahawa ia memberikan 3 maksud di dalam 1 keadaan yang sama...


See. Simple jer Pojie nak carut orang. Bagi yang mengerti, alhamdulillah. Bagi yang tidak mengerti, selamat jalan. Kau akan ku remove dan block sekaligus, jangan ditanya kenapa. Pojie kalau boleh tak nak buat sesiapa sakit hati, terluka, tetapi Pojie sakit ati bukan ada yang rasa pun kan. Begitu juga di Twitter, kalau dah follow tuh, sudi²kanlah diri tuh untuk tegur² Pojie, RT update dan entri Pojie, barulah Pojie rasa sangat gembira dan follow balik. Ada juga yang Pojie follow dan selalu buat baik RT depa, harammm dia tak say thanks. Takde bahasa tuh kan! Nak follow kita balik, jangan haraplah kan. Kalau Pojie dah start bagi soalan pedas tuh jaga²lah yer. 

Follower blog pun sama gak. Janganlah follow jer. Rajin²kanlah jari jemari anda untuk memerikan komen selepas membaca, barulah Pojie semakin bersemangat untuk menulis. Ada pula yang follow kita lepas tuh paksa kita follow balik. Bukan tak sudi tetapi tak minat. Rajin²lah komen, buat entri best² baru la Pojie berminat nak membaca dan terpikat untuk follow. Jangan ada yang kata Pojie blogger sombong a.k.a. kekwat plak eh. Apa² pun terima kasih sangat² kepada 402 followers yang sudi follow Pojie. Baru nak buat kontest untuk follower ke 400, sudah terlebih 2 orang pula. Huhu, terima kasih sekali lagi. InsyAllah andai ada rezeki, mana² follower Pojie yang rajin membaca dan komen entri Pojie, akan Pojie berikan penghargaan. Terima kasih sekali lagi. Muah³!!!


Love,

Thursday, November 11, 2010

Kisah BLOGGER KEKWAT!!!

Salam,

Apa macam hari nih? Ada sihat ka? Sudah bagi soalan² cepucemas kat Pojie belum? Kalau belum silalah berbuat demikian selagi masih ada kesempatan. Kalau dah terima kasih banyak² Pojie ucapkan walaupun ramai Kak Anon dalam tuh, tak mengapalah mungkin segan takde hidung kot. Terima kasih banyak² juga buat korang semua yang bersusah payah vote Pojie (walaupun ramai juga yang tak peduli) dan mendoakan kelancaran ujian Pojie untuk Sabtu nih. InsyAllah kalau sangkut mana² salah 1 tuh, Pojie akan reward korang semua ek. So far belum difikirkan apa² lagi selain makan² :)

Baik kan Pojie. Wahhh angkat bakul sangat! Bukan apa, Pojie sangat² menghargai pembaca² dan teman² macam korang semua la yang gigih singgah blog Pojie, drop komen, walaupun Pojie masih belum berkesempatan nak menjawab 1 per 1 komen korang apatah lagi menerjah blog korang kembali. Maafkan Pojie. InsyAllah dalam masa terdekat ini Pojie akan cuba untuk meluangkan sedikit masa untuk ativiti itu. Untuk anda semua, demi membuktikan bahawa Pojie bukanlah "blogger kekwat". Maaf, Pojie bukan blogger sombong.

Sekadar hiasan.
Apa maksud "kekwat"? Erm, bagi sesiapa yang tak pernah dengar perkataan ini, actually ia adalah perkataan dalam kamus NOXford. Kamus yang takde dijual di mana² kedai buku melainkan di kedai yang meriah dengan mekap² nih! baru sikit tuh. Haaa.. kembali kepada maksud "kekwat" tadi, ia membawa maksud; "perlakuan atau aksi seseorang yang boleh dikira sombong, cakap besar ada berlagak diva". Ia boleh digunakan untuk pelbagai situasi yang berbeza mengikut keadaan. Actually, ia berasal dari perkataan "catwalk" iaitu cara berjalan peragawan (dan peragawati) ketika di atas pentas peragaan (runway). Dan jika dilihat pada aksi dan memek muka mereka ketika memperagakan pakaian, itulah dia yang boleh dikatakan KEKWAT! Mempamerkan kemegahan dan kesombongan dengan penuh bergaya. Ada tak yang senyum tergedik² melainkan model Victoria Secret? Takde kan! Kalau di Singapura mereka lebih menggemari perkataan "kerek" (bukan gerek) macam @azfarul tanya, kira lebih kuranglah tuh! Jadi jika melihatkan kepada maksudnya, korang agak² Pojie nih kekwat tak? Sila jawab kat ruangan komen nanti yer. Jadi kenapa isu ini timbul? Erm, kerana Pojie dapati agak ramai blogger, especially yang meletop², kira otai nih agak sombong dengan pembaca dan blogger hingusan macam Pojie lately. Mohon ampun andai coretan Pojie kelak menyimbah asid ke muka kalian semua. Ada ker blogger kekwat nak baca entri Pojie nih? Takde kot. Yang baca dan komen pada Pojie semua blogger2 ramah... 


Kenapa Pojie cakap macam tuh? Sebab kita beriya la terjah blog dia sejurus selepas dia publish (sebab kita follow blog dan twitter). Punyalah siap komen dan letak link blog kita balik kasi dia senang terjah balik. Nan ado! Kalau agak² blog kita tuh tak diterjah semula sebab terlalu sibuk nak update entri seterusnya, attend event Nuffnang atau memang entri tak best, takkanlah selalu sangat kot bagi alasan tuh. Tak logik kan. Kalau dok berborak sama kawan² Twitter yang lain reti pula nak RT bertegur sapa bagai, kalau kita nih haram... Tak pandang pun follower yang memuja dia. Sedih tau! Apatah lagi dia nak backlink atau RT kan entri kita yang best² macam budak ni dan ini selalu buat (sayang kamu!). Kita pun nak juga rasa sipi² bahu dengan mereka, nak gak dapat trafik berjuta² sampai dapat earning beribu² **nanges T_T. Macam nak jer carut sorang² tapi tak sampai ati pula kan. Sebab masing² ada nama, ada follower, ada orang² kuat, kang dikatakan menumpang populariti secara bangang. 

Apa² pun Pojie minta maaf banyak² kepada blogger yang terasa ya. Pojie bukan nak buatkan kalian terasa, apatah lagi mengharap balasan carutan ini, tetapi sekadar meluahkan kekesalan di hati. Pojie juga insan dan blogger biasa yang perlukan sokongan untuk berdiri lebih teguh dan maju di dalam industri ini. Pojie nak juga popular, ada ramai pembaca, ramai kawan² dan mendapat habuan yang lumayan tanpa kekwat². 

Tolong ingatkan Pojie ya.

Love,

Wednesday, November 10, 2010

MTesT KPLI: Wish Me Luck!

Salam,

Pojie pasti ramai di antara kawan² Pojie di luar sana yang meminati bidang pendidikan ini, yang dah apply KPLI, berdebar² nak menduduki ujian lepas membuat semakan penggilan MTesT ni. Pojie pun sama...


Cuma mungkin ada rasa bosan dan hanya berharap pada rezeki Allah jela memandangkan MTesT yang akan pojie hadiri Sabtu ini di Subang Jaya merupakan ujian yang ke-4 dalam hidup Pojie. Beriya jela amik ujian itu ini, dapatnya idak. Maybe belum rezeki kot. Ntah la kan, kadang² fikir Pojie yang sangat² meminati bidang perguruan nih sejak kecil lagi, tak dapat peluang. Nak jadi cikgu tak dapat apatah lagi lecturer (ada saudara mara pun bukan boleh tolong), tapi merasa la juga jadi cikgu sandaran dan tutor dulu². Tapi pelik la, kawan² yang saja² amik dapat jer terus, sangat jeles ok.

Tak mengapalah Pojie. Berbaik sangkalah pada Allah, mungkin Dia tengah mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk dirimu. Bersabar jela. Yela Allah nak bagi ujian. Kalau ujian nih tak lepas macam mana nak bagi ujian handle kanak² istimewa nantikan. Jadi tatkala itu, Pojie akan bisa berbicara bahasa isyarat demi membantu anak bangsa, lebih² lagi yang istimewa, insyAllah... Jadi kawan² doakan kejayaan Pojie ok.

WISH ME LUCK!!!

Love,

Tuesday, November 9, 2010

Love it? Sing it 2! VOTE ME PLEASE...

Salam kawan²...

Oklah straight to the point, Pojie nak meminta jasa baik kawan² yang mana rasa dia baik ati nak tolong vote Pojie untuk contest yang diadakan oleh McDonald's Malaysia iaitu Love it? Sing it 2! Pojie sudah join jadi minta tolong kawan² untuk vote Pojie. Boleh??? Mula² sekali perlulah ke applikasi dia di sini [KLIK]. Selepas itu...
Akan keluarlah jukebox macam nih. 

Kalau nak participate boleh juga, tapi kalau nak vote Pojie, sila pergi ke "Gallery" .

Sila cari video Pojie yang memakai sweater ber-hood coklat.
Kedudukan video Pojie pada waktu ini adalah yang tengah di barisan ke-2.

Selepas korang klik pada video Pojie tuh maka akan keluar wajahku.
Juga akan kedengaranlah suara Pojie berkumandang di sana.
Pada bawah video tuh ada tertulis "Love this?" Jadi silalah klik "♥ Vote" itu ya.

Bila dah vote dia akan cakap "Thank you for your vote".
Jumlah vote akan bertambah di bahagian atas video.
DONE!

Sayangnya korang boleh vote sehari sekali jer, dan tarikh tutupnya pada 10hb ini. Jadi, minta tolong rakan² yang ada tuh vote Pojie sekali, boleh? Mana tau Pojie menang hadiah wang tunai tuh, dapat Pojie buat makan² kat korang semua. Eh, ini janji Pojie tau. Yela, Pojie nak juga join contest itu ini, nak juga menang, sebab tuh Pojie minta tolong korang semua. Asyik Pojie jer pakat vote korang, sekali sekala Pojie minta tolong boleh la ek... Thanks tau!

Sayang korang!!!

Love,