||| Tercari² |||

Sunday, August 9, 2015

Teater Review: Maduku Kalut Returns

Assalamualaikum...

Ada ke yang masih ingat kat Pojie nih? Update blog pun setahun sekali. Apa nak jadi ntah (jadi apa lagi, blogger PENCENlah! Haha). Okla masih tak terlambat untuk Pojie mengucapkan Selamat Hari Raya buat kalian semua. Minta maaf zahir batin kalau ada salah dan silap selama nih.

Okla, Pojie malaslah nak berkongsi pasal raya-raya nih, boring. Nak tengok pic raya Pojie pun tak banyak, boleh jengah IG Pojiepooh kalau nak jengahlah. Just hari nih Pojie nak share ngan korang semua pasal pementasan yang sedang hangat dipentaskan sekarang di Panggung Sari Istana Budaya dari 7 - 9 Ogos 2015 ini iaitu Maduku Kalut Returns.


Maduku Kalut Returns, merupakan judul pementasan semula naskah yang pernah mendapat 6 pencalonan di Boh Cameronian Awards ke 11 di antaranya, Pelakon Lelaki Terbaik (Izzue Islam), Pelakon Pembantu Terbaik (Soffian Bujang dan Fazleena Hishamuddin), Rekaan Set Terbaik, Rekaan Muzik dan Lagu Terbaik serta Rekaan Kostum Terbaik. Dan untuk pementasan Maduku Kalut Returns, ia dibarisi oleh Remy Ishak, Jihan Muse, Nad Zainal, Sherry Alhadad, Dafi dan Atoi Tohet, yang pastinya memberikan kelianan dan nfas baru dalam penceritaan kali ini.
  
Maduku Kalut Returns mengisahkan tentang seorang pemandu teksi, Selamat yang berusaha untuk melarikan diri daripada menemukan kedua-dua orang isterinya dalam satu masa. Masalah bermula apabila kedua-dua isterinya melaporkan kehilangan Selamat kepada pihak polis dan Selamat mencuba untuk mengelakkan diri daripada menemukan kedua-dua isterinya.

Teater ini mempertengahkan nilai nilai komersial yang tinggi, yang bakal membawa penonton, untuk mengupas mengenai isu-isu semasa, dengan secara lebih santai dan bersahaja. Biarpun bergenre komedi, Maduku Kalut Returns diharapkan mampu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penonton yang hadir.

So far Pojie dah pun menyaksikan pementasan yang sangat menghiburkan hati ni, dan apa yang dapat Pojie katakan TERBAIK. Dengan barisan pelakon handalan yang sangat bersahaja membuat penonton semua tak kering gusi. HKudos! Hilang stres sepanjang seminggu bekerja. Haha.

Jadi, jika korang berhajat nak menontotn teater ini, cepat2 dapatkan tiket ini secara online di www.AirAsiaRedtix.com dengan harga RM35, RM45, RM65, RM85, RM105 dan 155 untuk tiket platinum, atau datang saja ke Kaunter Box Office di Istana Budaya yang dibuka setiap hari untuk pembelian tiket. Cepat-cepat dapatkan sekarang, ada tinggal 2 persembahan saja, arini last, pukul 3PM dan 8.30PM arini. 


ENJOY THE SHOW!

Love,